0

Pemilik Hati Suci

Posted by matsan on Wednesday, November 14, 2012

Melihat hujan turun dengan berdendangkan lagu
Hati kita turut berbunga
Menari dengan tarian tanpa arah
Cuba untuk mencapai pelangi
Hingga terlupa bila hujan ini berakhir
Lagu ini akan terhenti
Namun hati kita masih bergelora
Kerana bisikan hati yang kita mulakan
Tidak terbatas sehingga kita mati
Jangan berikan hatimu itu padaku
Penjarakan ia dengan pagar rindu
Biarkan ia kosong agar kembali sunyi
Untuk berfikir tentang tujuan dan destinasi
Apabila cahaya iman itu bersemi
Ia akan sedar baik dan buruknya
Dan tahu bahawa aku adalah fitnah semata
Berikan iman pada hatimu
Lalu berikan hatimu itu padaku
Apabila sampai tempoh waktunya
Akan kumuliakan dengan lafaz sakinah
Jangan kau serahkan hatimu
Sebelum sampai waktunya
Kelak kita tidak akan temui jalan pulang
Seperti bayang dalam air
Bila dicapai ia kan hilang
Kerana aku tidak sempurna
Dan kelemahan aku adalah wanita
Bersabarlah dengan kesabaran Maryam
Jangan terpedaya dengan muslihat dunia
Sekalipun ia menjanjikan seribu bahagia
Sampai masanya ia akan musnah
Hanya meninggalkan titik hitam di dalam hati
Biar berpisah dari bersalah
Biar mati dari mengingkari
Kerana Indahnya Syurga Firdausi
Hanya untuk pemilik hati yang suci

0

I'll never give up.

Posted by matsan on Saturday, September 08, 2012



Dua minggu tidak bertemu membuat diri ini merasa begitu rindu dengan telatah dia.Walau kadang kala kerenah budak-budak itu membuat kita letih tetapi dia jugalah tempat segala masalah dapat dilupakan..


0

Syawal 1433

Posted by matsan on Sunday, August 26, 2012

Bismillah.

Tanggal 19 Ogos 2012 merupakan detik aku menyambut lebaran yg ke 22 jika mengikut tarikh lahir aku.
Sesuatu fenomena yg besar pada tahun ini kerana buat acap kalinya aku lengkap ke selatan,utara,zon tengah dan pantai timur utk meraikan lebaran ini bersama rakan dan keluarga.

2012 juga menjadi penghujung buat diriku utk menerima 'hadiah' duit raya daripada sanak saudara kerana jika dengan izinNYA,2013 merupakan tahun pertama aku menjadi si pemberi pula jika masa itu sudah punya kerjaya..Dan 2012 juga buat pertama kalinya,tiada gambar raya dariku mahupun kami sekeluarga =)

Semoga syawal ini menjadikan kita hamba yg lebih bersyukur,Mari Menjadi HambaNYA..
Dan semoga tahun hadapan bertambah-tambah ahli keluarga aku =)

Gambar yg ada sebagai ganti gambar raya kami..hehe..Utara mari..








0

Dia Kembali Tahun Ini.

Posted by matsan on Sunday, July 22, 2012


0

La Taqlaqu Wala Tahzanu

Posted by matsan on Friday, June 29, 2012
Usah Resah,Usah Gelisah.


Bismillah,menjengah kembali blog yg kerap dikunjungi traffic-traffic dari luar.
Coretan yg ringkas.
Sebagai medan meluahkan selepas DIA dan sahabat,medan penulisan maya menjadi pilihan.


Hati ini belum pernah dilanda resah seperti ini,masih cuba mendekat diri dengan DIA dengan lebih kerap.


Okay,memang nak jiwang sikit kali ini.
Macam mana kita nak faham wanita?Adakah mereka itu sama atau berbeza-beza.
Haruskah aku berdiam dan membisu,berdiri membiarkan,biarkan semua ini?


Rindu,sayang,memerlukan,kasih..bagi aku,itu fitrah.
Ia akan menjadi bukan fitrah jika terlalu kerap meluah,terlalu membiarkan ianya membelenggu diri sehingga lupa akan perkara yg utama,khalifah.


Cuma kadang-kadang diri ini juga terbelenggu..Masih cuba utk menjarakkan diri sambil menanti masanya tiba.Cuma aku takut,ya,takut.Jika hatiku atau dia berubah.Mungkin bukan buat kali pertama tetapi aku mahu ini menjadi kali terakhir aku mencintai seseorang.


Ya,Allah itu sweet. Dia datangkan sebuah perkenalan dan titipkan bibit-bibit kasih ke dalam hati ini.Dan dia juga sayangkan aku dengan menguji aku bagaimana utk menjaga hati ini dan menguji sejauh mana cintaku padaNYA adalah melebihi sesama manusia..Yakni agar aku tidak lalai dan leka dengan janji2 ku padaNYA.


Awak,masihkah awak sudi untuk menjadi teman saya yg sah?
Izinkan saya masuk meminang?
Agar sama-sama kita menuju dalam pencarian kearahNYA.


Ikhlas -Muhammad Ehsan b. Sharipan-


Then tutup mood jiwang,masuk mood dakwah.
Hmm,masih banyak perlu aku pelajari utk mendakwah dan mentarbiyah diri dan rakan-rakan dengan cara selembut-lembutnya..
Emak pernah berkata 'Tarbiyah dan ilmu itu permulaan segala-galanya'


Terima kasih kpd rakan-rakan yg sentiasa meluangkan masa mendengar,ya aku pendengar yg baik tetapi juga aku memerlukan seseorang utk mendengar luahan diri ini =)
*mungkin hanya pada DIA dan awak bila sampai masanya.


Pencarian kepada pemaham diri awak juga kompleks dan saya terima cabaran ini (",)


Time to Al-Kahfi and prepare for getting the semester 6 result.


Thank You ALLAH.
YOU are my everything coz i got nothing.




0

Nur KasihMU

Posted by matsan on Tuesday, May 22, 2012

Resipi menuju kebahagian itu konsepnya sama dengan mujahadah dalam perjuangan. Tatkala hidup inginkan keredhaan semakin itulah diri kuat diduga. Semua itu adalah kerana Allah ingin mematangkan kita dengan setiap dugaan tadi. Dakwah nabi dan para sahabat juga penuh dengan ranjau yang berduri. Bersusah payah demi islam tercinta sehingga sanggup mengorbankan nyawa di medan perang antara ujian untuk para kekasih Allah.
Mereka tahu islam akan bertapak di dunia dengan penuh gemilang, meraka yakin kemenangan telah dijanjikan dalam al-quran tetapi masih kuat berusaha untuk menempuh setiap ujian yang diberikan. Semuanya hanya kerana mereka yakin dengan satu perkara. Yakin bahawa resipi untuk bertemu kemenangan dan kebahagian hanya dengan menyusuri kesukaran pada mulanya.
Jangan sesekali berasa kecewa apabila ianya tidak berakhir dengan keinginan hati. Sebaliknya bangunlah dari terus dihimpit dengan kesesalan yang sia-sia. Terimalah setiap takdir dengan hati yang terbuka. Walaupun setiap perkara telah diusahakan namun bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya usaha telah dilakukan demi mencapai "status" hubungan yang diredhai Syarak. Musyawarah diantara kedua-dua belah pihak amat digalakkan bagi mengelakkan rasa kurang senang dan sifat dendam. Sebaik-baiknya Musyawarah dilakukan dengan pembabitan orang tua kedua-dua belah pihak. Lebih manis dan barakah, sudah pasti dihiasi dengan rahmat dari Allah.
Buat mereka yang masih dilanda dengan rasa keliru  hayatilah firman Allah di bawah ini semoga ianya bakal mengubat hati yang resah menjadi hati yang tenang lagi diredhai.
"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah maka janganlah kamu meminta ia disegerakan"  
( Surah An-Nahl : 1)
Hakikat diuji dengan dugaan sememangnya menyakitkan, Ianya menyakitkan buat jiwa yang tidak mengerti erti syukur. Allah menguji tanda sayang, tanda kita dalam perhatian , Jadi andai kemahuan kita tidak ditunaikan tidak semestinya doa tidak dimakbulkan. Sebaliknya mungkin kita terlalu tergesa-gesa dalam mencapai impian ,sedangkan diri masih belum terkial-kial untuk mengharungi langkah seterusnya tanpa sebarang persediaan. Wallahualam.
-love this article by i love islam,read this with muhammad darwish-

0

Time

Posted by matsan on Saturday, May 19, 2012

Perasaan Cinta Itu Bukannya Harus Di 'Delete' Tetapi Perlu Di 'Hidden'kan Untuk Sementara Waktu Sehingga Tiba Waktunya Untuk Di Approve' Oleh Yang Halal .

InsyaAllah.

Bercinta Selepas Nikah Itu Indah.

Jaga DIRI, Jaga IMAN, Jaga HATI

0

Yang Disimpan Tetap Akan Tersimpan

Posted by matsan on Tuesday, May 08, 2012
Bismillah.


Aku panjatkan segala pujian kepada Yang Maha Esa di atas segala pemberian nikmatNYA.
Permulaan awal separuh perjalanan 2012 semakin menghampiri ke penghujungnya dan bakal memasuki separuh kedua yang lain.


Bagi aku,2012 kini sudah menyimpan 1001 memori suka dan duka,tawa dan lara.


Dua bulan yang cukup panjang membuatkan aku untuk mencoretkan sebuah tulisan yang memberi makna kepada sebuah kejujuran bahwa kasih itu tetap utuh walau pelbagai ujian yg melanda.Dan mungkin sebuah kekecewaan itu turut hadir pabila empunya masih tidak yakin kepada rancangan bahwa tiada awal mahupun lambat dalam menegakkan mahupun melaksanakan agamaNYA.


Ingatlah,walau pelbagai tomahan dan kata-kata negatif yang mungkin tiba,jika engkau yakin bahwa urusanmu itu baik pada penilaianNYA,maka laksanakanlah walau seribu macam halangan yang engkau fikirkan akan tiba.


Ketahuilah bahwa aku juga manusia,yang sentiasa juga memikirkan baik buruk sesuatu perkara.
Ketahuilah bahwa aku yakin padaNYA.


Salam sejahtera kepada anda semua.

0

Gambar & Nota

Posted by matsan on Sunday, April 08, 2012

mak uteh sedang menyiapkan door gift ;)

keluarga kecil saya

kakak yang setia melayan kerenah sejak zaman diploma

darwish yang kebingungan =p


tudung biru cair disebelah kanan,umpama kakak & ibu ketika sekolah rendah.
(time ini saya menjadi segan dengan beliau)

ucapan dan doa dari tetamu

kami sahabat dan teman (",)

dan akhirnya,pengantin pun kena buat kerja..kahkahkah.


p/s : kini saya sibuk menonton show Running Man

0

Guna Masa Itu.

Posted by matsan on Monday, April 02, 2012
seorang sahabat berkata : 'kau dah tunggu hampir 2 tahun dan DIA dah permudahkan urusan kau di hujungnya,takkan kau tak boleh tunggu lagi?'

benar.
itu benar. 2 tahun bagiku adalah masa yg singkat.
kerana itu aku harus menggunakan masa ini dan akan datang utk lebih fokus terhadap pelajaran dan yg lebih penting kepada DIA.

sebab DIA sudah tunggu aku sebelum aku menjadi janin lagi untuk aku mendambakan diri padaNYA.

maka tunggulah duhai diri.
sibukkan dirimu dengan mempersiapkan dirimu.
InsyaAllah,DIA lebih mengetahui apa yg terbaik buatmu.

CHECKLIST SAYA :
1. Solat
2. Al-Quran
3. Hafalan
4. Dating dgn DIA
5. Akhlak
6. Ilmu
7. Manfaat Orang Lain
8. Keluarga
9. Kewangan
10. Dunia





0

Selagi Hati Masih Tersenyum.

Posted by matsan on Sunday, April 01, 2012
selagi hati ini masih tersenyum,
meniti sebuah dugaan Ilahi,
memberi peluang kepada ku mendekatkan diri,
sambil mengadu mendamba sebuah ketenangan diri.

duhai Ilahi,
bimbinglah diri ini menuju sebuah perjalanan yg hakiki,
perjalanan yg hanya berpaksi padaMU Ya Rabbi,

semoga jika suatu hari aku kehilangan seorang insan yg ku kasihi,
aku masih tahu bahwa Tuhanku sentiasa disisi,

padaMU aku memanjatkan sebuah kesyukuran,
akan sebuah anugerah nikmat yg telah KAU beri tidak terperi,
dahulu,kini dan akan datang jika sampai masanya nanti.

Terima Kasih Ya Allah,
Ya Rabbul Izzati.

' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik diriku dan sekalian yang berada di sekelilingku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka,begitu juga akan mereka terhadapku. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalah. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.


0

GMJ

Posted by matsan on Friday, March 30, 2012


0

9 dan 1

Posted by matsan on Wednesday, March 28, 2012

Wahai dikau pemilik persona yang mendamaikan,
Maafkan aku kiranya nukilan ini membuatmu jauh hati padaku

Aku tahu kamar hatimu terbuncang tulus kasih yang tak berbelah bahagi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Aku tahu raudhahmu sarat kuntuman cinta yang harum mewangi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.

Padamu selalu aku bisikan, dalam senda beralas, dalam gurau berbalas.
Bukan aku tak bersedia menerimamu sepenuhnya,
Bukan aku tak bersungguh denganmu seadanya.
Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat.
Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat

Bagiku telah difitrahkan sembilan akal bak pahlawan,
Dan satu nafsu yang tidak terlawan,
Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan,
Dan satu akal yang berpangkat bawahan

Bukan ini diskriminasi ilahi
Tapi itulah anugerah yang sangat berseni
Terciptanya kamu dari serpihan penuh rahsia
Yang mohon dituntun penuh waspada

Barang kau ingat wahai puteri
Sembilan akalku nakal tidak terperi
Satu nafsuku itulah raja, akalku pula setia bekerjasama
Sembilan akalku sedia berpadu,
demi memenuhi nafsu yang satu


Kutahu juga sembilan nafsumu bertakhta
Satu akalmu sering kecundang kehilangan kuasa
Itulah sebab benteng kubina, kerana sayangku padamu tidak terhingga

Aku tidak mahu kasarnya sentuhan,
mencalarkan kacamu yang kerapuhan,
Kubimbang jika aku bukanlah jodohmu,
kelak kau tersisa tidak bermutu
Kupohon kau jagalah peribadimu,
jangan terlalu mudah memberi sebelumnya waktu
Biar sombong dikata duniawi, asalkan jadi cemburuan bidadari syurgawi

Bukan aku tidak kasih padamu, bukan juga aku tak kisah padamu
Tapi biarkan itu berlaku seiring waktu
Sebagai bingkisan jodoh yang datang bertamu.

Aku bukanlah Ustaz Wan Aqasha, dan kau juga bukan Ustazah Siti Norba'yah
Tapi kuharap cinta kita semanis kurma, dan mahligai terbina penuh ceria
Kuharap dikau bukan pilihan yang salah,
Sebelum jodoh datang menjengah
Bersamalah menimba ilmu yang payah,
Agar saat istana bergoyah,
Bahtera kita masih berarah.
Ketika restu dan izin-Nya mencurah,
Akan kupinangmu dengan Bismillah.


-iluvislam-



0

M&D

Posted by matsan on Sunday, March 25, 2012
Sama tetapi tidak serupa kan?
Bagi anda siapa yang lebih comel?
Mason atau Darwish? ;p

mason

darwish





0

Inilah Manisfestasi Cintaku

Posted by matsan on Sunday, March 25, 2012

Rindunya rasa kalau tak dapat dating dengan DIA tambah-tambah lagi kalau tak dapat "dating" dengan dia untuk 5 kali sehari, tak sah lagi tak lengkap hidup ini rasanya. Tambahan pula tak kala terdengar panggilan dari –Nya lagi bertambah tak sabarlah diri ini lagi untuk "dating" dengan DIA.

Hebat sungguh penangan panggilan mu Ya Allah .
Ya Allah, izinkanlah diri ini untuk sentiasa dapat "berdating" dengan mu bukan sahaja sehingga akhir hayat ku tetapi sehingga dapat ku "berdating" dengan mu di Syurga mu Ya Allah untuk selama-lamanya.



0

-,-

Posted by matsan on Thursday, March 15, 2012
DIA membawaku ke sebuah pencarian,
dan DIA pertemukan aku dgn dia,
agar dia membuat aku mencariNYA,
maka istiqamahlah diri dalam pencarian ini. ♥


0

Pesanan Buat Pendokong Kebenaran.

Posted by matsan on Tuesday, March 06, 2012
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Petikan : 10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna


0

Terima Kasih Kamu.

Posted by matsan on Tuesday, March 06, 2012

Assalamualaikum..

menaip dengan kondisi jari yg terkehel ketika bermain futsal.
penat+peluh seakan pertama kali baru bersukan yg membuatkan mata hampir tertutup rapat tetapi digagahkan diri ini untuk menaip juga bagi menghasilkan satu entri terima kasih khas buat anda di luar sana.

sepi,dibiarkan 5hb berlalu dengan sebuah senyuman yg sentiasa terukir di bibir.
pagi ini mahu bercerita dengan gembira kpd si kecil darwish yg sudah di anggap sebagai anak sendiri.

sebuah penantian yg penuh dengan ketakutan telah selamat ditempuhi.
dan akhirnya sebuah ucapan terima kasih+sedikit ego menahan emosi lahir dengan ikhlas.
jagalah sekeping hati ini dan bantulah aku utk menjaga sekeping hati yg bakal menjadi sebahagian dari sisiku.

namun,segala kemungkinan yg bakal berlaku di masa hadapan membuatkan aku telah menyediakan diri ini untuk menghadapinya dengan tenang..segala adalah kurniaan Ilahi.

debaran dan gementar sehingga kakiku bergetar ketika menanti sebuah jawapan yg lahir sudut bibir dan ku cuba utk menangkap setiap bait kata-katamu.namun utk pertama kalinya Linkaku gagal.dan ku gagahkan diri utk cuba mendapatkan jawapan itu..

dan..

TERIMA KASIH KAMU (",)
alhamdulillah.


0

Bisikan Hati.

Posted by matsan on Thursday, March 01, 2012
Cinta itu berbisik
Menggamit setia sebuah kasih abadi
Bertaut dalam sudut hati

Yang jauhnya sukar aku jangkau
Aku terpesona dengan ciptaan Ilahi
Sebentar aku hilang dalam lamunan
Tersentak aku hiba
Terkilan rasa dihati
Saat tersedar aku dilamun
Keindahan bisikan cinta

Adakah dosa bagiku Ya Allah?
Aku dibuai pesona wajahnya
Terdetik kesal saat khilaf
Membuka mata
Namun gelora jiwa ini terus membadai
Membawa helaian cinta
Yang aku sendiri tidak memahami kebenarannya.

Ya Allah
Andai cinta ini anugerahmu
Andai cinta ini bisikan darimu
Andai cinta ini milikku
Peliharalah hati ku dan hatinya
Agar cinta ini bersemi
Di atas landasan Perjuangan islam

Ya Allah
Aku redha mencintai
Dan dicintai



0

Fly..

Posted by matsan on Monday, February 27, 2012




Flight delayed for 1 and half hour..zzzz~~
Tiba masanya untuk saya terbang walaupun hanya dalam Malaysia demi untuk menemani kakak tersyg berkunjung ke rumah mentua di Kota Bharu,Kelantan.

Sambil berkunjung,sambil itu berjalan2 di sekitar Kota Bharu..

dan beliau semakin pandai utk posing dan semakin comel.. =)


0

300

Posted by matsan on Wednesday, February 22, 2012
Inilah entri aku yg ke 300 sejak tertubuhnya blog kehidupan pada 9 Ogos 2008.

Baru selesai menyiapkan proposal untuk misi CSR ke Kemboja dan juga laporan untuk Quality Management berkaitan pakar-pakar kualiti.
Fikiran masih tenang dalam menghadapi segala assignment..Ya,masih ada laporan awal untuk projek tahun akhir dan laporan untuk mesin-mesin yang terdapat di bengkel.

Cuma hati agak runsing pabila diri ini kadang-kala lalai dalam memenuhi segala tuntutan agama.
semangat perlu kuat dalam berdakwah dan menegakkan yg benar.
Seperti kata dia : 'iman kita ada turun naiknya,pastikanlah ia sentiasa mendaki naik dengan pantas jika kita sedar akan penurunannya'

Baik,mahu packing barang..Mahu terbang jumaat ini ;)


mereka adalah cinta hati saya + untuk bakal isteri saya juga yg entah dimana ;P



0

Allah Mengetahui.

Posted by matsan on Saturday, February 18, 2012


Usai membelek laman web iluvislam.com dan tertarik dengan cerpen bertajuk 'semoga dia setuju'.
Intipati yg sangat menarik terkandung di dalam cerpen,
memberi kesan kepada pemuda yg membacanya.

Semalam,senantiasa diri ini mendongak langit,termenung di sudut tikar sejadah,
berkongsi rasa rindu denganNYA.
Dan DIA Mengetahui setiap apa yg ada pada hati hambaNya.
Didatangkan sebuah mimpi yg indah yg membuatkan aku tersipu malu mengenangkan sebuah kisah dahulu kala.
Dan dibangunkan aku (alhamdulillah) tanpa bantuan teman alarm setia utk berdering di telinga sebelum azan subuh kedengaran.

Maka aku mengambil masa untuk memujiMU memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang untuk kembali bernafas di muka bumiMU.
Dan ENGKAU Maha Mengetahui..
Diberikan sebuah hadiah tanpa sedar yg mengubati sedikit rasa dihati dan kubalas hadiah ini dengan sujud kepadaMU dipagi hari.

Kupohon rasa cinta yg mendalam kepadaMU dan jua RasulMU.
Dan kupohon diberi kekuatan untuk sentiasa membantu diri ini dan sahabat utk sentiasa mengingatiMU.
Apa gunanya kudrat ,teknologi dan kredit di telefon bimbit jika kita kedekut utk menggunakannya ke jalan Ilahi.

p/s : terima kasih utk sentiasa mengejutkan saya subuh di pagi hari. ;)


0

PermintaanKu

Posted by matsan on Monday, February 13, 2012



Aslmualaikum.

Buat ibu,ayah,abang,kakak,adik,kaum keluarga,kamu,rakan-rakan dan kenalan.
Sudikah kiranya kalian memenuhi permintaanku yg satu?

Jika Allah membuka ruang utk aku,menebus kesilapan dan dosa-dosa yg lalu,dengan memanggilku untuk berjuang ke jalan yg satu,sudikah kiranya jika kalian melepaskan aku,
dengan hati utuh,redha pada yg SATU..

Jika tika itu aku punya isteri dan anak sebagai permata hatiku,dan kedua ibubapa sebagai tanggunganku,mampukah kamu melepaskan aku?
Untuk aku menggapai cita-cita dan impianku ini yg satu,yg jujur ku impi sejak kecilku..

Untuk syahid semata-mata untuk Allah Yang Satu,pemilik kekal dan mutlak akan diriku.

Izinkan aku.



0

Buat Si Dia.

Posted by matsan on Monday, February 13, 2012
Ingatlah bahawa aku hanya insan biasa.
Ingatkan aku jika aku terlupa.
Ingatkan aku jika aku leka.

Ingatkan aku bahawa aku diciptakan dengan 1nafsu dan 9akal tetapi acap kali nafsu itu yg mendahului akal.

Ingatkan aku bahawa aku bukan hanya mencari pasangan hidup di dunia tetapi hingga ke akhirnya.

Ingatkan aku bahawa akulah pemikul tanggungjawab dan dosa keluarga.

Ingatkan aku bahawa kedua ibu bapaku masih dalam tanggunganku jua.

Ingatkan aku bahawa aku mencari teman untuk mencintaiNYA.

Ingatkan aku bahawa rinduku pada Rasul dan Maha Pencipta melebihi segalanya.

Ingatlah bahawa aku hanya insan biasa.
Ingatlah bahawa aku hanya manusia yg tidak punya apa-apa.
Ya,tidak punya apa-apa.

Dan ketahuilah bahawa aku akan menerimamu seadanya dan ku harap kamu begitu jua.
Dan ketahuilah bahawa aku sentiasa bersedia dengan segala aturanNYA walau pahit utk diterima.

Kerna aku hak mutlak DIA.


0

Mahu Dijemput Ke Sana.

Posted by matsan on Monday, February 13, 2012
Aslmualaikum.

Alhamdulillah,sudah selesai semuanya,kenduri walimah bagi pihak kakak mahupun abang yg berlangsung pada 11.2.2012 di Dewan Dato Othman Harun,Kem Wardieburn Wangsa Maju.

Minggu yg amat sakit,yes..
Sakit yg amat bila ianya berkaitan dengan gigi..Baru selesai operate gigi bongsu sebelah kiri yg tumbuh dengan tidak normal akibat tiada ruang pada rahang mahupun gusi..Dan kini kawasan itu masih berdenyut2..* tika menulis ini pon berdenyut2...
Masih paksarela menelan ubat tahan sakit bagi meredakan sedikit kesakitan di samping doa dan redha dgn apa yg menimpa..
3 kali bius kebah dan 4 jahitan yg bakal dibuka pada 15hb ini...sakit!

dan~~~sangat2 stail apabila semasa sakit ini boleh pulak xcdent masuk longkang..haha...funny but dangerous.

Balasan atau ujian?
Apakah bezanya?..fikir-fikir kanlah..
Tetapi tidak akan ada kesenangan sebelum kesusahan.. =)

Impian yg satu selepas ingin mati dalam iman dan islam adalah mahu dijemput ke tanah haram untuk umrah mahupun haji..sangat-sangat mahu ke sana..keluarga merancang 2013 sebagai bercuti sambil ibadah sekeluarga ke sana..

Andai ada rezeki mahu bersama seorang 'teman' bersama-sama ke sana..
Di sana sangat awesome!

p/s : gigi bongsu satu lagi nak buat tak tahu je...tak mahu operate-operate lagi..sekali sesuatu kurniaan Allah itu ditarik walau sekejap,hidup anda tidak akan sempurna..Maka kejarlah 5 perkara sebelum 5 perkara..Teruskan ibadah dengan sempurna..Kepada Allah kita akan kembali.


0

Its Never Late.

Posted by matsan on Monday, January 30, 2012
Rasullullah s.a.w always said,its never been to late to change,to seek for Allah,to taubat.
He always said,even with good niat,Allah always will be there to guide,to open the path for us.

Always have faith on HIM,no matter what consequence you may think we will go through.

For u,
Let me be far from u.I'll do because i already do.
U already knew my intention even honestly i didn't even knew u very well just like u think i do.
Because i want the mysterious to be solve when i with u..Yes i do..
It will never be the future if we didn't plan and let Allah there in our plan.
May the time come,InsyaAllah.


For u,
I'm not perfect as u.
From the start,i knew its u..
because u help me to find the truth,the truth in Islam,the truth in only the One,Allah.
Allah always be there for us,that's the truth.

Your akhlak
Your deen
Your personality

Just let me be there
Its never be early and its never be late.

Take a good care muslimah.
Istikharah,always.
U know where to find me.
Wassalam.


**im sorry for the english education ;)

0

Ilmu Tasawwuf

Posted by matsan on Friday, January 27, 2012
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahiim

Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain
daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu
ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan
sesuatu ibadah yang dilakukan.
Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al
Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang
memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada
orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan kelebihan tertentu
seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan
sebagainya. Kita tidak menolak karamah yang diberikan Allah, tetapi
janganlah karamah itu yg menjadi tujuan utama.

Di dalam kesempatan ini, marilah kita sama sama meneliti beberapa
kepentingan dan tujuan tujuan mendalami ilmu tasawwuf. Antara
kepentingan dan tujuan mendalami ilmu tasawwuf adalah :

1. Agar ummat islam dapat menjalani hidup dengan baik dan
seimbang selaras dengan identiti mereka yang difirmankan Allah Taala
(maksud): "dan demikianlah kami telah menjadikan kamu satu ummat
pertengahan"(143:Al Baqarah).

Ummat pertengahan adalah ummat yang bersikap sederhana dalam urusan
kehidupan,tidak terlebih dan tidak terkurang. Mereka dapat
mengimbangi antara urusan dunia dan urusan akhirat. Mereka mengambil
kedua-duanya tetapi mereka mengutamakan akhirat kerana akhirat
itu "khairun wa abqo". Mereka tidak mengabaikan dunia, malah
menjadikan dunia sebagai "mazraa'tul akhirat".

Mereka sedar jika mereka tidak menguasai dunia nescaya ianya akan
dikuasai oleh ummat lain yang akan mengancam keselamatan ummat islam
dan keutuhan syariat islam itu sendiri.Sebagaimana yang dapat kita
lihat pada hari ini,kuasa kuffar laknatullah sedang menggayang
daging ummat islam seluruh dunia terutama di palestin, iraq,
afghanistan dan sebagainya.

2. Agar ummat islam bukan hanya ummat yang berdoa semata mata
kepada Allah tanpa adanya usaha yang bersunguh sungguh. Mereka tidak
semata mata berdoa tetapi mereka terus berusaha kerana mereka faham
maksud firman Allah Taala ( maksud): "Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha
mengubahnya"(11:ArRa'd).

Mereka juga faham apa yang dilarang oleh Saidina Umar r.a "janganlah
seseorang daripada kamu duduk tanpa berusaha mencari rezeki sambil
berdoa"Ya Allah, kurniakan rezeki kepadaku" maka sesungguhnya kamu
mengetahui bahawa langit tidak menurunkan hujan emas dan perak".

3. Agar kita memahami dan mengerti tentang pengertian ibadah
itu sendiri dalam lingkungan yang luas.Mereka memahami ibadat itu
sebagaimana yang tersebut dalam hadis nabi s.a.w daripada Abi said
Al khudri, sabda nabi (maksud) "peniaga yang benar sifatnya lagi
amanah adalah bersama sama para nabi,para siddiqin dan para
syuhada'" (riwayat attirmizi).

Dr. Yusuf Al Qardawi dalam bukunya " Al Ibadah Fi Islam" telah
memetik apa yang ditulis oleh Syaikh Islam ibnu Taimiah dalah
risalahnya "Al Ubudiah", katanya "ibadah adalah satu nama yang
merangkumi bagi semua perkara yang dikasihi dan diredhai Allah
daripada perkataan-perkatan dan perbuatan-perbuatan, batinnya dan
zahirnya, sembahyang,zakat,puasa,haji,bercakap benar,menunaikan
amanah,berbuat baik pada ibubapa, menghubung silaturrahim,setia pada
janji, menyuruh berbuat baik, baik pada jiran tetangga, anak
yatim,orang musafir, orang miskin, hamba sahaya dan
binatang,berdoa,berzikir,membaca dan seumpamanya itu adalah ibadah.

Begitu juga cintakan Allah dan rasulNya, takutkan Allah, kembali
kepadaNya, ikhlas beragama kepada Allah, sabar terhadap hukumanNya,
syukur atas nikmatNya, redha dengan qada'Nya, bertawakkal padaNya,
berharap pada rahmatNya, takut pada azabNya dan seumpama itu adalah
beribadah kepada Allah."

4. Memahami benar-benar pengertian sebenar zuhud,uzlah dan
tawakkal. Dengan itu tidak menjadikan mereka lemah, tidak menjadikan
mereka miskin dan makan bantuan orang lain, tidak menjadikan meraka
jahil bebal dan mereka tidak dikuasai oleh orang kafir tetapi mereka
menguasai orang kafir. Mereka sanggup berkorban bukan dikorbankan
sebagaimana yang berlaku pada ummat islam hari ini.

5. Dengan kefahaman yang benar terhadap tasawwuf ini
berlandaskan Al Quran, Sunnah dan sirah rasul dan disusuli dengan
penghayatan, meletakkan ummat islam sebagai sebaik baik ummat. Dan
pada ketika itu, ummat umat lain akan tertarik dan terpesona
dengan "khairun ummat" ini dan seterusnya akan berlakulah apa yang
difirmankan Allah Taala (maksud) "Apabila telah datang pertolongan
Allah dan kemenangan, kamu melihat manusia masuk ke dalam agama
Allah beramai-ramai"
(1-2 : An Nasr).

Sebagai kesimpulannya, kemunduran ummat islam tidak boleh
dipersalahkan kepada ulama' ulama' tasawwuf, mereka menekankan agar
manusia bencikan dunia kerana mereka bimbang bila manusia memiliki
dunia, mereka akan lupa daratan.Berkata Sayid Ahmad Al Badawi "orang
boleh kaya dunia tetapi nabi s.a.w melarang kita cintakan dunia,
seperti nabi Sulaiman a.s. dan para sahabat r.a yang kaya, kita
harus menundukkan dunia, dunia tidak boleh diletak di dalam hati".

Mereka ( ulama' tasawwuf) mendesak agar beruzlah kerana bimbang
terhadap mereka yang rapuh imannya, yang tiada ketahanan jiwa dan
kurang takwa, kemungkinan akan terpengaruh dengan masyarakat yang
sudah rosak tamadunnya. Mereka bertindak demikian untuk
menyelamatkan mereka yang lemah agar tidak musnah.

Oleh itu, untuk memiliki dunia, setiap orang islam mesti mempunyai
ilmu, iman yang kuat, takwa, kesabaran, ketahanan, keikhlasan dan
kesedaran betapa pentingnya akhirat berbanding dunia. Dunia hanya
batu loncatan sahaja untuk ke akhirat.

Wassalam.

**UAI



0

901

Posted by matsan on Monday, January 09, 2012
Ada apa dengan 901?

Keputusan Mahkamah Tinggi Jalan Duta berhubung kes tahun 2008.
Kes apa?
Kes DSAI vs SB.

Keputusan : DSAI TIDAK BERSALAH

Aku terlalu muda untuk politik?
Mungkin,aku kurang minat utk belajar politik tapi aku minat untuk mengetahui apa yg berlaku dalam politik.
Mungkin umur 23thn masih mentah,tidak seberani Adam Adli tetapi aku sudah terlibat dengan PilihanRaya sejak tahun 1999 untuk pertama kali..Iye,umur baru 10 tahun.
Tolong sediakan poster untuk digantung je..seronok!

Sanggup gadaikan pelajaran untuk politik?

Sanggup,selagi ianya perjuangan yg benar..mana nak tahu benar?
Mengkaji!

Kenapa suka menentang?

Aku tak menentang,kalau mereka telus dan jujur sudah tentu sokongan milik mereka.
Cuma apa yg diharapkan tidak seperti jangkaan.
Ok,habis..nak bagitahu itu sahaja.

BERSIH 1989


0

Detik dan Iktikad Itu

Posted by matsan on Saturday, January 07, 2012

Nanti akan ada satu detik,
Nafasku kohor,
Kulitku rekah,
Uratku longgar,

Segala gerak seakan payah,
Lelah untuk mengorak langkah,
Namun tidak terhenti iktikad.

Adakah kau setia menanti,
Lantunan suara yang kian kelam,
Tenggelam pada bibir yang kontang,
Dimamah getir usia?

Apakah kau mampu hayati,
Kalimah tauhidkan Yang Esa,
Terbang bersama sayap makrifat,
Menjelajah langit abadi?

Aku sesekali tidak mudah luntur,
Aku tidak akan mudah goyah,
Pada detik yang merobek riwayatku.

Aku akan terus berjihad,
Aku akan terus beriktikad,
Hingga laungan Izrail menggema ke diri.

Sampai detik akhir itu,
Dengan desir kasih-Nya,
Titipkan doamu buatku selalu.


0

Berjuanglah.

Posted by matsan on Tuesday, January 03, 2012
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

0

DuaRibuDuaBelas.

Posted by matsan on Sunday, January 01, 2012
Selamat 2012.

muhasabah harus bermula daripada diri sendiri,menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yg sudah dilakukan sama ada berjaya atau sebaliknya dapat meningkatkan kualiti diri..

dari satu sudut kedatangan tahun baru secara langsung membawa makna usia seseorang semakin meningkat dan jangka hayat semakin pendek,menunjukkan kita semakin hampir dengan maut.Walau apa pun aspek ini jarang diambil peduli,melainkan golongan muqarrabin (hamba mendampingi Allah).

aku sudah bersedia,mungkin kamu belum tetapi masa itu sentiasa membuatkan aku lebih sabar ;)

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.