0

Nabi Muhammad S.A.W

Posted by matsan on Tuesday, February 15, 2011

Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasullullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam tetapi orang-orang yahudi dan kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

Surah Al-Anbiya, ayat 107



"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"

...


0

Ikhlas Dariku

Posted by matsan on Sunday, February 13, 2011
Aku bukan seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

0

Ikhtilat..

Posted by matsan on Wednesday, February 02, 2011
"Bila telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang bermaharajalela." (Riwayat At Tirmizy, Sa'id bin Mansur, At Thabrani, Al Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)"

"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."

Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat.Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

"Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."


"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur".


0

KeBasahan!

Posted by matsan on Monday, January 31, 2011
Kesejukan akibat kebasahan..suhu badan meningkat...tengok je gambo nie..nnt paham la...





0

ManJa Ibu..

Posted by matsan on Monday, January 31, 2011
Meskipun sudah dewasa..
Meskipun sudah berpunya..
Meskipun sudah berumah tangga.
Meskipun sudah bergelar ibu mahupun bapa...
Meskipun mengejar destinasi cinta..

Ianya tetap indah bila bermanja dengan ibu tersayang..
Di dalam gurau senda,kita tetap mengharap dia menyebelahi kita..Kerna dia sebenarnya insan yg benar2 menyintai kita sejak kelahiran kita hinggalah ke akhir hayat..Tangannya lah sebenarnya punca kekuatan seorang anak,tatkala gundah,kita mengharapkn dia mengusap kepala,tatkala sakit kita mengharapkn masakan daripada air tangannya...Segalanya tidak bermakna tanpa dia.. ;)

0

WHY?

Posted by matsan on Saturday, January 29, 2011
Salam...

Ramai orang selalu bertanya kpd kita soalan mengapa? Pelbagai jawapan akan muncul daripada bibir kita bagi menjawab soalan2 itu..begitu juga aku...Yg aku nak coretkn adalah jawapan kpd soalan2 itu....seseorg yg setelah termengah2 menaiki tangga mengajukan soalan,kenapa x minat bidang perubatan?ada juga yg lain bertanya kenapa x suka ubat?x suka sayur?xsuka pergi ke klinik/hospital??.....

Jawapan:
Pengkhususan kpd soalan ini adalah....
1.aku tidak sukakan benda2 yg rumit..dan kadang2 aku tak mampu utk melihat org lain dlm kesakitan...sejak dari dulu aku tidak begitu gemar kepada subjek biologi,pernah mogok dan tidur ketika subjek ini sebelum berpindah ke sekolah teknik...bagaimana sebuah tubuh dibedah,dirawat~~`hmm,agak tidak masuk bg diri aku...cuma aku sukakan kajian yg dilakukan pabila melibatkn bidang sains...

2.Ubat.....dari dulu aku adalah seorang yg payah utk menelan ubat....daripada syrup kepada pil dan kapsul....mungkin kerana rasa.....ya,itu sebab utama.....aku lebih gemar terbaring jika demam,tidur jika sakit.....

3.Sayur...sama seperti ubat,rasanya yg agak annoy bg aku...tp aku masih cuba belajar utk menerima mereka seadanya....kerana,mungkin dr segi kesihatan.....cuma aku melebihkan kepada buah-buahan sekarang ini...

4.Klinik/hospital....no comment! tetap tidak suka......

Kesimpulannya : kaki aku tgh sakit....sudah beberapa hari.... =D

0

AsEver

Posted by matsan on Wednesday, January 19, 2011

I didn’t think it was love, I told myself it wasn’t love
I deceived myself, but my heart kept calling your name
I take one step towards you, push you one step away
Each time, you grow in my heart
I must be loving you this much, must be waiting for you this much
Even though it hurts so much, my heart can’t seem to let you go
I think there must be just one love, I don’t think my heart will change
The love that I’ve kept only for you, I can now finally tell you
Your warm eyes, Your warm love
Flying away farther, but you are still growing up in my heart.
I must be loving you this much, must be waiting for you this much
Even though it hurts so much, my heart can’t seem to let you go
I think there must be just one love, I don’t think my heart will change
The love that I’ve kept only for you, I can now finally tell you
Sometimes love, at times tears
Even though it’s hard, I love you, I love you
I only need you by my side
I must still be loving you, I must still be waiting for you
My brain might be fooled, but my heart can’t be fooled
I think there must be just one love, I don’t think my heart will change
The love that I’ve kept only for you, I can now finally tell you


Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.