0

Peugeon FC..

Posted by matsan on Saturday, April 16, 2011

Peugeon Futsal Club
Group D,UniKL Iprom Futsal

1st game = kemenangan percuma kepada pihak lawan sbb kami datang lewat
(masing2 dok tdoq sewaktu perlawanan)
2nd game = seri 0-0
3rd game = seri 1-1 (me score with a lucky header)
4th game = total loss 1-4 (masing2 sudah injured)

Kesimpulannya = tidak dapat pergi ke suku akhir..

Nas merangkap budak batch aku (team laen) patah kaki pada 2nd game beliau..
Aku pada 4th game,out pada lutut kanan..memerlukan rehat 1 minggu utk kaki..
So malam nie tak dapat la join mereka2 utk friendly...
Tak tau sempat sembuh atau x utk selection bowling pada hujung bulan nie...
Hanya berehat di rumah (study kot),mengeringkan luka pada kaki kiri alang2..
=(


0

GlorY2 Man United..

Posted by matsan on Wednesday, April 13, 2011

First Leg = 1-0
Second Leg = 2-1

At Old Trafford

Scorers:

Manchester United: Javier Hernandez 43, Park Ji-sung 77

Chelsea: Didier Drogba 77


Conclusion = Satisfied (",)


0

Sabrina..

Posted by matsan on Monday, April 11, 2011


penat berjalan..
tapi berbaloi dapat mendukung sabrina al......binti shamsudin(ape ntah nama belakang dia)
sepupu yang terbaru..
ulang alik KL-Melaka demi majlis cukur jambul dan aqikah sabrina...
serta hari ini menjadi doc yg berjaya kerana berjaya memujuk dan menyuapkan sendiri ubat ke dalam mulut si budak nakal danish..~~
penat melayan kerenah sepupu2 yang kecil...
aliyah amat kuat makan,mengalahkan aku..~~
haaa,macam nie barulah dikatakn shomel,kan sabrina kan~~
(",)

1

K.C.B.U.I

Posted by matsan on Thursday, April 07, 2011


Salam sejahtera ke atas semua..
Alhamdulillah,tanggal 6hb April 2011,pasukan saya Budak-budak Fuad yg diketuai oleh Ayah Ad sendiri telah memenangi tournament bowling..

K.C.B.U.I
Kami Champion Bowling Unikl Iprom
(",)

Hehehe,yang lucunya sebelum tournament kami sesat..Sepatutnya kami bermain di Ampang Point tp kami pergi ke Flamingo Superbowl..4 orang yang telah terlambat..Aku,fuad,shahir dan apit..

Alhamdulillah,team kami menang dengan jumlah jatuhan pin bagi 2 game adalah 1100++..Ayah Ad dan apit telah perform dengan baik manakala aku dan caer hanya bantu mana yang patut..hehe
Ayah Ad telah dipilih sebagai pemain terbaik dengan jatuhan pin keseluruhan 380..Hadiah adalah hamper,wang tunai dan medal..

Aku???ngeh3,hanya menjatuhkn pin sebanyak 237..
Mungkin team kami akan mewakili UniKL Iprom bagi Kejohan Sukan UniKL..InsyaAllah..

score bagi first game...ME adalah aku~~


p/s : Dapat mengubat kecewa kalah tournament chess..thanks naa kamu~~


1

Welcome Kay and Flora.......

Posted by matsan on Sunday, April 03, 2011


First love : Halu
Second love : Ryo
Third love : Sam

Now,i have Kay and Flora....Welcome to my life both of U..
Humm,sejak Mr.Horn pergi dah lama xmembela sesuatu..
Hehehe,baru lepas mandikan kedua2 nya selepas mereka dinner apple td..
Kay and Flora adalah golongan ketam yg dipanggil hermit crab...
Kay sangat aktif dan sangat cantik...kaler purple lagi...
Flora sangat pemalu dan sangat hegeh..(macam orang yg bagi nama pada dia laa,ngee)...
Di atas adalah pic Kay,Flora dah masuk tidur...

Ok,mahu setup rumah mereka...Mereka tinggal bersama samantha,sebastian and two no name.. =)

p/s : sedang menanti kehadiran bella dalam hidup aku~~ happy! (",)
nnt update lagi ya bersama rumah mereka..


0

K-2

Posted by matsan on Saturday, April 02, 2011


KaMu..
Hati ini sedang dilanda resah..
Sejak daripada semalam..
Mata tidak dapat dilelap,bila bersendiri seperti kini...

KaMu..
Bait2 lagu di dalam laman sesawang ini..
Akan menerangkan keresahan diriku..

KaMu..
Diriku tidak mampu..


Kepada Mu Rabbi,
Pimpinlah diriku tika aku terbuai mimpi..

Ampunkan dosa yang tidak ku sedari,
Tiada apa yang mampu ku lafazkan lagi,
Kerana Sesungguhnya,
Engkaulah Yang Maha Mengetahui...



0

1 Dalam 4...

Posted by matsan on Friday, April 01, 2011
Dengan ucapan basmalah sebagai memohon berkat bicara,ucapan salam sebagai pembuka kata dan ucapan alhamdulillah sebagai kata2 pujian ke atas segala nikmat yang diberikanNYA..

Sedikit perkongsian daripada diri ini yg penuh kealpaan,kedaifan daripada sifat2 terpuji,penuh kelemahan dalam meniti liku2 hidup yang menanti...

Hari ini memberikan aku seribu satu pengajaran,yg membuatkn diri terasa amat kerdil dalam mencari ilmu dan mendapat berkat dalam pencarian itu sendiri..Ampun dan maaf kepada pengajar yg meluahkan apa yg terkandung di dada selama ini.. Aku=bersalah..
Ya Allah,ampunilah segala kesalahan dan dosa yang telah aku lakukan..

1. Wahai diri,belajarlah untuk bersangka baik..

Baru2 ini,menjelajah ke satu tempat yg penuh dengan warga asing..Melihat suasana baru bagi diri ini..Mula untuk tidak bersangka baik pabila melihat sekumpulan anak2 melayu islam pada lewat malam bersama sekumpulan warga asing..Mula untuk bersangka buruk..

Ya Allah,bantulah hambaMU ini untuk bersangka baik di dalam segala situasi..

Aku=bersalah,tiada sebarang bukti dan sebab untuk aku harus bersangka buruk..Sepatutnya aku mendoakan yg terbaik buat saudara2 ku..Melawat laman sesawang seseorang,belajar untuk bersangka baik..Aku=sangat jauh daripada sifat terpuji ini..

Ya Allah,ampunilah hambaMu yang penuh dengan kekhilafan ini..

2. Wahai diri,tuturkanlah hanya apa yang perlu dituturkan dan tuturkanlah sesuatu yang hanya penuh dengan ilmu..

Benar seperti apa yg dikatakan..Kata2 itu seperti sebilah pedang yg amat tajam..
Aku=bersalah..Tidak pasti sudah berapa ramai yg terasa dengan segala perkataan yg keluar daripada mulut pinjaman ini..

Wahai sekalian kenalan,ampunilah segala kesilapan aku terhadap kalian,jika pedang yg ku keluarkan daripada mulutku ini pernah menikam hati kalian..

Ya Allah,bantulah hambaMu ini untuk menjaga pergaulannya..

3. Wahai diri,belajarlah untuk senyum,kerana senyum itu menenangkan segala jiwa yang resah.

Aku=bersalah..Selalu ditegur,ekspresi muka yang amat flat..++sifat marah..

Ya Allah,kurniakanlah seseorang yg boleh mengawal amarahku ini,agar dia boleh menjadikan aku seseorang yg menenangkan orang lain..

4.
Wahai diri,anda amat kerdil di sisi ALLAH..Carilah keberkatannya di dalam segala yg dilakukan pada sebuah kehidupan..Carilah sebuah kehidupan yang hakiki..Berusahalah untuk menjadi yang terbaek,kerana engkau adalah seorang lelaki,yang bertanggungjwb dalam membimbing ahli keluargamu ke jalan kebenaran..Mulakan lah proses mencari itu wahai diri..


Ya Rabbi,pemerintah sekalian alam..Kurniakanlah aku seseorang yg menyempurnakn sifat diriku ini,yakni seorang wanita yang membawa tulang rusuknya untuk melengkapkan diriku ini..Agar dia mampu untuk mengawal segala kelebihanku dan menutup segala kelemahanku..
Ya Rahman,ajarkan aku dengan segala sifat yang terpuji dan jauhkan aku dengan segala sifat yg dikeji...
Ya Rahim,sesungguhnya aku mengharapkan untuk mati di dalam memperjuangkan agamaMu..Sesungguhnya hanyaMu Ya Allah,yang berhak ke atas diriku..
Ya Allah,ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku,jauhkan mereka daripada azab kubur dan seksa api nerakaMu..

Kamu...
tolong bantu aku..
tolong ingatkan aku..
tolong memarahiku ketika aku melakukan kesalahan..
tolong untuk sentiasa ada disisiku..
tolong doakan yang terbaek buatku..

Kamu..
jika aku tiada bila DIA memanggilku..
berjanjilah kamu untuk menjadi yg terbaek disisi agamaNYA..
tolong bantu mereka,yang memerlukan pertolonganmu..
tolong ingatkn mereka,yang memerlukan peringatanmu..
berbaktilah kepada orang tuamu..
tolong sentiasa untuk mendoakan aku..

Dia..
yang memegang dan menjaga rusukku..
yang telah tercipta untukku di Luh Mahfuz..
aku menantikan kehadiranmu..
jika tidak di dunia,mungkin di syurgaNYA..(Ya Allah,tempatlah aku di syurga indahMu dan jauhkan aku dari seksa api nerakaMU)

Semua..
aku memohon sebuah kemaafan..
jika diri ini pernuh dengan kesilapan..
kerna dosa sesama manusia,hanya manusia yg boleh memaafkan..



p/s: wahai bondaku,sesungguhnya aku merinduimu..
wahai ayahandaku,sesungguhnya aku merindui ketenanganmu...
sangat2 mencari keampunanNYA..


Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.