9 dan 1
Wahai dikau pemilik persona yang mendamaikan,
Maafkan aku kiranya nukilan ini membuatmu jauh hati padaku
Aku tahu kamar hatimu terbuncang tulus kasih yang tak berbelah bahagi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Aku tahu raudhahmu sarat kuntuman cinta yang harum mewangi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Padamu selalu aku bisikan, dalam senda beralas, dalam gurau berbalas.
Bukan aku tak bersedia menerimamu sepenuhnya,
Bukan aku tak bersungguh denganmu seadanya.
Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat.
Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat
Bagiku telah difitrahkan sembilan akal bak pahlawan,
Dan satu nafsu yang tidak terlawan,
Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan,
Dan satu akal yang berpangkat bawahan
Bukan ini diskriminasi ilahi
Tapi itulah anugerah yang sangat berseni
Terciptanya kamu dari serpihan penuh rahsia
Yang mohon dituntun penuh waspada
Barang kau ingat wahai puteri
Sembilan akalku nakal tidak terperi
Satu nafsuku itulah raja, akalku pula setia bekerjasama
Sembilan akalku sedia berpadu,
demi memenuhi nafsu yang satu
Kutahu juga sembilan nafsumu bertakhta
Satu akalmu sering kecundang kehilangan kuasa
Itulah sebab benteng kubina, kerana sayangku padamu tidak terhingga
Aku tidak mahu kasarnya sentuhan,
mencalarkan kacamu yang kerapuhan,
Kubimbang jika aku bukanlah jodohmu,
kelak kau tersisa tidak bermutu
Kupohon kau jagalah peribadimu,
jangan terlalu mudah memberi sebelumnya waktu
Biar sombong dikata duniawi, asalkan jadi cemburuan bidadari syurgawi
Bukan aku tidak kasih padamu, bukan juga aku tak kisah padamu
Tapi biarkan itu berlaku seiring waktu
Sebagai bingkisan jodoh yang datang bertamu.
Aku bukanlah Ustaz Wan Aqasha, dan kau juga bukan Ustazah Siti Norba'yah
Tapi kuharap cinta kita semanis kurma, dan mahligai terbina penuh ceria
Kuharap dikau bukan pilihan yang salah,
Sebelum jodoh datang menjengah
Bersamalah menimba ilmu yang payah,
Agar saat istana bergoyah,
Bahtera kita masih berarah.
Ketika restu dan izin-Nya mencurah,
Akan kupinangmu dengan Bismillah.
-iluvislam-
Inilah Manisfestasi Cintaku
Rindunya rasa kalau tak dapat dating dengan DIA tambah-tambah lagi kalau tak dapat "dating" dengan dia untuk 5 kali sehari, tak sah lagi tak lengkap hidup ini rasanya. Tambahan pula tak kala terdengar panggilan dari –Nya lagi bertambah tak sabarlah diri ini lagi untuk "dating" dengan DIA.
Hebat sungguh penangan panggilan mu Ya Allah .
Ya Allah, izinkanlah diri ini untuk sentiasa dapat "berdating" dengan mu bukan sahaja sehingga akhir hayat ku tetapi sehingga dapat ku "berdating" dengan mu di Syurga mu Ya Allah untuk selama-lamanya.
Pesanan Buat Pendokong Kebenaran.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Petikan : 10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna
Terima Kasih Kamu.
Assalamualaikum..
menaip dengan kondisi jari yg terkehel ketika bermain futsal.
penat+peluh seakan pertama kali baru bersukan yg membuatkan mata hampir tertutup rapat tetapi digagahkan diri ini untuk menaip juga bagi menghasilkan satu entri terima kasih khas buat anda di luar sana.
sepi,dibiarkan 5hb berlalu dengan sebuah senyuman yg sentiasa terukir di bibir.
pagi ini mahu bercerita dengan gembira kpd si kecil darwish yg sudah di anggap sebagai anak sendiri.
sebuah penantian yg penuh dengan ketakutan telah selamat ditempuhi.
dan akhirnya sebuah ucapan terima kasih+sedikit ego menahan emosi lahir dengan ikhlas.
jagalah sekeping hati ini dan bantulah aku utk menjaga sekeping hati yg bakal menjadi sebahagian dari sisiku.
namun,segala kemungkinan yg bakal berlaku di masa hadapan membuatkan aku telah menyediakan diri ini untuk menghadapinya dengan tenang..segala adalah kurniaan Ilahi.
debaran dan gementar sehingga kakiku bergetar ketika menanti sebuah jawapan yg lahir sudut bibir dan ku cuba utk menangkap setiap bait kata-katamu.namun utk pertama kalinya aku gagal.dan ku gagahkan diri utk cuba mendapatkan jawapan itu..
dan..
TERIMA KASIH KAMU (",)
alhamdulillah.
Bisikan Hati.
Menggamit setia sebuah kasih abadi
Bertaut dalam sudut hati
Yang jauhnya sukar aku jangkau
Aku terpesona dengan ciptaan Ilahi
Sebentar aku hilang dalam lamunan
Tersentak aku hiba
Terkilan rasa dihati
Saat tersedar aku dilamun
Keindahan bisikan cinta
Adakah dosa bagiku Ya Allah?
Aku dibuai pesona wajahnya
Terdetik kesal saat khilaf
Membuka mata
Namun gelora jiwa ini terus membadai
Membawa helaian cinta
Yang aku sendiri tidak memahami kebenarannya.
Ya Allah
Andai cinta ini anugerahmu
Andai cinta ini bisikan darimu
Andai cinta ini milikku
Peliharalah hati ku dan hatinya
Agar cinta ini bersemi
Di atas landasan Perjuangan islam
Ya Allah
Aku redha mencintai
Dan dicintai
Song
ProFiLe
- matsan
- Hmm,just a simple person... Happy go lucky person... Love peace... Kehidupan yang kita lalui ini adalah satu pinjaman untuk satu kehidupan yg kekal abadi..~
KoMeN..
Place to Read
-
19 years ago
-
Im defensive.9 years ago
-
Devotees ~ Kekasih (Full)10 years ago
-
puasa oh puasa13 years ago
-
-
-