0

Pesanan..

Posted by matsan on Tuesday, March 31, 2009
Nenek selalu berpesan:

Carilah ilmu sehingga akhir hayat.
Jangan sekali gagal berhenti di tengah jalan.
Putus asa itu mainan syaitan.
Hormatilah kedua ibu bapamu.

Emak selalu berkata:

Berdoa dan berzikirlah sepanjang masa.
Jagalah pemakanan kerna halal haramnya penentu kejayaan.

Ayah selalu nasihat:

Jagalah solat.
Carilah keberkatan di dalam hidup.
Bacalah dan fahamilah Al-Quran kerana segala petunjuk hidup ada di dalamnya.

Kakak selalu memberi sokongan :

Jodoh,kehidupan,ajal maut segalanya ketentuan Ilahi.

Aku berpesan kepada diri sendiri:

Cuba untuk mengikut segala nasihat yg diberikan.
Tabahkan hati.
Jangan suka menyusahkan sesiapa selagi mampu menahan seorang diri.
Jagalah pegangan agama.
Hidup dan matiku kerana ALLAH.
Kawal kemarahan,bendung kesedihan,serlahkan kegembiraan.

Insan penting:


emak dan ayah..


mak uteh,pak uteh,shahir.


1

KaCang...

Posted by matsan on Monday, March 30, 2009
Salam..
Entry yang bertajuk kacang khas buat Ahmad Zarriq..
Zarriq aka Based aka Kacang...Itulah panggilan namanya..
Hmm,aku dgn dia merupakan kawan yg agak rapat sejak dari form 1 lagi sampai la sekarang..Dalam banyak2 kawan yg aku ada,dia la yang paling banyak kumpul kenangan pahit manis bersama dengan aku..

Kacang,kau ingt lagi tak sebelum kita jadi rapat,kita sebenarnya musuh ketat..hehehe..
Disebabkan kau,aku dulu masa form 1 dipanggil ke bilik guru disiplin...Aku dgn geng2 otai dulu pernah berkumpul ramai2 untuk memukul kau..(tapi sebenarnya nak slow talk je)..
Tapi mungkin jodoh pertemuan antara kita membuatkan kita jadi kawan rapat..

Sejak sekolah lagi aku dengan kau dah kumpul macam2 kenangan...
Masuk pertandingan sama2,main bola sama2,bergadoh sama2,ponteng sama2,berbasikal sama2...Ala,banyak benda la yg kita dah buat bersama...
Form 3 kau tukar sekolah and form 4 form 5 kau sekolah teknik berlainan dengan aku..Cuma disebabkan rumah satu kwsn,aku tetap dapat jmpe kau masa cuti...

Just lepas habis SPM aku dengan kau bertambah rapat kot...
Bermulanya era mengenal dunia,kita sepakat maybe beli motor Yamaha Lagenda kaler yang sama..Just aku beli awal beberapa bulan daripada kau...(tp motor kau sekarang dah hilang)..
Ingt lagi tak time kita start keje sambil menunggu result SPM..First company yg kita keje bertempat di Klang Gate..Syarikat angkut barang2,utk kerja2 pemindahan rumah ke,company...Dari situ,aku,kau dan kawan2 rapat yg lain tinggal dekat umah sewa sama2...Habis patah riuk badan kita angkat barang..
Hahaha,aku ingt lagi,time dekat umah sewa pon boleh bergadoh sesama sendiri..Adoi..
Kerja pun xlama kan,lepas tu kena buang..Tapi tetap best sbb kita banyak pengalaman dekat sini,selalu merantau pulak tu..Bila pk kau dengan alim pernah accident time blk kerja dengan mamat indon tu buat aku tergelak pulak..Dah la betol2 depan mata aku..Terpelanting indon tu..hahaha
Dekat rumah sewa nie byk pengalaman,xtau plak npe time nie semua jiwang...Dengan kau2 skali walhal kau yg asyik kata kau la yg paling keras hati dr aku...

Lepas kerja dekat situ,aku dgn kau kerja dekat restoran jejantas sungai buloh..
Dekat situ mmg xthn kerja dia,sbb tu kita selalu buat perangai...Bayangkan,nak pergi kerja dari rumah sewa yg diberikan kena lalu sungai yg berselut??..Adoi,kenangan2....Pernah sekali,time tengah cross sungai tu,selipar aku tertanam dalam tu and selipar kau pulak putus,langsung xpergi kerja hari tu n malam tu jugak pindah balik rawang,sanggup ulang alik..hahaha...



Kerja dekat restoran jejantas tu xlama,lepas tu kita sepakat semua 10 org untuk carik kerja di SOGO..Inilah gambar kacang time keje dekat sogo..Aku pun xtau nape aku pnggl kau kacang,maybe sbb kau panggil aku kacang??..Dekat SOGO kita kerja lain tingkat,kau bahagian kasut n handbag manakala aku bhgn baju lelaki...
Aku xtau la,mane2 tempat kita kerja mesti buat perangai..Maybe time tu under 18 kot...hahaha,darah remaja gila2 hbs skolah....Kerja dekat SOGO nie je yg bertahan paling lama,dalam 3 bulan macam tue....Itu pon berlari kena kejar dengan supervisor..


Kenangan..
Untuk pengetahuan,sekarang abg kacang nie tengah berada dekat kem latihan NAVY di lumut..Dia baru lepas blk dari Somalia..Start sabtu lepas dia cuti 2 hari tp br semalam aku sempat jumpa dia.Itu pun 30 minit je sbb dia dah nak balik ke Lumut...Aku balik lambat dari penang sebab nak siapkan kerja..Hadus,sedih gler sbb dapat jmpe kejap je..Dah la jarang jumpe sekarang nie,6 bln sekali pun blom tentu...Ada byk benda aku nak cerita nie..

Tadi dia msj aku,ckp terkenang dekat aku dgn kwn2 yg lain..Xtau lepas nie bila boleh jumpa..
Based,minggu depan hazmi pulak nak tinggalkan kita..Dia pergi lagi jauh ke Eropah sana...Dia kalau dekat sana lagi payah nak balik..Kurang lagi sorang geng kita..
Aku pun sedey lor....Aku sorg2 je..
Aku nak taip entry utk hazmi pulak la lepas nie..

Kacang oh kacang....
Aku banyak berceloteh pulak kali nie kacang,kau punya pasal la..
Tapi aku xkesah sbb blog aku... =)
Jangan nanges2 dah kacang,kau kan lagi kuat dan tabah dari aku...




2

AKu Di TaG bUat kaLi ke Brape nTah!!!

Posted by matsan on Wednesday, March 25, 2009
1. How old are you?
19 tahun 3 bulan 2 hari

2. Are you single?
solo ranger~

3. At what age do you think you'll get married?
xkesah,esok pon boley

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
tiada siapa,japg nak g kedai makan ajak makcik tu kawin la... =p

5. If not, who do you want to marry?
entah la,xtau...berserah jodoh....

6.Who will be your bridesmaid & bestman?
shahir amri..tp time tu mesti umur dia xsampai 7 thn ag,klu x orang lain..
mesti budak kecik...=)

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
dekat dewan or depan umah dah cukup...

8. Where do you plan to go on honeymoon?
Australia or Jepun....


9. How many guests do you think you'll invite?
tengok berapa ramai yang kenal aku...huhuhu

10. Will that include your exes?
ape salahnye...xboley ke???

11.How many layers of cake do you want?
23 layers but setiap layer tebal dia cuma 1 cm...coklat and vanilla only

12. When do you want to get married, morning or evening?
lepas maghrib for akad klu pihak pompuan setuju,kenduri pihak aku lepas asar....serius.!
just nak buat tea time....

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
selamat pengantin baru-hijjaz

14. Champagne or red wine?
xmo...air oren and tea O dah cukup...

15. Honeymoon right after the wedding or days after wedding?
xkesah~

16. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
makan pakai tangan~

17. Money or household items?
doa semoga kasih berkekalan dah cukup~

18. How many kids would you like to have?
sebanyak yang boley...lebih 9 orang...hahahaha

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
yup..!

20. Whose wedding plan would you like to know ?
abang aku tp dia xde blog...hahahaha


3

LaGu RuMah SuKan~

Posted by matsan on Monday, March 23, 2009
Fitrah an-najah,
Pasukan gilang gemilang,
harumkan nama kita bersama,
insyaALLAH berjaya..

Kita bersukan kerana ALLAH,
itulah dia niat utama,
bersatu teguh bercerai roboh,
najah pasti menggegar..

Najah boleh,
najah boleh,
najah noleh~,
najah boleh,
najah boleh,
boleh menang insyaALLAH....

Salam...
Hmm,lagu sukan rumah biru,yang nie je aku ingat...Itu pon x pasti betul x lirik dia.....

Lagu rumah sukan nie dinyanyikan oleh ahli rumah biru masa sukan tahunan sekolah rendah..
Tapi aku bukan rumah nie,aku ketua rumah hijau..hehe
Walaupun aku ketua tapi aku x tau lagu dia macam mana...hahahaa...
Ada lagi aku simpan baju rumah sukan masa aku darjah 6,cuma dah x berapa elok...
RUMAH HIJAU JUARA SUKAN TAHUNAN SRIAAG 2001..

Hmm,tension bertambah...
Kelmarin motor rosak,semalam hp rosak dan hari nie komputer pulak rosak..
Nie pun pinjam laptop kawan update blog...
Aduis,sabar je dengan dugaan nie...

Hanya motor yg aku akan repair,hp aku nak beli baru n komputer biarkan tersadai dulu...hehehe...Budget x cukup sbb nak buat Projek 1 dah labur banyak wang...Kena berjimat sbb sem depan untuk Projek 2 lagi pakai banyak duit,sorang maybe melabur dalam 4-5 ratus buat standby...

Adus...Report banyak dalam PC,mcm mane nak ambik nie...x sempat copy...Adoiiii


1

CoRetAn JaM 3.30 PaGi~

Posted by matsan on Sunday, March 22, 2009
Salam...

Nak berceloteh sikit pagi2 nie..
Ini kisah benar yg berlaku terhdp diri Muhammad Ehsan..

Aku hanya memerhatinya dari jauh,memikirkn kesihatan dan keselamatannya di sana..Aku dan dia jarang kali berbicara,apatah lagi bertemu muka...Cuma dari jauh aku dapat mengetahui keadaan dirinya.
Aku tahu aku tidak patut terlalu mengambil berat terhdpnya,takut jika suatu hari akan memakan diri..tetapi,aku hanya insan yg lemah dan alpa.

Tatkala dia kesedihan,aku berada jauh drpdnya..
Tatkala dia kegembiraan,aku hanya mampu tersenyum menumpang gembira...
Dia membuka mataku untuk melihat dunia...
Aku masih ingat 'tamparan' yg diberikan kepadaku yg mampu membuat aku terdiam buat pertama kalinya...Mungkin patut aku diperlakukan begitu ttp sebenarnya dia tidak tahu isi hatiku ketika itu...Telatahnya hingga kini memberi ilham kepadaku utk berusaha dan berjaya..Dia antara punca aku berada di tahap ini..Alhamdulillah syukurku pada yg ESA..

Kini,aku hanya memendam apa yang terbuku dihati..Tetapi,biarlah dia tidak mengetahuinya...Mungkin aku hanya mampu memandangnya dari jauh..
Jika ditakdirkan ALLAH,apabila tiba masanya dia akan tahu segalanya..

Aku mengharapkn kau tetap seperti dulu...
Cekal,tabah,lincah,berani dan matang dalam pemikiranmu...

p/s: jom sambil2 layan lagu kasihku abadi.
(member aku duk bising aku pasang lagu nie,hoho...dah la asyik tulis jiwang2 je...kah3,padan muka aku)


1

HaRapaNku....

Posted by matsan on Wednesday, March 18, 2009
Harapanku musnah...Tersangkut di tengah jalan...
Aku berusaha tapi tak kesampaian...Orang lain relax je main2 tapi diorang yang dapat....
Mak kata jangan putus asa,ayah kata cuba lagi tapi dalam kepala aku hanya sedih yang teramat..

Ya Allah,berilah aku kekuatan menghadapi dugaanMU....
Aku sebagai hambaMu mengharapkan kasih sayang dan petunjuk daripada MU untuk menghadapi dugaan ini..

Xpelah, lain kali aku cuba lagi..Masa banyak lagi....
Kawanku,tahniah dan selamat berjuang...

Tadi satu kelas fail praktikal test hydraulic....(aku cuba untuk tak moody)


5

SpEc MaTa...

Posted by matsan on Monday, March 16, 2009
Salam...

Ramai orang bertanya,ke mana spec mata or glasses aku menghilang...
Ok,kita imbau kembali sejarah zaman dulu2, zaman aku mula2 pakai spec.
Aku start pakai spec mata masa darjah 5 kalau tak silap..Aku pun tak berapa nak ingat sbb hal lama..
Aku pakai sebab mengalami masalah rabun....Rabun ape pun tak ingat...haha
Power pada mata aku yang paling tinggi pernah aku pakai adalah 250,iaitu untuk mata sebelah kanan....

Biasa la, lelaki kalau pakai spec mata kalau tak patah tak sah....Dalam masa 4 tahun aku pakai iaitu daripada darjah 5 hingga form 2,aku dah pakai lebih daripada 10 jenis spec rasanya...Ada yang patah masa bermain bola,ada yang patah kawan terduduk atas spec tu dan ada jugak yang patah sebab letak dalam poket seluar...hehehe..
Tapi last spec yang aku pakai masa form 2 tak patah tapi hilang...Masa tu aku baru balik dari sekolah..Rimas nak pakai,aku sangkutkan dekat baju...Dengan keletihan aku kayuh basikal balik ke rumah..Sampai je dekat rumah,sedar2 dah takde spec tu...Disebabkan aku malas nak keluar duit nak buat spec baru, maka aku biarkan jela tak pakai spec sampai hari nie....

Dari situ la bermulanya era Muhammad Ehsan anak kepada Haji Sharipan tidak berkaca mata lagi...Nampak kurang smart tetapi akal fikiran tetap smart..kah3...
Yang peliknya tetapi alhamdulillah syukur aku panjatkan,power aku dah kurang sehingga ke 25 untuk kedua-dua belah mata...Nak kata aku makan sayur,jauh sekali..Nak kata aku makan vitamin,ubat2...Langsung x...Tapi itulah yang membuat orang pelik..Aku pun pelik....
Maybe satu je kot amalan yang aku suka buat dari kecik...Tengok pokok,keindahan alam yang menghijau,termenung di tepi pantai dan melihat kecantikan langit di malam hari...Maybe la...

Cuma sekarang ini silau mata yang agak tinggi...Silau haritu aku check ada la dalam 50 dan 75..Nak tunggu doktor mata merangkap Kak Maryam sponsor...hahaaha...
Jumpe lagi....


0

KioKu~

Posted by matsan on Wednesday, March 11, 2009


xde sebab letak pic nie..baru je lepas tgk drama 1 litre of tears kali ke brape entah..
nak tulis ape ek??
xtau la...jom teman buat assignment jepun sambil tgk cite nie..

- hajimemashite.(nice to meet u)
onamaewa?(apa nama awak?)
- efusandesu.(ehsan)

- anatawa mareshiajindesuka.(awak orang Malaysia?)
- hai,mareshiajindesu.(ya,saya orang Malaysia)

- efusan-sanwa kenshuusei desuka. (ehsan,adakah awak seorang pelatih?)

- hai,kenshuusei desu. (ya,saya pelatih)


0

Rasul ALLAH

Posted by matsan on Tuesday, March 10, 2009
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu


5

KaWanKu KawEn Lagi...TuRn Aku BiLa Lagi~~

Posted by matsan on Sunday, March 08, 2009


Salam...

Alhamdulillah,baru je selesai solat maghrib..Happy rasanye duduk di rumah nie,makan pon sodap.. =)
Hmm,petang tadi sempat jugak aku pergi ke majlis kenduri kahwin kawanku di Al-amin dulu..Macam2 rase time pergi kenduri orang nie,segan ada,gembira pun ada kot..Tumpang gembira la katakan..

Majlis dilangsungkan di Dewan Arkitek and Enviromental Design,UIA Gombak..Dilangsungkan bermula jam 12 tengahari..Sampai je aku dekat sane lebih kurang jam 2 petang bersama Megat Usamah,pengantin sudah bersiap sedia untuk masuk ke dalam dewan..Kira timing ok la nie.
Pasangan pengantin nampaknye sama padan,sama cantik..Merpati dua sejoli la katakan..
Disulami dengan baju pengantin kaler pink,bertambah berseri pengantin..Kita doakan yang terbaik untuk mereka..InsyaALLAH..

Bila dah pergi kenduri tu kan,maka mesti la jumpe balik kawan2 lama masa sekolah rendah dulu..Ada yang bertambah hensem,sihat,cantik termasuklah aku,hahahaha....Ada jugak yg aku kurang kenal walaupon satu batch sebab aku keluar dari Al-amin agak awal..Kebanyakan yg aku x kenal adalah budak dari Al-amin KL rasenye..
Yang membuat aku terkejut hari nie,boleh pulak 'kohai' ingat siapa aku tapi aku pulak yg xingat diorang..Kohai tu junior dalam jepun,batch yang ke-13 al-amin means setahun lagi muda drpd aku..
Hehe,kira masih ada org yg ingat aku walaupun aku pindah awal...Bangga~~
Salah sorg tu syafiq mazlan,dulu dia sekolah menengah dgn aku sekejap tp aku pun boleh lupa dekat dia..Hahaha,pelupa betul la mamat sorang nie..Siap ada yang nak ambil gambar aku takut lupa,kah3...Kelakar pun ada...

Alhamdulillah,sorang2 dah selesai mendirikan masjid..Hah esan! Kau tu bila lagi??

p/s: kita tunggu yg lebih tua dulu jalankan tugas mereka...=p
td dah salam dengan suami dia ambil berkat majlis,ho3...


5

SaMa x??

Posted by matsan on Sunday, March 01, 2009
Salam...
Hehe,dah ada beberapa orang cakap muka aku macam mamat pelakon nie..
Yeke??
Aku rase sikit pon x tapi orang dah ckp aku terima jela...
Sama ke?? Cuba komen sikit...~


Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.