2

Cinta..

Posted by matsan on Monday, April 27, 2009


"perempuan2 yg keji untuk laki-laki yg keji, dan laki-laki yg keji utk perempuan2 yg keji,
sedangkan perempuan-perempuan yg baik utk laki-laki yg baik, da laki-laki yg baik utk perempuan yg baik. Mereka itu bersih dari apa yg dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yg mulia(syurga)" surah an-Nur~ayat 26

"(iaitu) org2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dgn mengingat ALLAH hati mnjadi tenteram" surah ar-Ra'd~ayat 28

Bismillah...
Salam..

Hmm,nak tulis ape ek??
Nanti la sambung,tiba2 blank pulak..hahahaha
(aku rasa lepas siap entry mcm nak stop update kejap~~)

Okey,nak sambung balik apa yg tergantung dulu..

Al-Quran dapat menenangkan jiwa setiap insan yg runsing..Zikir dan selawat dapat menenangkan jiwa yg dalam kegemuruhan,ketakutan..

Aku punya darah gemuruh yg amat teruk..Misalnya,masa belajar aku faham 100% apa yg diajar oleh pengajar..Tapi tiba time exam,terutama yg melibatkan praktikal exam or something yg berhadapan dengan orang ramai,aku akan gemuruh..Gemuruh aku ini boleh menyebabkan aku lupa apa yg aku faham dan belajar..So,sebab tu aku cakap zikir dan selawat dapat menenangkan jiwa yg gemuruh..Itulah ubat aku setiap kali nak pratikal exam or nak present something depan orang ramai…

Ok,kita tinggalkan soal tu dan kembali kepada tajuk entry..

"CINTA REMAJA: sebuah perkongsian dari ZAHIR"

Cinta adalah biasan dari Penciptanya yang Maha Pencinta. Ia dibiaskan kepada segala ciptaan-Nya supaya mereka dapat hidup dalam cinta, kasih dan mesra, serta aman bahagia.
Cinta adalah fitrah dan cinta adalah suci. Cuma, kerana hawa nafsu buas, cinta disalahgunai. Cinta suci telah dicemarkan oleh manusia yang tamak, tidak sabar, gelojoh, rendah akal dan terpengaruh oleh hasutan dan desakan keji syaitan.

Masa remaja adalah masa cinta berbunga. Pantas sekali remaja bercinta, mencari cinta dan mahu dicintai. Cinta remaja kini sudah menjadi fenomena. Di merata-rata didapati remaja bercinta, malah tenggelam dan hanyut dalamnya, lalu mati, terkorban, korban cinta yang ngeri dan menjijik serta bangkainya membusukkan.

Berbicara soal cinta remaja adalah berbicara soal hubungan dan pergaualan remaja lelaki dan perempuan. Yang dimaksudkan dengan cinta remaja dalam tulisan ini hanyalah cinta remaja yang bathil, yang salah, yang terlarang, dan yang haram, dan bukan cinta remaja yang suci. Yang dimaksudkan dengan cinta remaja dalam tulisan ini ialah cinta remaja sebelum mereka bernikah, iaitu mereka bercinta dengan lelaki bukan hak halal mereka ie bukan suami mereka.

Senarai beberapa panduan dalam manual kehidupan seorang bernama Muslim:

1. Hubungan Lelaki dan Wanita atas Keperluan

Umum mengetahui bahawa sistem kehidupan manusia yang paling sempurna dan agung Islam membataskan hubungan antara lelaki dan wanita dengan hikmah tertentu yang Allah lebih mengetahui sebagai Pencipta kedua-dua jantina itu. Dari pemisahan tempat solat dan susunan sofnya sudah ternyata hakikat pemisahan antara lelaki dan wanita. Komunikasi antara dua jantina ini bagaimanapun diizinkan dalam hal-hal keperluan seperti urusan muamalat harian, tetapi tidak dalam hal-hal kehendak yang banyak didorong oleh hawa nafsu seperti kehendak berhibur dan berseronok lelaki dengan wanita luar nikah. Kehendak seperti itu adalah berlandaskan hasutan syaitan dan desakan hawa nafsu semata yang mengindahkan dunia sementara tapi mengazabkan akhirat hidup yang selama.

Cinta remaja adalah perlakuan yang terkategori dalam kehendak yang berlandas hawa nafsu. Maka ia adalah perhubungan yang tidak terizin, dengan kata laras hukum; haram.

2. Khalwat Fizikal dan Khalwat Hati adalah haram

Rasulullah s.a.w bersabda "Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan akan menjadi orang ketiga."

Sudah termaklum dalam masyarakat Muslim bahawa khalwat adalah haram. Umumnya, orang memahami bahawa khalwat terjadi hanya setelah seorang lelaki dan seorang wanita bersama-sama bersendirian, terutama di tempat tiada orang lain. Khalwat itu bahaya dan haram. Persoalannya, apakah tidak berkhalwat, tidak bahaya dan tidak haram jika ada tiga orang atau lebih terdiri daripada lelaki dan wanita, di suatu tempat yang di sana mereka tidak ada perasaan malu lagi untuk berbuat maksiat, seperti di pusat-pusat hiburan dan arak? Persoalan lain, apakah tidak berkhalwat, tidak bahaya dan tidak haram dua orang dari lelaki dan wanita bersama-sama di khalayak ramai, sedang hati kedua-duanya tertaut rapat oleh hawa nafsu dan perlakuan kedua-duanya adalah perlakuan seperti orang berkhalwat, yang tidak rasa malu kepada sesiapa di sekeliling, bahkan tidak rasa malu kepada Yang Maha Melihat? Persoalan lain lagi ialah apakah tidak termasuk khalwat dua orang lelaki dan wanita yang terjalin dengan hubungan hati berlandas maksiat dalam perbualan secara langsung mahupun melalui telefon dan alat komunikasi lain?

Ternyata kondisi-kondisi tersenarai di atas adalah maksiat semata dan terkategori khalwat juga, kerana khalwat itu bukan pada fizikal sahaja, tetapi juga pada hati, malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana setiap perbuatan dan perkataan adalah hasil dari ilham hati. Khalwat jasadi (badan) hadir setelah khalwat qalbi (hati).

Dalam soal cinta remaja, khalwat secara fizikal di tempat tiada orang lain berkemungkinan terjadi, bahkan memang sejarah membuktikan ia pasti terjadi, yang menentukan hanya asri (masa), lambat atau cepat. Lebih mudah terjadi dari khalwat jasadi ialah khalwat hati yang berlangsung secara terbuka atau tertutup. Dalam situasi terbuka umpama pertemuan lelaki dan wanita di khalayak umum, jasad keduanya tidak berkhalwat, tetapi hati keduanya bias saja berkhalwat melalui tautan nafsu yang melahirkan kata-kata lunak manja wanita dan pandangan serta jelingan mata panah syaitan. Disebabkan khalwat hati, remaja bercinta hilang perasaan malu kepada orang lain dan kepada Rabb mereka, sekalipun di tempat umum dan di khalayak ramai, mereka melakukan apa saja maksiat yang memenuhi citarasa hawa nafsu. Tambahan lagi masyarakat individualistic hari ini sudah tidak peduli maksiat berlangsung hebat depan mata mereka asal kamu nikmat dan aku tidak terganggu bahkan dapat mengongsi sama nikmat maksiatmu. Astaghfirullah. Na'uzubillah. Khalwat hati bisa saja terjadi sepanjang perhubungan langsung muka ke muka mahupun melalui media; telefon, pesanan tek, surat, emel dan sebagainya. Jelas bahawa cinta remaja adalah terlarang kerana khalwat fizikal dan hati yang mengisi cinta remaja itu adalah haram.

3. Bertentang Mata adalah Panahan Beracun Iblis

"Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya." (hadis riwayat at Tabrani dan al Hakim)

Menyentuh cinta remaja, seolah-olah terbayang remaja lelaki dan perempuan bergelimpangan, mati merana dan merata di jalanan kerana terkena panahan beracun Iblis dan syaitan. Bagaimana mereka bisa mengelak dari terkena panahan itu kalau mereka sendiri yang pergi mencari-cari dan menghadapkan diri dan mata mereka pada panahan itu. Amat sukar dan ironis untuk difahami, mereka itu pergi menghadapkan diri di depan panahan beracun syaitan secara berdepan-depan, seolah–olah menyerah diri dan lagi mereka mengambil jarak yang amat dekat, sehingga kuasa panahan yang mengena itu amat kuat.

Memang telah terang lagi nyata, panahan beracun Iblis itu bahaya dan setiap yang bahaya tidak boleh diambil, dilarang mengambilnya apatah lagi bermain-main dan berseronok dengannya. Pertentangan mata lelaki wanita itu bahaya, maka dilarang bahkan haram melayani, bermain-main dan berseronok dengannya. Pendeknya, cinta remaja yang sudah semestinya terbina dari pertentangan-pertentangan mata lelaki dan wanita itu adalah bahaya, maksiat, dosa dan haram.

4. Suara Lunak Lemak Manja Wanita adalah Aurat

Surat al Ahzab ayat 32: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" . Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah bukanlah tunduk pandangan semasa berbicara, tetapi tunduk di sini bermakna melembutlunakmanjakan suara semasa wanita berbicara dengan lelaki sehingga bias menimbulkan keberahian lelaki itu untuk bertindak tidak baik terhadap mereka. Contoh sikap demikian ialah bertutur secara lunak, lemah gemalai, manja, dan menggoda hawa nafsu lelaki. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina atau pembukaan kepadanya.

5. Bersentuhan antara lelaki dan wanita

Bersentuhan antara lelaki dan wanita menurut syariat (undang-undang) Islam adalah haram. Bersentuhan saja sudah haram, apatah lagi perlakuan yang lebih dari itu. Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu." (hadis riwayat at Tabrani dan al Baihaqi). Kepala ditikam dengan besi itu bukan hal yang baik, malah terlalu pedih azabnya. Tapi, ini dikatakan lagi bahawa hal yang terlalu pedih azabnya itu (kepala ditikam dengan besi) lebih baik daripada lelaki menyentuh wanita yang tidak halal untuk disentuhnya. Ini sudah bermakna, lelaki menyentuh wanita yang tidak halal untuk disentuh itu terlalu jauh lebih teruk dan buruk dari teruk dan pedihnya kepala ditikam dengan besi. Kami berlindung dengan Allah dari hal itu. Buruk dan teruknya lelaki menyentuh wanita yang tidak halal untuk disentuhnya itu adalah dari aspek moralnya dan juga dari aspek hukumannya yang tersangat dahsyat di hari perhitungan kelak.

6. Perkara yang mendekatkan kepada zina

Sudah jelas dalam syariat Islam bahawa zina itu haram. Telah jelas juga termaktub dalam Perlembagaan Tertinggi bagi orang Islam iaitu al Quran bahawa perkara yang mendekatkan kepada zina juga adalah haram. Surat al Israk ayat 32 menjelaskan "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." Pernyataan 'jangan' dengan jelas menunjukkan bahawa perbuatan mendekatkan kepada zina adalah haram. Cuma, masyarakat Islam yang belum jelas hakikat ini. Kalau pun sudah jelas, sengaja berpura-pura tidak tahu seolah-olah ayat ini tidak pernah exist dalam al Quran yang mereka baca secara lisan. Padahal kepura-puraan mereka itu hanyalah menipu diri sendiri kerana hendak menurut, memuja, mengagung dan memuaskan nafsu yang memang suka kepada perbuatan terlarang mendekatkan diri kepada zina.

Lagi dalam hal cinta remaja, perkara yang mendekatkan kepada zina memang jelas wujud. Berkedudukan lelaki dan perempuan dalam jarak dekat, baik secara terlindung (khalwat) atau pun secara jelas di khalayak (ie dating di tempat awam atau rumah makan), persentuhan lelaki perempuan, bahkan yang lebih dari itu, pertentangan pandangan mata, pandangan mata kepada berlainan jenis secara bernafsu, perbualan lelaki perempuan yang intim, mesra, manja, lunak, menggoda dan bernafsu, pembukaan dan pendedahan aurat terutama di pihak wanita, semuanya adalah perkara-perkara yang membuka pintu, mendorong, menggalakkan, memudahkan, meransang, membawa dan mendekatkan kepada zina. Hal-hal ini wujud dalam cinta remaja, maka cinta remaja itu sendiri adalah pembuka pintu, pendorong, penggalak, pemudah, peransang, pembawa dan pendekat kepada zina.

Maka sekali lagi jelas, bahawa perkara yang mendekatkan kepada zina itu haram dan kerana cinta remaja itu mendekatkan kepada zina, maka cinta remaja adalah haram.

Jadi, apa jalan yang halal?

Pertanyaan ini pasti berlegar di pemikiran para remaja yang di zaman emas cinta ini amat membutuhkan untuk mencintai dan dicintai, kerana itu memang sudah fitrah ciptaan Ilahi. Sesungguhnya cinta itu suci. Surat an Nur ayat 32 menjawab pertanyaan di atas: " Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." Memang ternyata perkahwinan adalah penyelesai masalah, kerana sesudahnya semua yang haram sebelumnya menjadi halal. Wah, indahnya!

Tetapi realitinya, banyak remaja belum siap untuk kahwin. Bahkan, dalam konsepsi yang salah, mereka seperti memandang kahwin itu penghalang keseronokan, pengakhir zaman keemasan dan pelbagai fahaman yang silap, kerana mereka tidak mengerti bahawa kahwin itulah justeru pembangkit keseronokan hidup, kebahagiaan, ketenangan dan pemula zaman emas dalam hidup dan cinta. Lantas, bagaimana bagi mereka yang belum sedia untuk kahwin atau belum mampu, padahal keinginannya sentiasa mahu.

Islam sebagai sistem yang lengkap dan penyelesai masalah, bukan penyebab masalah, tetap saja mempunyai penyelesaian untuk problematika itu. Surat an Nur, ayat 33 menjawab; "Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan hamba sahaya yang kamu miliki yang memginginkan perjanjian, hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikaruniakan-Nya kepadamu. Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri mengingini kesucian, karena kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barangsiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (kepada mereka) sesudah mereka dipaksa itu."

"Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya. …". Banyak sarana yang boleh dipraktis dalam usaha menjaga kesucian diri. Antaranya ialah amalan mulia menjaga pandangan mata bagi lelaki dan wanita serta amalan berpuasa.

Menjaga Pandangan Mata

Surat an Nur ayat 30: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Surat an Nur ayat 31 pula: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Menutup Aurat dan Menyembunyikan Perhiasan Wanita

Ayat 31 surat an Nur juga memberi panduan khususnya untuk wanita, dalam upaya memelihara kesucian diri: "... janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. ..." Perhiasan pada diri wanita itu terbahagi dua; perhiasan internal dan perhiasan eksternal. Badan wanita itu sendiri adalah perhiasan dan merupakan perhiasan internal. Sedang segala perhiasan yang dipakaikan kepada wanita itu dari pakaian, barangan kemas, bau-bauan, warna-warnaan dan lain-lain adalah perhiasan eksternal. Maka, wanita sewajibnya tidak menampakkan perhiasan internal dan eksternal mereka. Aurat wanita adalah sebahagian dari perhiasan internal. Maka aurat hendaklah ditidaknampakkan atau disembunyikan dari pandangan lelaki baik dari segi permukaan aurat itu, warnanya, malah bentuknya ie bentuk anggota badan terutama yang sensitif pada pandangan lelaki. Pernyataan "... kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. ..." dalam ayat 32 surat an Nur itu merujuk perkara yang pada waktu kebiasaannya memang tampak, seperti luaran pakaian, muka dan tangan. Tapi itu tidak bermakna wanita boleh berpakaian, atau menghias muka dan tangan sampai boleh menarik perhatian lelaki seperti memakai pakaian yang ketat atau sendat ke bentuk badan, nipis hingga menampakkan dalaman badan atau berwarna terang ranggi yang menarik perhatian, atau memakai bau-bauan semata menarik perhatian, umpama warna dan bau bunga menarik kumbang. Muka dan tangan pun tidak sepantasnya dihias sehingga menarik perhatian lelaki bukan suami. Sedang larangan inilah yang menjadi budaya wanita moderat hari ini. Inilah cabaran dan ujian buat Muslim agar mereka layak diganjari syurga di mana Muslimat akan menjadi bidadari dan Muslimin akan bercinta dengan mereka
Dengan seindah-indah cinta syurga yang tidak pernah wujud dalam cinta hawa nafsu manusia dunia yang hina.

Menjauhi Perbuatan yang Menarik Perhatian Lawan Jantina

"… Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." Satu lagi panduan berguna buat menjaga kesucian diri. Secara fiziknya dapat difahami bahawa perbuatan memukul kaki itu termasuklah menggerakkan, melangkah, menghayun atau menggoyangkan kaki agar mengeluarkan bunyi (sama ada dari hentakan sandal, loceng, gelang kaki atau lain-lain) untuk menarik perhatian lelaki terutama semasa berjalan. Amat ironis perbuatannya, pada masa dia berbuat ketaatan kepada Rabbnya dengan menyembunyikan perhiasannya, pada masa sama juga dia ingin berbuat keingkaran (maksiat) kepada Rabbnya. Dia berbuat begitu semata-mata kerana masih mahu menurut hawa nafsunya, padahal dia pun tahu bahawa kaki yang hendak digunakan untuk maksiat itu pun dari Allah. Tidakkah dia berasa malu menggunakan harta seseorang untuk menentang orang itu sendiri, padahal dia hanyalah peminjam harta itu (ie kaki)?

Berpuasa

Berpuasa adalah sarana yang amat berkuasa dan berkesan dalam menjaga kesucian diri. Rasulullah telah memberitahu dengan jelas: "Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Dan siapa sahaja yang belum mampu menikah, hendaklah ia berpuasa, sebab puasa itu memiliki pembenteng (wija)" (HR. Bukhari Muslim).

Surat al Baqoroh 183 memberitahu hasil puasa: "Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa." Ya, itu kesannya puasa, menghasilkan muslim yang bertaqwa. Muslim bertaqwa tentu sekali menjaga kesucian dirinya secara awas dan ketat.

Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang suci dan menjadi orang yang mensucikan diri. Sesungguhnya Allah itu Maha Suci dan menyukai kesucian, lahir dan batin.
Sucikanlah dosa kami Ya Rabb yang Maha Suci.
Amin.

Harap info yang aku dapat nie dapat aku kongsi dengan semua..Nak tulis guna ayat sendiri nanti jadi lain pulak..

Bagi aku,sebagai seorang lelaki,bukan lagi kerana seorang perempuan kita lemah,alpa tetapi kerana seorang perempuan yg kita cintailah kita perlu lebih mendalami ilmu agama,lebih berusaha,lebih memohon keberkatanNYA kerana tanggungjawab yg kita pikul adalah terlalu besar..Lupakan soal cinta buat seketika..

Jika benar kamu mencintai seseorang itu,bimbinglah diri kamu supaya kamu dapat membimbing dia kelak..Berdoalah selalu supaya dia adalah jodoh yg telah ditetapkan olehNYA..Apabila tiba masanya,ikatlah dia dengan ikatan tali perkahwinan…Insyaallah…

Yang baik datangnya dari ALLAH dan yg buruk datangnya dari diri saya sendiri..

Salam dari esan~~


0

27/04/1984

Posted by matsan on Monday, April 27, 2009

SeLamaT Hari Lahir...
Abang Ikhlash dah tua,dah 25 tahun~~
Bila nak naik pelamin nie,hehehehe..~
Cool dan bergaya je orangnye,seorang abang yg selalu support ape yg adiknya buat..
Dia satu-satunya yg selalu ada dekat rumah,walaupun pergi keje pagi dan balik malam...
Sebab kami yg lain masih belajar lagi,aku la yg paling jauh..sedihnya =(
Kami penyokong kuat Man. Utd,England dengan pasukan ragbi England (yg ada Johnson tu) dari kecik..
Nak bagi apa ek kat abang aku nie,selalu korang bg ape kat abang korang??
Bg idea sikit..~~


2

7512..

Posted by matsan on Saturday, April 25, 2009
"BARANGSIAPA YANG TAAT TERHADAP ALLAH DENGAN JALAN BERBAKTI PADA KEDUA IBU BAPANYA, MAKA BAGINYA AKAN ADA DUA PINTU SYURGA YANG SELALU TERBUKA. APABILA IA BERBAKTI KEPADA SALAH SEORANG, MAKA BAGINYA HANYA SATU PINTU. DAN BARANGSIAPA YANG BERBUAT DERHAKA TERHADAP ALLAH DENGAN JALAN MENYAKITI KEDUA IBU BAPANYA, MAKA BAGINYA ADA DUA PINTU NERAKA YANG SELALU TERBUKA. APABILA IA MENYAKITI KEPADA SALAH SEORANG, MAKA BAGINYA HANYA SATU PINTU." SALAH SEORANG SAHABAT BERTANYA: `BAGAIMANA JIKA KEDUANYA BERBUAT ANIAYA KEPADANYA?' RASULULLAH MENJAWAB: "SEKALIPUN MEREKA BERDUA BERBUAT ANIAYA KEPADANYA, SEKALIPUN MEREKA BERDUA BERBUAT ANIAYA KEPADANYA, SEKALIPUN MEREKA BERDUA BERBUAT ANIAYA KEPADANYA."

tadi mak call,tanye 1hb nie hari pekerja jadi balik ke tak..
mak pesan jangan balik naik motor kalau boleh...
nak buat macam mana mak,esan memang suka naik motor..
setiap kali nak travel penang-KL or KL-penang mak mesti risau..

'Nape la adik akak nie tak naik bas bila balik??'
jawapannye tak best~~

Takpe mak,esan akan hati2 macam yg mak pesan..
Check condition motor,pastikan rehat cukup,then doa byk2 sebelum bertolak..
Anak mak nie yg paling suka naik motor kan..

Penang - KL
Penang - Johor
KL - Melaka
Penang - Perlis
kelantan terengganu je tak sampai lagi dengan gf kesayangan esan tu mak

HALU my pride~
nanti dah keje esan nak carik keta bawah nie,nnt kurang sikit naik moto..hehehe


4

WhY??

Posted by matsan on Friday, April 24, 2009
Sering kali menjadi perbualan rakan sekelas..

'esan,senyum sikit'..

'esan nie suka marah orang'...

hehehe,tak tau la kenapa..memang dah terbiasa dari dulu kot... aku memang suka marah kot,kalau member sekelas tu asyik kena marah je terutama perempuan..Siap ada yg tarik muka n nak nanges lagi..Entah la...~~ Mungkin itu gaya Muhammad Ehsan...

'entah sape la nak kau nanti esan,bertahan jela wanita tersebut dgn kau'...

huhuhu,pedih ayat tu,perempuan pulak yg ckp kat aku...


Aku dah berjaya melepasi beberapa test dengan sempurna dan kantoi beberapa test juga...
Yg lepas2 nie tak tau la... Chaiyok2..Exam pertengahan bulan 6~~

coklat itu hitam tapi manis,Esan itu garang tapi hati lembut(kata orang,aku tulis je)...

p/s: jangan bagi cerita korea atau jepun dekat aku,nnt aku tak buat keje..mesti nak tgk sampai hbs...


0

CaRa EsAn...

Posted by matsan on Wednesday, April 22, 2009
Salam..
Pagi tadi sepatutnya kena hantar assignment 5 bagi Practice on Hydraulic..
Masa yg diberi utk menghantar adalah 1 minit daripada kiraan lecturer..
'1 minit dari sekarang sila htr assignment 5'...
Aku dah siap awal assignment tu tp aku tunggu utk kumpul kertas daripada kwn yg lain..
Dah siap kumpul,aku ke depan utk htr kertas assignment tersebut..

Lecturer berdiri dengan muka garang,memandang aku...

'1 minit dah habis..'
(aku masih nak letak atas meja dengan kertas yg lain)..
'takde2,tak payah htr,masa 1 min dah hbs~'
'tapi encik......'
'takpe,awak simpan sebagai kenangan kertas tue...
(aku mula buat muka)....(masih berdiri dengan penuh harapan)...
'sit back at your place,takpe2 awak simpan elok2 kertas tue'...
(dengan muka kecewa dan tahan marah,aku kembali ke tempat duduk)...
'hey you,sit down~~'...'nak saya ckp bahasa apa nie bg awak phm(dengan nada bergurau)....
'yela2,nak duduk la nie~~'(member2 sibuk gelak sebab tgk aku terpaksa mengalah)...

Sibuk berleter lepas tu.....

'Ok,saya nak breakfast kejap sebab tadi kamu dh breakfast kan??Jgn buat bising..Cuba buat assignment 6,jgn nak happy2..'

Keluar je lecturer tu dari lab,aku terus ke depan utk selitkan kertas yg aku tak dapat htr tadi..
Tiba2,boleh pulak lec tu patah balik...Aku terpaksa pura2 cari barang dekat meja depan..

'Lupa pulak saya,kalau ada orang carik saya,tolong call saya ok' dan lec terus berlalu pergi~~..

Fuhhh,nasib baik tak kantoi,aku apa lagi,terus selitkan kertas tu dengan kertas member2 yg dah hantar....
Habis kelas dia rasa pelik sebab kertas utk assignment 5 mcm dah bertambah...

'Siapa yg tak hantar lagi exercise 5??'
takde sorang pun angkat tangan...aku terpaksa menyorok sebab takut lec cam muka...
'Kamu nie memang pandai ye,tadi saya rasa kertas nie sikit je,sekarang dah banyak pulak..'

Member2 semua tergelak..
Nak buat macam mana lec..Nak idop~~~


3

SaYur dan UbaT...

Posted by matsan on Saturday, April 18, 2009
Salam..

Jom kita berkongsi sedikit informasi kenapa owner blog ini merangkap budak botak tak suka makan ubat dan sayur...

Ingin ditegaskan di sini bahawa sebenarnya adik beradik lelaki dalam keluargaku memang tak suka dua2 benda alah nie... =p
Emak selalu bising,'kenapa la anak2 lelaki mak nie tak makan sayur..mana tak sakit'....

Bagi aku,sebab kenapa aku tak makan sayur dan ubat adalah sebabnya benda nie tak sedap macam coklat or gula2...
Dari kecik aku cuma suka makan timun je...Cuma sekarang aku baru belajar makan sayur yang lain macam carrot,bawang sikit2,kangkung,kobis...Yg lain tak berani nak sentuh lagi...Bentuk dia pelik la,dah la rasa dia pahit...eeeuuuuuwwwwww..~
Ubat pulak sebab rasa dia lagi pahit dari sayur n aku tak reti nak telan ubat pil..Dulu kecik2 rajin makan ubat sebab jenis sirap..Walaupun pahit tapi senang nak lepas daripada kerongkong n boleh minum air banyak2..Yang pil nie susah la...
First time makan ubat pil,asyik muntah je masa nak telan..Last2 pergi dapur,ambil lesung batu,hancurkan pil tu...Haaa,kan senang nak telan lepas tue...Pernah aku dapat ubat kapsul,aku buka kapsul tu n keluarkan serbuk dia sbb kalau tak memang tak makan ubat la aku...

Kalau member keluar makan dengan aku,order nasi goreng,tunggu la aku asingkan satu persatu sayur tue baru aku makan nasi tu..Kadang2 member yg habiskan sayur tue..
Ubat yg aku boleh telan sampai hari nie tanpa sebarang masalah hanyalah panadol..hahahaha

Hmm,time tulis entry nie pun baru lepas bertengkar dengan housemate Rafi tentang sayur..
'apa la susah sangat kau nak makan sayur?'
'sebab sayur ada bakteria(ayat yg selalu aku guna)'..hehehehe
'hbs kenapa orang bijak pandai makan sayur untuk tajamkan pemikiran diaorang?'
'yeke?,aku bijak pandai tak makan sayur pun~~ =p...hahahaha









4

Seorang Ayah~

Posted by matsan on Thursday, April 16, 2009
Alkisah..
Teringat dulu aku masa kecik2,selalu di'libas' dengan ayah..
Balik lewat sikit,bergaduh or nakal pasti kena...
Semua aku dah rasa daripada rotan,tali pinggang sehinggalah ke batang paip besi kalau tak silap..
Tapi yang tetap paling bisa dan akanku kenang jua adalah tapak tangan ayahku...Jangan mintak nak rasa sebab time aku kena tue aku terpelanting dan membuatkan aku terus demam dan bermimpi sesuatu yang mengerikan...Aku dan 2 orang abang SAHAJA yang dapat rasa..Adik2 tak senakal kami maybe..
Aku dan abang2 dulu nakal,setiap perbuatan yg nakal tu pasti akan terima 'habuan' daripada ayah...
Ayah dulu memang garang,tapi sekarang ayah dah tak mcm dulu..
Ayah banyak berdiam diri,mungkin disebabkan anak2 dah besar...Tak banyak cakap tapi ayah tetap memerhati~~

Kenapa tidak ayah2 orang lain mengajar anak2 mereka mcm tu??
Kenapa harus dimanjakan anak2??
Ayahku tak macam ayah2 zaman sekarang,melenting bila anak mereka dirotan...Aku masih ingat dulu aku kena rotan dekat sekolah,balik rumah mengadu aku kena rotan sekali lagi dengan ayah..hehehe..
Bagi aku,tak salah mendidik anak2 macam tue....baru padan muka kita~~ =p


Nak tahu,ayahku pernah tidak mengikuti perkembangan anaknya langsung disebabkan kenakalan kami yang melampau..Nasihat aku,jgn buat sampai seorang ayah itu memalingkan mukanya dari kamu dan seorang ibu itu mengalirkan air mata kerana kamu...
Pengalaman hidup aku..
Dalam keluarga,aku dan 2 orang abang memegang title anak yg paling nakal...Mujur adik2 tak ikut sama...

Alhamdulillah,aku dapat menjaga diri bila dah besar nie...Aku tahu sampai sekarang ayah masih mengikuti perkembangan anaknya daripada jauh walaupun kami dah besar...Kami adik beradik faham kenapa ayah begitu dulu dan kami dapat menjadi seperti apa yang dikehendaki oleh setiap ibu bapa..
Dulu emak selalu berendam air mata (dapat tau dari makcik,hehehe)...
Cara ayahku mendidik seorang anak~
Ayah memang panas baran dulu,sampai bos dekat company pun pernah ayah marah..
Mungkin sebab tu,kami anak2 lelaki daripada abang sampai la ke aku ikut perangai ayah..
Ayah 'libas' kami,abang 'libas aku,aku 'libas' adik..hahahaha
Antara kami adik beradik yang paling tak nakal langsung adalah kak maryam,maybe sebab tu dia rapat dengan ayah??hehehe

Kenakalan :
-tidak solat dan mengaji
-balik lewat malam
-bergaduh
-main besbol dalam rumah
-pecahkan pintu rumah jiran
-panjat rumah
-main dekat loji
-masuk hutan mana entah
-banyak sgt sampai tak ingat...

Habuan :
-rotan (dah selalu kena dulu)
-tali pinggang (kadang2 siap kena yg ada kepala tali pinggang)
-batang paip (plastik and besi kot)
-tapak tangan....
-kurung dekat luar rumah (siap nanges sebab takot hantu,hehehe)
-ikat dekat pokok (macam anak2 sidek tu,cuma kerengga je takde)

p/s: dulu pernah kena rotan sampai hancur rotan tu n belakang badan berbirat2,sampai kering air mata tahan sakit...Tidur terpaksa meniarap,tapi time tidur tu ayah dtg n sapu ubat..Ayah tetap sayang anak dia n aku pun sayang ayah~~


0

TerBang Jua..

Posted by matsan on Tuesday, April 14, 2009
13/4/2009,jam 6 petang..

"Cepat la datang rumah aku lim,fend balik je aku nak terus gerak pegi KLIA nie..."
Dengan tiba2 hujan turun dengan lebat..
Jam 7 malam baru kami bertolak keluar dari rumah...

"Aku rasa highway NKVE mesti jem sebab hujan lebat nie,kita ikut Guthrie la.."


-Jam 8.20 malam-

"Oii,cepat,nak cari surau..Maghrib dah hujung tanduk nie..Teruk jemnya tadi,tak nampak jalan.."
"ala,tapi 140km/j jugak ko bwk san'..
Selepas solat,kami melilau mencari kelibat si dia..

"mana pulak perginya mie ni..."
"haa,tu dia dengan family dia dekat kaunter L"
kami bergegas ke sana...

"Bila berlepas mie?"
"Pukul 9.30 nnt kena turun dah,nie aku nak pergi taklimat jpa jap..Tunggu tau.."
"Aweks ko datang tak mie??
"ada dengan mak dia.."

Selepas taklimat selesai,mie mendapatkan kami.Tiba2 hpnya berbunyi..Dia mendapat pesanan daripada ahli keluarganya yg lain yg tidak dapat menghantarnya..
Setelah itu,kami bergambar bersama buat kali terakhir..
Kami dan keluarganya mengiringi dia ke pintu pelepasan antarabangsa..
Pengiring pelajar tajaan jpa telah mengumumkan supaya para pelajar turun dan mendaftar di platform yg telah ditetapkan...


Mie mula mendapatkan ahli keluarganya..Air matanya telah tumpah di saat ibunya memeluk dan mencium pipinya..
Aku menahan air mata dari sama tumpah ke bumi..Ku lihat rakan yang lain juga begitu..
Setelah itu,mie mendapatkan kami sahabat karibnya..
Aku tetap menahan sebak..
"Mie,ajim kirim salam..Jangan tinggal solat mie,jaga diri..3 tahun lagi kau kena balik..Kau dah janji dengan aku."


Satu persatu rakanku dipeluknya dan dalam pada itu,kata2 amanat terakhir disampaikan secara berdepan..

Mie mula mendapatkan buah hatinya setelah selesai dengan kami..
(aku pulak yg sibuk dan lagi sedih..saat touching...)
Mie menatap wajah si 'dia' buat kali terakhir..
Dengan wajah yang muram,mie terpaksa berlalu pergi dan turun ke balai pelepasan..
Mie akhirnya hilang dari pandangan kami...


(snap dari belakang)

Hazmi,kau memang kacak hbs la malam tu..Aku jeles dengan kau sebab kau dapat fly..
Doakan aku mie supaya aku pun berjaya...Mungkin rezeki aku di sini...
Ingat,3 tahun lagi kau kena balik dirikan 'masjid'..Itu plan kau dan kau dah bgtau aku dan aku support kau 100%..


(budak2 jpa ke perancis)

Time tengah drive balik rawang aku sentiasa berfikir...
Macam mana ye budak tu time dia pergi dulu...


2

Edito

Posted by matsan on Monday, April 13, 2009




Malam isnin 13/4/2009...
Aku akan berpisah dengan dia buat tempoh 5 tahun..
Bukan satu tempoh yg kejap tapi satu tempoh yg lama,aku sekali lagi hilang tempat bergantung..
Kami banyak berbicara bersama tentang soal hati...

Dia aku kenali sejak 4 tahun yang lalu..Walaupun jarang2 bersama kecuali masa cuti,dia tetap tergolong di antara sahabat rapatku..
Sejak kecil kami mendapat pendidikan yg sama kecuali dia di KL manakala aku di gombak..Dia adalah permata di antara kami 9 orang..Sikapnya yang pendiam dan tidak banyak bercakap,sentiasa di dalam keadaan blur membuatkan dia adalah insan yg istimewa..

Aku tak mahu byk berbicara sebab aku akan byk berbicara di entry selepas ini.
Pic2 ini di edit dan dihadiahkan kepada dia di dalam album bersama dengan sehelai bendera Malaysia dan sehelai kain pelikat..



0

My QuEeN...

Posted by matsan on Thursday, April 09, 2009
I was born to love you
With every single beat of my heart
Yes, I was born to take care of you
Every single day...

I wanna love you
I love every little thing about you
I wanna love you, love you, love you
Born - to love you
Born - to love you
Yes I was born to love you
Born - to love you
Born - to love you
Every single day - of my life

An amazing feeling
Coming through

= adus,aku rindu sama emak...mau pulang layan cerita korea ALL IN sama emak...


1

KaWan2 SePasir....

Posted by matsan on Tuesday, April 07, 2009

Salam...
Aku tak sihat...Demam dan sakit leher yg hari tu punya datang balik...Aku tak tau kalau jadi jugak kali kedua macam mana..Alhamdulillah demam tak berapa panas,just suam2....
Maybe sebab kena hujan semalam,hari nie dengan bahana tido atas lantai...Letih sangat sampai tak sempat nak pergi dekat tilam sendiri untuk tido...Sedar2 bangun pagi ada atas lantai...
Betul cakap mak,sejuk lantai tu bisa boleh rasa sampai ke tulang..Lebih2 lagi kalau simen..

Ok,kita tinggalkan pasal lantai dan sakit..
Just nak bercerita pasal kawan2 sepasir yakni teman sepermainan aku yang mula2 sekali...
Dulu masa kecik2 dalam umur3-7 tahun,aku selalu bermain dengan kak maryam bila petang2..
Ditemani dengan seorang gurl dan seorang boy..hahaha...Gurl tu nama dia Afira binti Azlan,anak makcik Ain dan pakcik Azlan merangkap kawan mak aku dan Afira merupakan jiran sebelah rumah aku..Afira juga adalah rakan sekolah aku di al-amin sampai darjah 3 kalau tak silap..
Yang boy tu pulak adalah abang Afira sendiri iaitu Uwais,merupakan kawan kakak aku...
Kira 2 pasang adik beradik bermain bersama la nie...

Yup,merekalah rakan2 sepasir aku yang mula2..Macam2 benda yg kami buat bersama sampailah bila dah meningkat usia,baru kurang sikit main bersama sebab dah kenal erti segan...hehehe
Sekarang aku dah punya teman sepasir yang baru...
Dah hampir 2 tahun kami bersama...
Bagi aku teman sepasir adalah teman yang main pasir sama2.... =)



Kawan2,korang semua sengal macam aku...You are da best buddies....


4

Blur2 jam 1 Pagi..

Posted by matsan on Saturday, April 04, 2009
(sengal punya botak =p)

Esan makin kurus = walaupun makan banyak
Esan makin lemah = lemah daya ingatan nie
Esan makin sakit = sakit malas makin menjadi-jadi

Esan dah penat = nak tido
Esan dah tak sanggup = nak lepaskan
Esan dah tak keruan = nak berbual

Esan sangat memerlukan = kamu
Esan sangat mengharapkan = kasihMU
Esan sangat memendam = perasaan

Esan tak kuat = betul 40%
Esan tak smart = salah 70%
Esan tak cekap = betul dan salah 50%

Berikan esan kekuatan = utk mengharungi perjalanan didunia
Berikan esan semangat = utk mencari ilmu
Berikan esan ketabahan = utk menghadapi dugaan hidup

Apa-apa pun aku tau esan tetap happy..


3

aku,kau dan dot

Posted by matsan on Friday, April 03, 2009
Salam..
Entry nie nak bercerita pasal semua perkara. . =)
Minggu cuti yang happy...
Banyak masa dihabiskan bersama rakan dan keluarga.

Nie baru balik dari OU..Berjalan2 dengan kak haza,sempat jugak main bowling..
Pagi tadi duduk rumah siapkan keje sambil jaga hazim(adik bongsu)...Dia demam pulak hari ni,langsung x pergi sekolah..Ingatkan pagi tadi nak ke setapak tp xjadi sebab kena jaga dia..Lagipun takde orang dekat rumah,emak ke hospital buat check up..

Aku ada 2 abang,Ikhlash dan Naeem...
Kita tinggalkan dulu pasal Ikhlash sebab ada entry khas utk dia 2-3 bln lagi..hahaha...
Abang Naeem aku nak bercerita sebab khamis hari tu baru jumpa n lepak2 dgn dia dekat UIA..Aku dengan kawan2 aku n dia dengan kawan2 dia...
Sempat jugak aku kenakan abang aku untuk belanja makan,yela jumpa sekali sekala kan...

Mari kita bersama2 mengimbau kembali zaman 'kanak2 jepun' ini.


Ada muka melayu yang belah kiri,belah kanan muka mix..Hahahaha...
Masa nie aku belum melihat dunia,family aku tinggal dekat Sunderland sebab ayah sambung belajar dekat situ..Daripada apa yg diceritakan oleh emak,mcm best je masa duduk sana..Tadika dengan org putih gitu..hahaha,aku je yg tak sempat sebab lepas kak maryam dilahirkan di sana,ayah pun dah habis belajar dan kembali ke Malaysia...

Nie la abang Naeem bersama sepupu kami Sakinah...
Dalam ramai2,dia la yang orang kata hensem..Siap ada pakcik n makcik-makcik aku yang ingatkan dia buat kerja part time sebagai model..hahaha..
Oh ya,nak bgtau sikit..Adik beradik aku apabila berdialog,kami akan pakai nama/nama panggilan untuk diri sendiri dan untuk orang yg satu lagi kami panggil awak...
Contoh : 'Ayid,awak ada nak kirim ape2 tak sebab esan nak ke kedai'..
Kenapa aku bgtau??Sebab ada orang yang pelik,sebab mereka bercakap dengan adik beradik menggunakan kata ganti diri aku-kau..
Maybe sebab ayah orang pahang dan orang pahang kebanyakkan berdialog menggunakan saya-awak...

Dan bagi diri aku,semua orang dalam family panggil aku dengan nama iaitu esan/ehsan..Tapi aku membahasakan diri aku apabila bercakap dengan parents,kakak2 dan abang2 adalah "aik"..Cuma dengan adik2,family besar dan orang lain baru aku bahasakan diri aku esan/ehsan...
Don't ask why... =p


Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.