0

HoLiday+BBq...

Posted by matsan on Thursday, December 31, 2009
Salam....
Sudah tiba masanya aku berholiday bersama rakan dan mereka2 yang mahu turut serta...hahaha....Jom bbq....
(giler malas nak tulis,mak ada kat sebelah pulak...jadi segan~~)...






BBQ EVENT..





0

PerJuanGan Baru BerMula...

Posted by matsan on Tuesday, December 29, 2009


Salam...

Kehadapan para pembaca yang setia dan dikasihi..hahaha
Saya berada dlm keadaan sihat sejahtera di sini.Ayah dan bonda dirumah,izinkan anakanda menulis coretan kisah hidup di sini...Agar dapar dikongsi bersama para peminat....wawawa..

Cuti sudah lama bermula,tinggal lagi beberapa hari je sebelum melangkah ke dunia praktikal...
Duduk di rumah macam biasa,tak boleh duduk diam sebab ada beberapa majlis yg akan berlangsung dalam tahun 2010 nie...So,sebagai seorang anak yg rajin dan berdedikasi,setelah dipaksa dan diperintah,maka aku memulakan tugas menghias rumah....

Dinding rumah disapu cat baru+atap diganti baru+keadaan dalam rumah yg dihias dengan beberapa barangan baru+aku je yg lama....
Ditambah pula cuti nie ramai kawan2 yang sekali cuti,so memang jarang ada dirumah..Sibuk dengan modi kereta+shopping+event dan sebagainya...

Life aku seperti biasa,takde ape sangat yang berubah...Cuma penerapan jiwa hamba masih diteruskan...

Malas pulak aku nak menulis,letak pic jela...Pic akhir bersama budak2 rumah dan budak2 tkp batch 2/2007....

p/s: movie ape lagi yg best ea??? yg dah ditonton : [santau,planet 51,ninja asesin,storm warrior,avatar,new moon,etc]

budak umah...++orang asing..

time teknik...5 mekanikal 2...sempoi...~~



0

TaMat KisAh di PenAng..

Posted by matsan on Saturday, December 19, 2009
Salam....
Alhamdulillah,dah habis segala exam,segala keserabutan untuk siapkan fail yang dihantar sebelum aku teruskan last sem utk diploma nie utk subjek praktikal...

Lambaian terakhir di penang sudah pun dilakukan pada khamis yang lepas,terpaksa pergi setelah 2 tahun setengah disana..Aku mendapat tempat praktikal di kota damansara...

Terlalu banyak memori yang aku dapat di sana,membuatkan aku mampu berdiri dengan rasa hormat terhadap diri sendiri pada masa ini..

Sebenarnya erti kehidupan baru nak bermula,sesuatu yang ditunggu baru nak berputik setelah sekian lama pencarian dilakukan..Insyaallah,tiada sebarang putus asa walau banyak halangan yg mendatang..

Selasa nie last time ke penang,lepas hbs praktikal baru datang sekali lagi...
Pic akan diupload dalam masa terdekat....tunggu~~

0

My Final Project...

Posted by matsan on Sunday, December 13, 2009



Mesin pemprosesan kekabu...
mood malas nak update..~~hahaha
Khamis ptg nie balik KL jap....
Mira,jom jumpa ye jumaat nie..hahaha(wajib)


0

ExaM..

Posted by matsan on Thursday, December 03, 2009

EXAM WEEK!!!!!!!!!!!!!

0

I'm Back..

Posted by matsan on Sunday, November 29, 2009
Salam...
Macam-macam hal yang berlaku dalam beberapa minggu nie..Tak berapa sempat nak jengah2 sambil update blog nie..

Sebelum tu Selamat Hari Raya Eiduladha diucapkan kepada semua..hehe,hari raya korban yang bermakna bagi aku kali nie..

Entry kali nie tak banyak benda yang nak cerita sebab gambar masih di dalam hp..
Kena tunggu balik ke penang malam nie..Oh ya,aku sekarang di rumah,balik secara tak sengaja sempena raya kali nie..Nnt aku story panjang2 ye..

Alhamdulillah,demam selama 3 hari dan sakit perut selama 2 minggu dah ok dah..
Makan panadol je,ubat lain tak usik...[berserah (",)]
Boleh beribadah dan melakukan kerja dengan selesa..~~Alhamdulillah..

Kali nie just nak bgtau,aku dah tengok movie PLANET 51..hahaha
Tengah tunggu banyak movie yang lain yang baru nak keluar dekat wayang...
Tempat praktikal pun dah dapat,alhamdulillah...Wait ya~~


0

Kawalan Kemarahan...

Posted by matsan on Monday, November 16, 2009
Kawalan kemarahan di dalam diri...

Ya ALLAH,
Bantulah hambaMU ini mengawal api kemarahan yang terlalu senang untuk dilepaskan..
Aku dambakan kedamaikan,kelembutan dan belas kasihan.
Tidak sanggup utkku membuat hati seorang insan itu terluka lagi.

0

Sesuatu Yang Tidak Diketahui...

Posted by matsan on Sunday, November 15, 2009

Bila merenung diri ini,
masih belum layak untuk merasai syurgaNYA.
Ajal maut yang tidak diketahui,
tetapi tiada sebarang persiapan yang dibuat bagi menemuinya..

Mengapakah diri ini selalu lalai dan alpa,
hanya mencariNYA ketika kesusahan dan kesedihan.
Tidakkah aku patut bersyukur setiap masa,
dapat mengecap nikmat duniawi sambil mengumpul bekalan ke sana..

Aku terlalu lalai dan alpa,
mementingkan hal duniawi yg merupakan pinjaman semata-mata.
Aku terlalu leka,
bermain dengan perasaan yang tidak pada hala tuju yg sebenar..

Terdetik hati ini untuk mengetahui hakikat bahagia yg sebenar,
rupa-rupanya hanyalah pada YANG ESA.

DIA teman,DIA tuhan,DIA pencipta..
KITA hamba,KITA khalifah,KITa ciptaanNYA..

ALLAH cinta kita yang sebenar.
DIA tempat kita mengadu dikala kesedihan.
DIA tempat kita mengucapkan syukur setiap masa.
Kepada DIA kita akan kembali tanpa mengetahui masanya.

Persiapkan diri,semoga hidup kita diredhaiNYA...


0

Al-Fatihah..

Posted by matsan on Saturday, November 14, 2009
Al-fatihah dan doa untuk arwah pak wor@pak long (sebelah ayah) yang telah kembali ke rahmatullah semalam(jumaat) pada jam 11.30 pagi.

Al-FATIHAH..


p/s: aku tidak dapat pulang lagi buat kali ke-2...

0

MUET~

Posted by matsan on Saturday, November 07, 2009
Salam...
Hari nie baru lepas habis exam muet yg selama ini ditunggu2....

Reading = 80%
Writing = 50%
Listening = 95%

Itu ape yang aku rasa la sepanjang masa aku duduki exam hari nie..reading agak konpius sebab aku mengantok+writing yang membuat aku blank,rasa lagi teruk daripada masa amik SPM..
Hurm,apa2 pun kita tunggu la sama2 resultnye nanti...nak amik IELTS pulak next year....

Semangat+kesedaran baru!!


0

SerBa TaK Kena...

Posted by matsan on Monday, November 02, 2009

Bangun pagi rasa serba tak kena...
Tengah hari rasa serba tak kena...
Petang rasa serba tak kena...
Malam pun rasa serba tak kena...

Setelah dikaji dan diselidik,rupa2nya dah kehilangan sesuatu yg berharga...
Adoyai...Dapat balik ke sesuatu yg hilang tu??
Aku punye ke???
Patut la malam nak tido makin payah...

p/s: lepas nie En. Sony makin jarang berbunyi,macam En. Nokia..


5

LariaN TKP..

Posted by matsan on Sunday, November 01, 2009
Pagi tadi ada larian anjuran Kelab TKP.
Larian seperti dijadualkan bermula 7.30 pagi tapi macam biasa aku akan dtg lambat,hahaha..Senior la katakan...
Lebih kurang pukul 7.55 baru aku sampai,nasib baik larian tak dimulakan lagi.


Diberi sedikit taklimat+sesi regangan badan+ucapan pengarah+doa selmat,maka selepas itu kami pun memulakan larian..
Larian sejauh 6km kot bagi lelaki dan perempuan pendek sikit jarak larian nya..

Maka,resultnye aku yg dah lama tak keluar peluh,just dapat top 50 kot daripada 200 lebih orang..
Balik rumah,lepas mandi terus tido sampai ke petang..Bangun2 satu badan aku sakit...hahaha
Let's see the pics..


serius tak muka den???






aku pon xphm gaya 2 mamat nie...

stail tak aku lari???


hehe,junior yg slalu usha aku pon menang..(hehehe,memang aku perasan!)
kami lari sama2 tau..hahahaha

tokhai menang!!!!

jamal pon menang!!!


0

TerKena...

Posted by matsan on Wednesday, October 28, 2009
Salam....
Harap kamu semua dalam keadaan sihat sejahtera...
Yup,jika dilihat kembali pada entry kata hati,dia adalah sepupu aku....Merangkap anak murid yang bakal amik PMR next year...Cewah...

Gambar di snap masa tengah ajar Math+Sains dekat dia...Fasih dia speaking,yang aku nie berterabur....Nak faham term-term math n sains dalam english pun payah...kekeke...
Buat kamu2 yang duk berpikir dia nie sape,kamu telah terkena.... Terutama dekat ko man~~hahaha,beria-ia ko tanye kat aku sape dia nie kan...

Hurm,sekarang sudah jarang2 mahu on9..Sibuk untuk menyiapkan final projek sebab due date sudah keluar..Ada 3 minggu saje lagi,padahal baru rangka yang siap...Sistem elektrik tak tau nak suruh sape buat...

Awal tahun depan akan kembali ke KL,sebab dapat praktikal dekat sana..Yes!! Then dalam masa yg sama akan cuba pikir utk sambung degree di mana...Ingat nak buat pengkhususan dalam pembuatan automotif or aeronautik...Tengok la macam mana...C U..~

P/s : Oh ya,sedikit gambar semasa buat open house aritu..~









0

Solat..

Posted by matsan on Saturday, October 24, 2009
Kesilapan umum ketika solat...
http://www.scribd.com/doc/13090038/38-KESILAPAN-UMUM-DI-SEKITAR-SOLAT

Info yang bagus untuk dikongsi bersama...~


0

KaTa Hati..

Posted by matsan on Monday, October 19, 2009
Apa yang terlihat pada zahir,
Apa yang tersingkap pada batin,
Apa yang terucap di bibir,
Apa yang terbuku di hati,
Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI...

Kata hatiku ada sayang,
Kata hatiku ada rindu,
Kata hatiku ada cemburu,
Kata hatiku ada marah,
Kata hatiku masih ragu-ragu...

Jika dipertemukan kita sekali lagi,
Akan ku pastikan kau kumiliki.
Jika diperjauhkan kita selepas ini,
Akan ku harungi detik-detik sukar ini.

Apa yang telah ku luahkan,
meskipun datang dari hatiku,
bukanlah tulus dari kalbuku.

Aku masih memendam seribu bicara,
betapa sukarnya untukku menyusun kata,
menanti saat agar ku luahkan semua.

Ku tahu hatimu bukan padaku sepenuhnya,
Jangan kau hiraukan jika air mataku berbicara,
hanya satu pintaku,
untukmu dan hidupmu,
agar kau bahagia...


4

Crdt to Safwa n Amin Arwani... =)

Posted by matsan on Sunday, October 11, 2009
Haaa...dah tau dah nak cite ape...

Masuk al-amin tahun 1996-2001.
Kira Gene 12 la,diaorang yang asyik kata,maybe diaorang kaji kot.Aku nie pulak ikot je.hehe...
Ada lagi ke tak lambang Gene 12 yg Umar bagi kat aku dulu sebelum dia pergi jepun...
Banyak cerita menarik yg berlaku kat cnie,tapi ada jugak sebahagian yg aku lupa dan aku tak ingat.
So,aku story yg aku ingt ++ yg orang ingatkan.hehe..

Kalau pasal bestfrend,dulu memang aku pun tak ingat aku rapat dengan sape.
Yg pasti sampai sekarang dengan Ali + Megat.
Sedih giler dulu masa Ali nak pindah ke Mesir,bila masa raya je mesti pergi rumah Mualimah Siti Aishah merangkap mak Ali,duduk tengok gambar Ali kat sana,tanya kabar dia,balas2 surat.Sekarang pun dia kat sana lagi...hahaha
Megat pulak memang kamcing hbs la,lgpun family kitaorg pun rapat...Ada connection gitu...
Kalau dari kecik aku rapat giler dengan Umair + Usamah,si kembar.Kalau masa duduk melewar dulu,rumah pun dekat.Selalu2 je dtg rumah diorang makan,belajar surf internet,mancing,pergi main dekat longkang2 mana entah..hahaha
Umar pun macam tu jugak,masa dia nak ke jepun bukan main sedih lagi,siap hantar2 surat,siap aku dapat hadiah lagi dari dia...Hehehe,jakun hbs la dapat hadiah dari jepun...

Aku tak ingat la aku penah gaduh ke x masa skolah rendah dulu...Cari pasal dengan banat ada la kot...Yang aku ingat,Amin tarik muka dengan aku.Semua pasal doa qunut...
Kalau tak silap aku, masa tu qiam,Mualimah Isyamela tanya siapa yg hafal doa qunut...Aku hafal tp malas nak jadi imam sebab nervous...Mualimah tanya dekat amin n muaz,dua2 tak ingat jugak...Last2 amin yg kena jadi imam..Hbs2 semayang aku cakap dekat amin aku hafal..Terus tarik muka dia...hahaha,dah la tak buat sujud sahwi..

Kalau time sukan dekat al-amin dulu pun best...Temasya sukan dia memang aku minat hbs...
Ingat lagi,darjah 6 rumah hijau menang..masa tu aku jadi ketua+Aliah kalau tak silap utk banat..Tapi frust sikit la,sebab kalah 4x100m...keh3..kalah dengan Azinuddin pulak tu...kalau tak boleh dapat no.3

Haa,dulu yang sebenarnya aku memang anti giler dekat banat..Aku pun tak tau pasal ape..
Sebelum tu,al-fatihah utk Yusof yg meninggalkan kita masa darjah 1 disebabkan demam dengki.Hope korang ingat lagi dia walaupun aku pun sebenarnya tak berapa cam muka dia...
Start darjah 2 la yg aku anti perempuan nie,pasal si Fathiyyah kesayangan banat la...hahahaha...boleh pulak main sorok2 pencil box,nak pulak subjek Mualim Sakri masa tu...Adoii,tau2 jela betapa garangnya beliau...
hehe,ingat lagi Adlan kena letak dekat taman dekat luar kelas sebab tidur.relax je Mualim Sakri angkat kerusi dia,letak dekat luar...
Pasal kucing pun sama masa darjah 3,dia jugak...Kesian aku dengan Marwan....
Aku ingat lagi,Fathiyyah siap pergi dekat kantin mintak pisau nak bunuh diri,semua pasal xjumpa kucing yang disorok..hahahaha
Sekarang makcik kantin tu pun bakal menjadi ibu mertua Abang Ikhlas.. =),pusing2 dekat situ je...

Pasal gatal2 nie pun satu hal,baru aku tahu angkara siapa...mencari dari dulu lagi nie...Hbs badan gatal2 lepas PJK...Punca dah tahu buah gatal yg merah2 tu tapi angkara siapa je masih mencari...
Rupanya angkara si Safwa n the gang...patut la dalam memori aku,ada orang dengan Hanisah pernah datang rumah aku..Dia rupanya...
Hanisah dah la rapat dengan aku dari dulu lagi..
Aku ingat lagi,ada orang call rumah,ckp sepupu ke saudara Fathiyyah,Safwa jugak rupanya... =)
Sekarang boleh pulak aku rapat dengan dia,YM pun jadi la...ingat lagi last aku jumpa dia dekat KLCC masa f3 or f4...Sebelum dia ke UK....keh3...

Kalau pasal cintan,hehehehe.Segan pulak aku...
Baru je tanya kabar Basyirah aritu.
Nak bukak 1 rahsia budak2.Semua Muaz punye pasal...
Masa tu time PJK,aku suruh Muaz pegang wallet sebab ada banyak duit dlm tu,nak bayar yuran.
Dan..........
Dalam tu ada gambar dia yang aku gunting dari majalah sekolah kalau aku tak silap.hahahaha..
Last2,entah macam mana wallet aku tu Mualimah ape ye nama dia,yg jaga PJK pegang.Dan beliau telah membukanya.Maka dengan percuma aku mendapat ceramah selepas itu.
Yes!!!padan muka aku...

Geng2 yang nakal macam biasa la,Zakir,Zubair,Zulhilmi...3Z..
belum ditambah Badrul n sape2 entah lagi,Faliq....
Yang aku ingat,dengan diorang nie,time diorang belajar hisap rokok dekat padang sekolah...Siap terbakar kopiah!!...
Berlubang hbs..hahahaha

Zulhilmi jugak yg rapat dengan aku sampai sekarang,ingat lagi dia bagi baju time last trip Gene 12 ke Kelantan...Baju tu bertahan dengan aku sampai tahun 2007 tu....
Kalau masa trip ke Kelantan nie,aku dengan Muhallab memang ada rahsia besar..Semua budak laki tau kot..keh3...

Kalau bab jeles ada jugak dulu,jeles dengan Lin (lembut) @ Izlin..hehehe,sebab dia hensem n aku minat stail rambut dia..kah3....
Saya bukan gay ye Safwa...hahahaha
Lin nie pun entah ke mana menghilang,kata balik cuti aritu nak suruh aku jemput...

Banyak lagi benda best yang aku alami dekat Al-amin Gombak...Melaluinya aku dapat banyak pengalaman dan pengajaran.
Hot jugak la aku dekat sini..wahahahaha
Rindu giler dekat budak batch aku,yg sekarang nie kurang nak kenal.Last time pergi al-amin pun bulan 7 aritu,jalan2 dengan Kak Maryam,tengok sekolah yg berubah sikit....

Ingat ye Safwa,plan satu reunion,kita bongkar kisah2 lama..Amacam??hehehe
But slideshow ke,mana yang ada gambar2 lama.Mesti romantik.kekeke...


1

JaNGaN BerUlanG Kali ke-4

Posted by matsan on Friday, October 09, 2009
Kali pertama = beberapa tahun lepas
Kali ke-2 = beberapa tahun nie
Kali ke-3 = sekarang

Aku berharap agar tak berulang buat kali yg ke-4..

Biarlah yg sekarang menjadi yg akan datang atau jika terjadi yg ke-4 sebagai penghabisan...
3 tahun lagi menjadi petunjuk sama ada penghujungnya yg ke-3 ataupun terdapat yg ke-4 dan seterusnya..

Sebelum Mata Rapat Terpejam
Usah Biar Kehilangan
Menggantikan Lafaz Yang Tersimpan

p/s: rindu pulak dekat adik2 aku yg tgh amik exam..
mak lang,bila mahu ketemu nie??


0

(",)

Posted by matsan on Wednesday, October 07, 2009
When you are tired and discouraged from fruitless effort..
God know how hard you have tried.

When you’ve cried so long and your heart is in anguish..
God has counted your tears.

If you feel that your life is on hold and time has passed you by..
God is waiting with you.

When you’re lonely and your friends are too busy even for a phone call..
God is by your side.

When you think you’ve tried everything and don’t know where to turn..
God has a solution.

When nothing makes sense and you’re confused and frustrated..
God has the answer.

If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope..
God has whispered to you.

When things are going well and you have much to be thankful for..
God has blessed you.

When you have a purpose to fulfill and a dream to follow..
God has opened your eyes and called you by name.

Remember that wherever you are or whatever you are facing..
GOD KNOWS


0

ReVoluSi Halu..

Posted by matsan on Wednesday, September 30, 2009
Salam...
Hehehe,seperti yang dijanjikan aku nak paparkan halu kesayangan yg dah bertukar wajah sempena raya n 3 tahun dia bersama aku...

Halu adalah sebuah motor Yamaha Lagenda Z 110,yang asalnya kelahiran berwarna itam ijau...
Dilahirkan dengan no plat WPQ 7512,dia dah berjalan dengan aku sejauh 48000km.
Daripada 10km/j hinggalah 140km/j dia pernah berkhidmat dengan aku...

Alhamdulillah,dia dijaga dengan baik sekali dan dia juga menjaga aku dengan baik...
So,raya nie aku bagi la sedikit ganjaran..Raya tahun nie aku xde shopping sgt,just beli 2 helai shirt je....
But 4 halu,aku bagi kasut+baju+benda2 hiasan yang lain....

Sedikit gambar yang sempat di snap...





Proses pembaraian enjin disebabkan nak buat servis+sedikit sentuhan daripada aku hasil ilham kawan2 lagenda...

Gambar nie je yang aku sempat tangkap..Set baru yang aku spray sendiri dalam masa 1 hari...(tergesa2)..


Halu dah berubah daripada kaler itam ijau kepada itam kuning ditambah sport rim yg menyerlah sekali kaler putihnye....



Halu yang telah siap sepenuhnya,diberi sedikit sentuhan stiker pada body beliau...



Owner bersama Halu sebelum pergi beraya di penang...


0

Raya d Tasek...

Posted by matsan on Tuesday, September 29, 2009

Salam...
Hehe,permulaan gambar nie bukan sebab ada orang kawin tp kami rakan2 lama kembali bersatu utk meraikan hari raya bersama..
Lepas masing-masing dah penat beraya di kampung+ada yang x balik kampung pon,macam biasa kami akan beraya di halaman/tempat kami iaitu bandar tasik puteri,rawang..

Bermula jumaat lepas,selepas solat jumaat....
Destinasi pertama adalah rumah adik : balqis..
Destinasi ke-2 adalah rumah rakan sekelas : hazreen
Destinasi ke-3 adalah rumah rakan sekelas : kak long
Destinasi ke-4 adalah rumah rakan sekelas yg aku x brapa kenal : sha
Destinasi ke-5 adalah rumah rakan sekelas yg aku x brapa kenal : laila

Sha dan laila aku xberapa kenal sebab sekejap je aku sekelas dengan diorang time f4 before aku masuk teknik..

Di umah kak long,gosip2 bermula..haha


Kisah2 lama diceritakan kembali+kisah2 baru..haha (azrai dari jauh pon dtg,hehehe)

ajim+ alim

Sempat bergambar pulak tu...matsan+awe

basit+rina

with adik..

Barie+rina


Lepak di rumah sha sampai pukul 8 malam++lepak umah laila sampai lepas isyak..hahaha
Penat sebab tgh mlm tu g main futsal pulak..memang x semangat la aku...

Pada hari sabtu pulak...
Bermula jam 11 pagi....
Destinasi pertama adalah rumah rakan sekelas : norul atikah
Destinasi ke-2 adalah rumah rakan sekelas : atikah
Destinasi ke-3 adalah rumah rakan sekelas : zuraidah
Destinasi ke-4 adalah rumah member baik : awe..
Destinasi seterusnya aku tak ikut sebab terpaksa berehat utk ride ke penang pada petang tu jugak..maka jalan2 raya aku stop selepas rumah awe dlm pukul 3 ptg macam tu sbb aku start ride pukul 6 ptg....Sampai ke penang pada jam 11 malam....


Di rumah teacher aliza...(aku x pegi)...
Teacher nie yg kantoikan awe time dating dekat tangga masa skolah dulu,hahaha...

Awe bersama ehem2....

keletihan+kekenyangan...


Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.