0

Off to Red Hill..

Posted by matsan on Monday, June 20, 2011
Selamat sejahtera semua..
Hari ini aku baru berpeluang meng'update' blog ini yang telah ditinggalkan selama beberapa hari..
Hujung minggu yang lepas,aku dan rakan2 baru sahaja menghabiskan masa dengan bercuti dan santai bertemakan 'bikers and childish' di Bukit Merah Laketoen Resort.

Bikers = menuju ke sana dengan kapcai persendirian
Childish = menjadi kanak2 riang dengan bermain air tanpa memperdulikan orang sekeliling.

Perjalanan pergi dan pulang,alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat meskipun aku hampir tergolek ketika menuju susur keluar ke Rawang..Keadaan kapcai masing2 pun dalam keadaan baik walaupun satu ketika kapcai milik Alim seakan-akan menunjukkan ragamnya..
Kelajuan purata adalah antara 90-160km/j..

Oh ya,ketika dalam perjalanan pergi dan pulang,kami berpeluang menambah kenalan dengan di mana pada satu ketika,ketika di lebuh raya berhampiran Teluk Intan,kami menolong seorang bikers yang menaiki superbike berkuasa 1000cc yang kehabisan minyak..Bayangkan bagaimana hendak menunda sebuah motor besar menggunakan motor kecik..Kenalan kami itu adalah seorang Majistret yang bertugas di Putrajaya.. =)
Semasa pulang,kami sekali lagi berpeluang berkenalan dengan seorang 'uncle' di Rest and Relax Tapah yang menjadi ketua bagi IPD Kerian.. =)
(nombor mereka sudah ada dalam simpanan,heee)








0 Comments

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.