0

Ex 5 tahun..

Posted by matsan on Monday, August 29, 2011
The Castle Kg Baru menjadi saksi pertemuan kami..



setelah 5 tahun berpisah,akhirnya dikesempatan dalam bulan Ramadhan yg mulia ini,kami bertemu kembali...5 Mekanikal 2 batch SPM 2006..miss u all guys..~

kelas yg paling popular kerana membuat para cikgu mengalirkan air mata...termasuk guru kelas kami dari tingkatan 4 iaitu Puan Dora Emilia...
Cikgu BM amat berharap untuk aku 'berpindah' ke 5 Meka 1 tapi aku jenis yg setia..hahaha
terlalu banyak kenangan indah disini~~zaman kegemilangan..

btw guys : Ramadhan 1432 bakal meninggalkan kita =(



0

Bermula..

Posted by matsan on Monday, August 22, 2011



Tanggal 22 Ramadhan 1432

Ia sudah pun bermula dan akan berakhir..Ya,10 malam yg terakhir yg begitu dirindui para muslimin..

Untuk membangkitkan semangat memeriahkan sepuluh malam terakhir Ramadhan ini, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita.

Renung-renung dan fikir-fikirkan kembali sedalam-dalamnya. Jika kita mati pada hari ini, adakah kita pasti amalan kita cukup untuk melepaskan diri kita daripada azab Allah yang PASTI di Akhirat sana iaitu azab Neraka yang amat pedih dan seksa.

Marilah kita duduk bertafakur dan renungkan kembali, bagaimana agaknya kedudukan kita di sisi Allah Yang Maha Esa?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

bermula sebuah perjalanan baru dalam meniti liku-liku kehidupan.yang pasti jika selagi mana kehidupan pinjaman ini diberi,sebuah kehidupan itu adalah pasti.maka bertanyalah kepada diri apakah erti sebuah kehidupan pinjaman ini dalam bertemu kehidupan yg kekal abadi.

Mengenali-Mu suatu anugerah,
Anugerah yang tidak terhingga,
Beruntungnya aku,
Dapat mengecapi nikmat ini,
Nikmat menikmati kebesaran-Mu,
Nikmat mengenali-Mu,
Nikmat cinta-Mu yang hakiki.


0

Kerjaya Itu Berat

Posted by matsan on Wednesday, August 17, 2011
Aslmualaikum..

Seminggu dua ini banyak memberi tumpuan di dalam kelas kerana subjek yg di ajar hampir-hampir tiada basic di dalam diri.
Cuma proses menghadirkan diri ke kelas agak tidak sempurna lagi kerana acap kali lewat tiba utk sesi pembelajaran.

Dalam subjek engineering society,banyak ilmu yg diperolehi kerana subjek ini banyak mengajar tentang erti amanah dan tanggungjawab.Satu soalan pernah diajukan yakni di antara seorang doktor dan jurutera,yg manakah memainkan peranan lebih penting dlm menjaga nyawa manusia atau lebih tepat,siapa yg lagi banyak sebabkan orang mati..
Dan jawapannya adalah menjurus kepada jurutera..sebabnya?,siapa ingin tahu boleh pm aku.. =)

Walau bagaimanapun,setiap kerjaya yg diceburi bermakna kita memikul satu amanah yg berat dan kita perlu melaksanakannya dengan sebaik mungkin.
Disamping itu,adalah baik sekiranya kita juga dapat berdakwah di dalam pada masa yg sama.. (",)

Ya,amanah itu adalah kerjaya secara tidak langsung..



0

Selamat Datang Ahli Baru..

Posted by matsan on Saturday, August 13, 2011
Salam..
Wah,alhamdulillah,comel kan ahli baru keluarga aku..young hero...comel macam aku dulu...
Anak buah pertama,anak kepada abg Ikhlas dan kak Mai..
mungkin seorang yg aktif kerana belum apa-apa sudah pandai membuka mata..hehe,bermulanya tangisan seorang bayi di rumah buat sementara waktu ketika kakak ipar berpantang di rumah...

Dilahirkan pada 7/8/2011,tarikh yg sama dgn anniversary kedua ibu bapaku yg ke-30...bertambah-tambah gembira la mereka berdua..Lahir dengan berat 2.66 kg..
Muhammad Darwish bin Mohd Ikhlash..



0

Ramadhan 1432.

Posted by matsan on Friday, August 05, 2011

Salam ramadhan al-Mubarak kepada para blogger dan pegunjung setia blog kehidupan daripada matsan33 hinggalah kepada lifeatok.blogspot

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
-Al-Baqarah ayat 185.-

Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Semua..



Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.