0

Bermula..

Posted by matsan on Monday, August 22, 2011



Tanggal 22 Ramadhan 1432

Ia sudah pun bermula dan akan berakhir..Ya,10 malam yg terakhir yg begitu dirindui para muslimin..

Untuk membangkitkan semangat memeriahkan sepuluh malam terakhir Ramadhan ini, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita.

Renung-renung dan fikir-fikirkan kembali sedalam-dalamnya. Jika kita mati pada hari ini, adakah kita pasti amalan kita cukup untuk melepaskan diri kita daripada azab Allah yang PASTI di Akhirat sana iaitu azab Neraka yang amat pedih dan seksa.

Marilah kita duduk bertafakur dan renungkan kembali, bagaimana agaknya kedudukan kita di sisi Allah Yang Maha Esa?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

bermula sebuah perjalanan baru dalam meniti liku-liku kehidupan.yang pasti jika selagi mana kehidupan pinjaman ini diberi,sebuah kehidupan itu adalah pasti.maka bertanyalah kepada diri apakah erti sebuah kehidupan pinjaman ini dalam bertemu kehidupan yg kekal abadi.

Mengenali-Mu suatu anugerah,
Anugerah yang tidak terhingga,
Beruntungnya aku,
Dapat mengecapi nikmat ini,
Nikmat menikmati kebesaran-Mu,
Nikmat mengenali-Mu,
Nikmat cinta-Mu yang hakiki.


0 Comments

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.