0

jiwa yang menolak patah

Posted by matsan on Monday, November 14, 2011

Bersederhanalah
dan merunduklah
tawaduk di pucuk-pucuk daun..
tapi usah terjerat
malu tak berhemat atau
takut tak bertempat.

Pupuklah jiwa pemberani
yg hadir dari dalam hati
belangkas iman-mu
yg bintang menyuluh jalan
dari rahsia tulus keikhlasan
yg menunjang kekuatan

Berdirilah, tegar spt karang..
tetaplah yakin dengan pilihan
keberanian yg ia putuskan.

Jangan cengeng, jangan culun,
jangan jadi cemen, jangan gentar,
jangan surut utk menongkah cerun.

Allah bersama-mu
dalam setiap fitrah amali
Berakar niatmu
yg jernih dan suci.

Semoga Allah Yang Maha Penyayang
selalu memimpin, menjaga,
melindungi dirimu, hati dan taqwa.

Sampai satu ketika
Perjanjian kan berakhir
di antara jasad dan nyawa.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Rasululllah SAW bersabda:

“Di sekitar Arasy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada’ iri kepada mereka. Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah SAW menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.”


0 Comments

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.