Posted by matsan
on
Sunday, April 08, 2012
Posted by matsan
on
Monday, April 02, 2012
seorang sahabat berkata : 'kau dah tunggu hampir 2 tahun dan DIA dah permudahkan urusan kau di hujungnya,takkan kau tak boleh tunggu lagi?'benar.itu benar. 2 tahun bagiku adalah masa yg singkat.kerana itu aku harus menggunakan masa ini dan akan datang utk lebih fokus terhadap pelajaran dan yg lebih penting kepada DIA.sebab DIA sudah tunggu aku sebelum aku menjadi janin lagi untuk aku mendambakan diri padaNYA.maka tunggulah duhai diri.sibukkan dirimu dengan mempersiapkan dirimu.InsyaAllah,DIA lebih mengetahui apa yg terbaik buatmu.CHECKLIST SAYA :1. Solat2. Al-Quran3. Hafalan4. Dating dgn DIA5. Akhlak6. Ilmu7. Manfaat Orang Lain8. Keluarga9. Kewangan10. Dunia
Posted by matsan
on
Sunday, April 01, 2012
selagi hati ini masih tersenyum,meniti sebuah dugaan Ilahi,memberi peluang kepada ku mendekatkan diri,sambil mengadu mendamba sebuah ketenangan diri.duhai Ilahi,bimbinglah diri ini menuju sebuah perjalanan yg hakiki,perjalanan yg hanya berpaksi padaMU Ya Rabbi,semoga jika suatu hari aku kehilangan seorang insan yg ku kasihi,aku masih tahu bahwa Tuhanku sentiasa disisi,padaMU aku memanjatkan sebuah kesyukuran,akan sebuah anugerah nikmat yg telah KAU beri tidak terperi,dahulu,kini dan akan datang jika sampai masanya nanti.Terima Kasih Ya Allah,Ya Rabbul Izzati.' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik diriku dan sekalian yang berada di sekelilingku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka,begitu juga akan mereka terhadapku. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalah. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.