0

FiLL in Da Blank...

Posted by matsan on Sunday, May 31, 2009
Bismillah..
Hurm,buat tag nie atas permintaan seorang kawan baik yg menganggap aku ni best frend dia...haha,yeke???..sekeh kpale ko baru tau man...

1)Bekas kekasih aku adalah....

bekas kekasih anda...hahaha

2)Aku sedang mendengar..
suara hati diri ini..

3)Mungkin aku patut...
tidak terlalu rapat dengan seseorang kerna makin lama mereka akan makin menjauh..

4)Aku suka..
tido tetapi di hujung2 sem nie tido agak terbantut..

5)Sahabat-sahabat aku....
adalah mereka yg bernama sahabat??

6)Aku tak paham..
kenapa seseorang itu tidak mahu meluahkan rasa yg sebenar..

7)Aku kehilangan...
seseorang yg pernah hadir di dalam hidup ini...

8)Ramai yang berkata...
aku nie kuat marah dan aku mengakuinya...

9)Aku adalah..
seseorang yg mempunyai penampilan yg keras di luar tetapi rapuh di dalam??

10)Cinta itu adalah...
kebahagiaan aku...

11)Di suatu tempat, seseorang sedang..
menunggu aku??..

12)Aku akan cuba..
untuk maju ke hadapan..

13)Ayat SELAMANYA membawa maksud..
enternity..

14)Telefon bimbit aku..
rosak!!

15)Bile aku terjaga..
aku bersyukur...

16)Aku paling meluat..
orang yg berpura2....

17)Pesta/parti adalah..
hiburan dunia...

18)Haiwan yang paling comel penah aku temui..
hamsterku..

19)Peringkat umur yang paling menyeronokkan aku ialah..
bila2 pun happy...

20)Hari ini..
hari plg memenatkan..

21)Malam ini aku akan..
cuba utk bekerja keras...

22)Esok pula aku akan..
ketawa memikirkan tentang semalam+rindu pada dia??(atok,happy besday!!1/6)

23)Aku betul2 inginkan...
hidayah dan kasih sayang dari-NYA...

24)Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..
aku risaukan kau..knape tak angkat tepon???Sengal..!


0

FogGing...

Posted by matsan on Sunday, May 31, 2009

Yeay,ini lah situasi di mana rumahku di fogging..Sebab apa aku pun tak tau,banyak kes denggi kot dekat area kawasan rumah nie..Di atas permintaan aku,aku suruh encik fogging nie sembur dalam rumah sekali dan akibatnya,hbs semua baju berbau asap..hahaha

Yg en. fogging tengah sembur tu adalah rumah sewa aku la..Aku dan kawan2 terpaksa melepak di luar,kalau nak mati lemas dgn asap tu pun boleh..Duduk jela dekat dalam tue...hehe..

Hurmm,dah lama tak alami perasaan nie...
Letih+tak bermaya=HaPpy.... =)


0

23/05/1987

Posted by matsan on Saturday, May 23, 2009

HaPPy BiRthDay SiS...
Tahun nie dah 22 tahun kan,cepat2 la jadi doktor mata..Boleh la esan dapat spec free..

(mood blur2 lagi,tak tau nak tulis apa)..

0

KeNapa,MengaPA dan Apa Sebab...

Posted by matsan on Thursday, May 21, 2009
MaRah
-bila orang buat sesuatu yg kita tak suka..
-bila dikhianati,ditipu,dihina..
-bila melihat orang lain ditindas..
-bila2 masa..

GemBira
-bila terjadi sesuatu yg menenangkan hati..
-bila melihat orang lain gembira

Ketawa
-bila perkara lucu berlaku di depan mata

SaYang
-bila diri ini difahami,diberi perhatian
-bila rasa nak sayang..

Sedih

-bila terjadi perkara yg tak gembira..
-bila orang cakap belakang...

MenanGis
-bila sedih..
-bila mengenang sesuatu...

MelaWan
-bila apa yg kita buat itu betul tp org cakap salah..

SenYap
-bila takde mood

BerSalah
-bila buat orang lain berduka
-bila mengenang dosa2 yg lepas..

CinTa

-bila kita merasakan DIA ada disamping kita
-bila hati kita dicuri oleh seseorang


hurmm,mcm kena tukar je tajuk dia,bila,bila dan bila...
Bila aku perlukan seseorang,akhirnya aku tetap sendiri.. =)

AL-FATIHAH utk Mak Cik Nur(mak ngah),yg telah kembali ke rahmatullah semalam di dalam tidurnya...

0

SeDikIt InFo...

Posted by matsan on Saturday, May 09, 2009

TALASEMIA

Talasemia ialah sejenis penyakit anemia yang juga penyakit keturunan. Walaupun biasa terdapat di kawasan Mediteranean, penyakit ini juga didapati di India dan Asia Tenggara. Talasemia boleh diwarisi oleh anak jika kedua-dua ibu dan bapa mempunyai gen yang terlibat. Walaupun kedua-dua ibu bapa tidak menghidap anemia, kebarangkalian anak menghidapinya ialah satu per empat. Anak yang menghidap talasemia tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang normal, iaitu bahan yang menghasilkan warna merah dalam sel darah merah dan merupakan bahan pembawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Masalah ini ketara semasa anak menjangkau tiga bulan. Pada masa ini, tanda-tanda penyakit anemia mula muncul seperti kelesuan, sesak nafas dan pucat. Lama-kelamaan anak akan semakin kekurangan tenaga dan mengalami kesukaran menyusu. Bahagian abdomennya juga akan menjadi besar disebabkan pembesaran limpa dan hati.

Tanda-tanda

  • Kelesuan.

  • Bibir, lidah, tangan, kaki dan bahagian lain berwarna pucat.

  • Sesak nafas.

  • Hilang selera makan dan bengkak di bahagian abdomen.

Apakah yang boleh dilakukan?

Doktor akan mengambil contoh darah untuk diuji. Jika penyakit talasemia disyaki, anak akan dirujuk ke hospital untuk dilakukan ujian lanjutan. Jika anak disahkan menghidap penyakit ini, pemindahan darah biasanya diperlukan untuk mengelak anak daripada mengalami kesan buruk penyakit anemia.

Apabila anak sudah cukup besar, anak mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang limpanya. Ini akan mengurangkan kekerapan pemindahan darah kerana kekerapan pemindahan darah akan menimbulkan masalah lain, iaitu ferum boleh berkumpul di dalam tubuh badan dan merosakkan hati, pankreas dan jantung. "Lebihan ferum" ini merupakan ancaman utama penyakit ini dan ramai pesakit menemui ajal mereka semasa remaja. Kini rawatan baru memberi masa depan yang lebih cerah bagi pesakit. Kanak-kanak yang menghidap talasemia kini menerima suntikan ubat yang dapat membantu tubuh badan membuang ferum. Dalam beberapa keadaan, rawatan ini dilakukan secara suntikan yang berterusan pada waktu malam. Anak yang menghidap talasemia harus boleh menjalani kehidupan yang normal.

Kegiatannya tidak perlu dihadkan tetapi dia memerlukan bantuan dan sokongan. Minta nasihat doktor dan cuba berhubung dengan keluarga lain yang juga ada anak yang menghidap talasemia.

Jika anda tergolong dalam kumpulan yang berkemungkinan besar menjadi pembawa penyakit ini, pastikan anda dan pasangan menjalani ujian darah sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan anak. Ujian untuk memnetukan kemungkinan bayi dalam kandungan menghidap penyakit tersebut boleh dilakukan.


0

ComBiNe Je SeNang..

Posted by matsan on Saturday, May 09, 2009
1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
Ajim-Man Jamm-Abang

2. YOUR MAIN RINGTONE?
Doraemon??(hp aku rosak lorr,dua2 hp yg pakai skang nie orang punye)

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
Sleep..(kelas habis pukul 10 mlm,so penat...)

4 . WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
Wan BO - RiYas Corner

5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING? NOW?
White(PaGoda,hehe)

6. THE LAST THING U DID?
Sleep..

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
Handphone.. Moped.. Bantal???hehe..

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
Blue =p

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
Satu hengget Lapan kupang....

10 . HOW'S LIFE?
Happy+Curious+Syukur..

11. YOUR FAVORITE SONG?
Kasihku Abadi...

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
Study,study n study...

13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
Hari ahad yg lepas~

14. WHERE IS SHE NOW?
Dekat rumah,maybe tgh prepare breakfast utk family...

15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
Last sunday laa....

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
Hmm,'akak' kot...

17.WHERE DID U HAVE UR DINNER LASTNIGHT?
Kedai Kak Long,dekat depan kolej...

18. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
Handphone?? - SHON

19. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
Takda laa...4-5 tahun lagi nooorrrr(stail orang kedah,hihihi)

20. WHAT DO YOU FEEL NOW?
GooD..

21. WANNA SHARE WITH WHO?
EntaH..

22. WHO KNOWS UR SECRET?
Nobody does.. =)

23. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
Ada ke?? Semua dah dimaafkan...=p

24. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
Chicken Mc Deluxe tp dah tak pergi....

25. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
Tatkala meninggalkan rumah di rawang ahad yg lepas...

26. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW?
Enjoy the day!!


Yang atas tag daripada bestfriend man jamm,dari f1 sampai sekarang aku satu tmpt belajar dgn dia..hahaha..Yang bawah pulak aku amik dari safwa sebab aku suka pasal makanan nie...Bak kata safwa,aku rase nama tag ni makanan yang paling awak mengidam kot..haha..So here's mine..

masih mencari cafe yg betol2 sedap hot chocolate dia...

masih menunggu spageti kak maryam..~

hehehe,nak yg nie....

Satu lagi yg tak dapat puding laici..dlm google gambar tak menarik~~


0

UpDate!!

Posted by matsan on Thursday, May 07, 2009
Salam...

Hmm,dah tak boleh tahan,tangan dah gatal nak update..hehehe..
Banyak benda yg berlaku tapi nak cerita semua pun tak sempat kot..
Balik masa cuti Hari Pekerja memang best,banyak jugak la aktiviti bersama family yg dilakukan..
Sekali-sekala semua ada masa makan mmg best,banyak cerita2 yg keluar..
Boleh pulak keluar cerita masa aku kecik dulu,tinggal dekat taman melewar aku terkunci dalam bilik...

Cerita dia macam nie,bilik tu macam stor,dan kunci pintu dia dah rosak,so kalau tertutup tak boleh bukak dari luar,just dari dalam je..Aku masa tu budak yg tak tau apa,darjah berapa pun tak ingat..So,nak dijadikan cerita aku pergilah gatal2 tangan dan kaki masuk dalam bilik tu dan terkunci dari dalam...Bilik gelap,penuh dgn barang2 mestilah seram bagi seorang budak..Apa lagi,melalak la dari dalam bilik tu...Nak buka pintu time tu xtau lagi.Nasib baik mak dengar dan mak cakap aku mmg bernasib baik hari tu sebab tingkap terbuka sikit..So,dari celah2 tingkap tu mak seluk tangan n buka pintu dari dalam..Mak kata masa tu aku mmg kuat menangis,hehehe...

Bagi aku,orang yg aku boleh bergantung harap bila sangat2 diperlukan adalah ibu dan bapa serta keluarga..Mereka sahaja yg paham n dapat terima kita dengan seadanya..
SELAMAT HARI IBU EMAK..

Kadang2 terfikir jugak,kenapa susah sangat nak cakap kita syg ibu bapa kita..
Nak jadi mcm adik bongsu aku la,sebelum pergi sekolah mesti salam,cium tangan dan cium pipi mak ayah aku..Tapi aku duduk jauh nie nak salam macam mana ek??hmm..~~
(aritu masa aku cuti dia buat dekat aku macam tu,terkejut aku...ingt dah buang tabiat,tapi mak cakap dia rindu...senang hati ada adik macam tu walaupun kadang2 nakal...=p)

Next week penuh dengan test n kuiz,final exam pertengahan bulan 6..Hmm~~
Rutin aku,bila nak test atau exam mesti msg mak dengan ayah mintak restu,tips dan doa mereka....Tapi yg tetap penting bagi aku bukan lulus atau gagal tapi ilmu itu berkat~~
Jom kita jadi muslim yg bergantung harap dekat DIA dalam suka dan duka kita...

Misi : Nak khatam Quran sekali bila exam habis...(6 minggu dari sekarang)
: Fokus dekat study...
: Kurangkan tidoq...
: Tengok Final MU vs Barca sampai hbs...(mesti tgh2 tgk tertido or terjaga time2 last minit...)
: Berjimat sebab nnt nak holiday time cuti~~

p/s: tengah tunggu filem nie,bagi aku menarik...hahahaha


Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.