0

UpDate!!

Posted by matsan on Thursday, May 07, 2009
Salam...

Hmm,dah tak boleh tahan,tangan dah gatal nak update..hehehe..
Banyak benda yg berlaku tapi nak cerita semua pun tak sempat kot..
Balik masa cuti Hari Pekerja memang best,banyak jugak la aktiviti bersama family yg dilakukan..
Sekali-sekala semua ada masa makan mmg best,banyak cerita2 yg keluar..
Boleh pulak keluar cerita masa aku kecik dulu,tinggal dekat taman melewar aku terkunci dalam bilik...

Cerita dia macam nie,bilik tu macam stor,dan kunci pintu dia dah rosak,so kalau tertutup tak boleh bukak dari luar,just dari dalam je..Aku masa tu budak yg tak tau apa,darjah berapa pun tak ingat..So,nak dijadikan cerita aku pergilah gatal2 tangan dan kaki masuk dalam bilik tu dan terkunci dari dalam...Bilik gelap,penuh dgn barang2 mestilah seram bagi seorang budak..Apa lagi,melalak la dari dalam bilik tu...Nak buka pintu time tu xtau lagi.Nasib baik mak dengar dan mak cakap aku mmg bernasib baik hari tu sebab tingkap terbuka sikit..So,dari celah2 tingkap tu mak seluk tangan n buka pintu dari dalam..Mak kata masa tu aku mmg kuat menangis,hehehe...

Bagi aku,orang yg aku boleh bergantung harap bila sangat2 diperlukan adalah ibu dan bapa serta keluarga..Mereka sahaja yg paham n dapat terima kita dengan seadanya..
SELAMAT HARI IBU EMAK..

Kadang2 terfikir jugak,kenapa susah sangat nak cakap kita syg ibu bapa kita..
Nak jadi mcm adik bongsu aku la,sebelum pergi sekolah mesti salam,cium tangan dan cium pipi mak ayah aku..Tapi aku duduk jauh nie nak salam macam mana ek??hmm..~~
(aritu masa aku cuti dia buat dekat aku macam tu,terkejut aku...ingt dah buang tabiat,tapi mak cakap dia rindu...senang hati ada adik macam tu walaupun kadang2 nakal...=p)

Next week penuh dengan test n kuiz,final exam pertengahan bulan 6..Hmm~~
Rutin aku,bila nak test atau exam mesti msg mak dengan ayah mintak restu,tips dan doa mereka....Tapi yg tetap penting bagi aku bukan lulus atau gagal tapi ilmu itu berkat~~
Jom kita jadi muslim yg bergantung harap dekat DIA dalam suka dan duka kita...

Misi : Nak khatam Quran sekali bila exam habis...(6 minggu dari sekarang)
: Fokus dekat study...
: Kurangkan tidoq...
: Tengok Final MU vs Barca sampai hbs...(mesti tgh2 tgk tertido or terjaga time2 last minit...)
: Berjimat sebab nnt nak holiday time cuti~~

p/s: tengah tunggu filem nie,bagi aku menarik...hahahaha


0 Comments

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.