0

Buat Kamu..

Posted by matsan on Tuesday, November 30, 2010
Buatmu,

Bakal puteri hatiku dan permaisuri zuriatku..

Ku coretkan warkahku disebuah halaman maya demi untuk meluahkan secebis resah dihatiku..
Aku bukanlah insan sempurna yang pernah hadir dihatimu,yang mampu untuk menuruti segala kemahuanmu,yang sejak lahir hatiku ini hanyalah untukmu...

Semenjak aku mengenalimu,aku telah tahu bahwa begitu sukarnya utk aku mencapai sebuah hiasan disebalik kaca bahkan sehingga kini aku merasainya..Tetapi kini aku sedar,bahawa sepanjang masa sebelum aku bertemu denganmu bahkan sehingga kini setelah aku bertemu denganmu hingga ke akhir hayatku,ada yang mengasihi diriku...DIA tidak pernah jemu mendengar rintihanku,DIA mengasihiku melalui ujianNYA,DIA menunjukkan cintaNYA padaku padahal aku tidak pernah berusaha untuk menagih cintaNYA..

Maka,aku berharap agar cinta yg mungkin kita bina kerana cinta kita kepadaNYA..

Aku ingin menjadikan dirimu teman hidupku,yg halal buatku untuk merinduimu,untuk mengasihimu..Kenapa kamu,sampai ketika ini aku tiada jawapan untuk soalan itu tetapi hatiku kuat mengatakan bahwa kamu yg kunanti untuk menutupi kelemahanku dan mengendalikan kelebihanku...

Aku tidak tahu bahawa ajalku bila kan mendatang,tetapi sehingga itu,cintaku ikhlas kerana ALLAH..Jika ditakdirkanNYA,aku kan menantimu 'di sana'..Aku tidak dapat menjanjikan apa,tetapi kan ku berusaha untuk membahagiakanmu..

Kamu tahu,bahawa cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini..Aku akan berusaha untuk mengapai hiasan disebalik kaca ini..


0

CP

Posted by matsan on Tuesday, November 30, 2010


Andai tiada cinta insani buatku..
cukuplah cinta Ilahi penyuluh hidupku...
Moga kelak akan ada cinta untukku..
daripada insan yang mencintai Allah
sebagaimana cintaku
kepadaNYA.

Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan... Kekuatan sebuah harapan hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi kenyataan… Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata... Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya..


0

Di.De

Posted by matsan on Tuesday, November 23, 2010

Diploma sudah...Degree bakal menyusul...
InsyaAllah.. (",)

Di.De

0

23hb November 2010

Posted by matsan on Monday, November 22, 2010
Tanggal 23 November 2010 yakni esok merupakan hari graduasi selepas tiga tahun berhempas pulas mentelaah tatkala menjelang minggu peperiksaan, penat berpura-pura saat pensyarah sibuk menurunkan ilmu di dalam kelas, dan setelah tiga tahun yang penuh dengan kenangan itu aku tamatkan, esok adalah kemuncaknya.


Dan itulah akhirnya.


23hb November 2010, aku akan bergelar seorang graduan yang menggenggam dua gulung Diploma, yang mana entah akan digantung dipelosok dinding di rumah. Aku habiskan Ringgit Malaysia 17,940 untuk sekeping kertas bersaiz A4.


Dan itulah dunia.


Namun meskipun dengan Ringgit Malaysia 17,940 takkan pernah mampu untuk membeli sejuta satu kenangan, impian dan segala mimpi-mimpi yang pernah aku kecapi selama seribu sembilan puluh lima hari itu.


Dan itulah hidup.


Buat semua sahabat dari Jepun-Malaysia Teknikal Institut Batch Julai 2007, tahniah aku ucapkan dan bagi sahabat dari Teknologi Kejuruteraan Pembuatan terutama crew Bayan dan Idaman, esok adalah harinya sebelum kita berpisah untuk beberapa puluh ratus ribu hari. Aku tak tahu bila lagi akan kita berjumpa, namun persahabatan dan segala kenangan kita selama ini takkan aku lupakan.

p/s: edit post abdul rahman...bayan crew,rindu kamu.....

"Together We Unite".

0

ExaM..

Posted by matsan on Monday, November 15, 2010
Bila diri kita berfikir bahwa exam ini penentu hidup kita,
ramai yg berusaha,kononnya untuk mendapat keputusan yg baik..
Tapi apa gunanya jika tanpa memahami erti sebenar ilmu itu sendiri..

Belajar tak sudah2,tapi tujuan kita belajar pun kita kadang2 lupa...

Usaha sudah,melepaskannya pada sebuah paper pun sudah...
Sama2 kita bertawakal dan berdoa di atas usaha kita...
Kerna DIA yg tentukan segalanya...

Tak bererti gagal dalam periksa,gagal dalam hidup...
Kalau kita berjaya duniawi,akhirat kita lupa xbagus juga...
So,mari kita cuba seimbangkan or x salah lebihkan sedikit akhirat itu..
Sedang2 menyelak buku di tengah malam,apa kata,luangkan masa menghadap DIA...
Kita mintalah pada TUHAN YANG ESA,DIA kan MAHA KAYA....

Bila hati mengadap Tuhan,
hati yang kosong menjadi penuh dan tatkala hati mengadap Tuhan,
cintaNya menjadi paling agung di dalam hati.
Jangan kau palingkan jiwamu dari Tuhan,
Cintai Dia dengan sepenuh hatimu pasti tiada kecewa di hatimu.


p/s: aku dah buat yg terbaik...mudah-mudahan next year lebih baik...


Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.