0

Buat Kamu..

Posted by matsan on Tuesday, November 30, 2010
Buatmu,

Bakal puteri hatiku dan permaisuri zuriatku..

Ku coretkan warkahku disebuah halaman maya demi untuk meluahkan secebis resah dihatiku..
Aku bukanlah insan sempurna yang pernah hadir dihatimu,yang mampu untuk menuruti segala kemahuanmu,yang sejak lahir hatiku ini hanyalah untukmu...

Semenjak aku mengenalimu,aku telah tahu bahwa begitu sukarnya utk aku mencapai sebuah hiasan disebalik kaca bahkan sehingga kini aku merasainya..Tetapi kini aku sedar,bahawa sepanjang masa sebelum aku bertemu denganmu bahkan sehingga kini setelah aku bertemu denganmu hingga ke akhir hayatku,ada yang mengasihi diriku...DIA tidak pernah jemu mendengar rintihanku,DIA mengasihiku melalui ujianNYA,DIA menunjukkan cintaNYA padaku padahal aku tidak pernah berusaha untuk menagih cintaNYA..

Maka,aku berharap agar cinta yg mungkin kita bina kerana cinta kita kepadaNYA..

Aku ingin menjadikan dirimu teman hidupku,yg halal buatku untuk merinduimu,untuk mengasihimu..Kenapa kamu,sampai ketika ini aku tiada jawapan untuk soalan itu tetapi hatiku kuat mengatakan bahwa kamu yg kunanti untuk menutupi kelemahanku dan mengendalikan kelebihanku...

Aku tidak tahu bahawa ajalku bila kan mendatang,tetapi sehingga itu,cintaku ikhlas kerana ALLAH..Jika ditakdirkanNYA,aku kan menantimu 'di sana'..Aku tidak dapat menjanjikan apa,tetapi kan ku berusaha untuk membahagiakanmu..

Kamu tahu,bahawa cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini..Aku akan berusaha untuk mengapai hiasan disebalik kaca ini..


0 Comments

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.