0
23hb November 2010
Posted by matsan
on
Monday, November 22, 2010
Tanggal 23 November 2010 yakni esok merupakan hari graduasi selepas tiga tahun berhempas pulas mentelaah tatkala menjelang minggu peperiksaan, penat berpura-pura saat pensyarah sibuk menurunkan ilmu di dalam kelas, dan setelah tiga tahun yang penuh dengan kenangan itu aku tamatkan, esok adalah kemuncaknya.
Dan itulah akhirnya.
23hb November 2010, aku akan bergelar seorang graduan yang menggenggam dua gulung Diploma, yang mana entah akan digantung dipelosok dinding di rumah. Aku habiskan Ringgit Malaysia 17,940 untuk sekeping kertas bersaiz A4.
Dan itulah dunia.
Namun meskipun dengan Ringgit Malaysia 17,940 takkan pernah mampu untuk membeli sejuta satu kenangan, impian dan segala mimpi-mimpi yang pernah aku kecapi selama seribu sembilan puluh lima hari itu.
Dan itulah hidup.
Buat semua sahabat dari Jepun-Malaysia Teknikal Institut Batch Julai 2007, tahniah aku ucapkan dan bagi sahabat dari Teknologi Kejuruteraan Pembuatan terutama crew Bayan dan Idaman, esok adalah harinya sebelum kita berpisah untuk beberapa puluh ratus ribu hari. Aku tak tahu bila lagi akan kita berjumpa, namun persahabatan dan segala kenangan kita selama ini takkan aku lupakan.
p/s: edit post abdul rahman...bayan crew,rindu kamu.....

"Together We Unite".