1

1,2,3,4...

Posted by matsan on Saturday, February 19, 2011

Tanggal 19hb 02 2011,
maka dengan ini aku berikrar,
untuk tidur dengan secukup20x nya hari ini,
bagi menempuh esok hari dan yg akan mendatang,
kerana dengan perbuatan ini dapat menggantikan tidur2 yg telah aku tinggalkan...

Maka dengan itu,
segala permasalahan yg lain akan aku tolak ke tepi,
kecuali masalah aku dan kesihatanku,
demi untuk menempuh 1,2,3,4 ujian di dalam pembelajaran minggu hadapan..

Hati ini masih tidak tenang,
kerana masih ada 1 esement yg tidak dihantar,
kerana dengan tidak sengaja,
aku dan mereka2 terlena dengan nyenyaknya..

Maka sekali lagi aku berikrar,
untuk mengubah cara pembelajaranku,
dengan menghadirkan diri ke kelas,
tidur dengan secukupnya,
tidak menangguhkan kerja,
menumpukan perhatian di dalam kelas tanpa bermuka buku,
menjaga pemakanan seharian,
mengurangkan budaya menghabiskan masa kecuali terlebih masa,
dan sentiasa memastikan rumah bujang dalam keadaan teratur..

Maka aku perlu lebih tegas dengan diriku sendiri,
(bekeng pon bekeng la).... (",)


1 Comments


like.. =)
hidup bekeng! =p

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.