0

Ikhlas Dariku

Posted by matsan on Sunday, February 13, 2011
Aku bukan seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

0 Comments

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.