0

1 Dalam 4...

Posted by matsan on Friday, April 01, 2011
Dengan ucapan basmalah sebagai memohon berkat bicara,ucapan salam sebagai pembuka kata dan ucapan alhamdulillah sebagai kata2 pujian ke atas segala nikmat yang diberikanNYA..

Sedikit perkongsian daripada diri ini yg penuh kealpaan,kedaifan daripada sifat2 terpuji,penuh kelemahan dalam meniti liku2 hidup yang menanti...

Hari ini memberikan aku seribu satu pengajaran,yg membuatkn diri terasa amat kerdil dalam mencari ilmu dan mendapat berkat dalam pencarian itu sendiri..Ampun dan maaf kepada pengajar yg meluahkan apa yg terkandung di dada selama ini.. Aku=bersalah..
Ya Allah,ampunilah segala kesalahan dan dosa yang telah aku lakukan..

1. Wahai diri,belajarlah untuk bersangka baik..

Baru2 ini,menjelajah ke satu tempat yg penuh dengan warga asing..Melihat suasana baru bagi diri ini..Mula untuk tidak bersangka baik pabila melihat sekumpulan anak2 melayu islam pada lewat malam bersama sekumpulan warga asing..Mula untuk bersangka buruk..

Ya Allah,bantulah hambaMU ini untuk bersangka baik di dalam segala situasi..

Aku=bersalah,tiada sebarang bukti dan sebab untuk aku harus bersangka buruk..Sepatutnya aku mendoakan yg terbaik buat saudara2 ku..Melawat laman sesawang seseorang,belajar untuk bersangka baik..Aku=sangat jauh daripada sifat terpuji ini..

Ya Allah,ampunilah hambaMu yang penuh dengan kekhilafan ini..

2. Wahai diri,tuturkanlah hanya apa yang perlu dituturkan dan tuturkanlah sesuatu yang hanya penuh dengan ilmu..

Benar seperti apa yg dikatakan..Kata2 itu seperti sebilah pedang yg amat tajam..
Aku=bersalah..Tidak pasti sudah berapa ramai yg terasa dengan segala perkataan yg keluar daripada mulut pinjaman ini..

Wahai sekalian kenalan,ampunilah segala kesilapan aku terhadap kalian,jika pedang yg ku keluarkan daripada mulutku ini pernah menikam hati kalian..

Ya Allah,bantulah hambaMu ini untuk menjaga pergaulannya..

3. Wahai diri,belajarlah untuk senyum,kerana senyum itu menenangkan segala jiwa yang resah.

Aku=bersalah..Selalu ditegur,ekspresi muka yang amat flat..++sifat marah..

Ya Allah,kurniakanlah seseorang yg boleh mengawal amarahku ini,agar dia boleh menjadikan aku seseorang yg menenangkan orang lain..

4.
Wahai diri,anda amat kerdil di sisi ALLAH..Carilah keberkatannya di dalam segala yg dilakukan pada sebuah kehidupan..Carilah sebuah kehidupan yang hakiki..Berusahalah untuk menjadi yang terbaek,kerana engkau adalah seorang lelaki,yang bertanggungjwb dalam membimbing ahli keluargamu ke jalan kebenaran..Mulakan lah proses mencari itu wahai diri..


Ya Rabbi,pemerintah sekalian alam..Kurniakanlah aku seseorang yg menyempurnakn sifat diriku ini,yakni seorang wanita yang membawa tulang rusuknya untuk melengkapkan diriku ini..Agar dia mampu untuk mengawal segala kelebihanku dan menutup segala kelemahanku..
Ya Rahman,ajarkan aku dengan segala sifat yang terpuji dan jauhkan aku dengan segala sifat yg dikeji...
Ya Rahim,sesungguhnya aku mengharapkan untuk mati di dalam memperjuangkan agamaMu..Sesungguhnya hanyaMu Ya Allah,yang berhak ke atas diriku..
Ya Allah,ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku,jauhkan mereka daripada azab kubur dan seksa api nerakaMu..

Kamu...
tolong bantu aku..
tolong ingatkan aku..
tolong memarahiku ketika aku melakukan kesalahan..
tolong untuk sentiasa ada disisiku..
tolong doakan yang terbaek buatku..

Kamu..
jika aku tiada bila DIA memanggilku..
berjanjilah kamu untuk menjadi yg terbaek disisi agamaNYA..
tolong bantu mereka,yang memerlukan pertolonganmu..
tolong ingatkn mereka,yang memerlukan peringatanmu..
berbaktilah kepada orang tuamu..
tolong sentiasa untuk mendoakan aku..

Dia..
yang memegang dan menjaga rusukku..
yang telah tercipta untukku di Luh Mahfuz..
aku menantikan kehadiranmu..
jika tidak di dunia,mungkin di syurgaNYA..(Ya Allah,tempatlah aku di syurga indahMu dan jauhkan aku dari seksa api nerakaMU)

Semua..
aku memohon sebuah kemaafan..
jika diri ini pernuh dengan kesilapan..
kerna dosa sesama manusia,hanya manusia yg boleh memaafkan..



p/s: wahai bondaku,sesungguhnya aku merinduimu..
wahai ayahandaku,sesungguhnya aku merindui ketenanganmu...
sangat2 mencari keampunanNYA..


0 Comments

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.