0

mix ;)

Posted by matsan on Monday, March 07, 2011










sangat aktif mengupdate.... ~~


0

HaK

Posted by matsan on Saturday, March 05, 2011
Para pembaca sekalian yang semoga dirahmati Allah Ta’ala. Setiap muslim adalah saudara bagi muslim yang lain. Setiap muslim memiliki hak bagi saudaranya yang lain. Hak sesama muslim ini sangatlah banyak sebagaimana terdapat dalam banyak hadits. Di antaranya Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam pernah bersabda yang artinya, “Hak muslim pada muslim yang lain ada enam yaitu:
(1) Apabila engkau bertemu, berilah salam padanya,
(2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya,
(3) Apabila engkau dimintai nasihat, berilah nasihat padanya,
(4) Apabila dia bersin lalu mengucapkan ’alhamdulillah’, doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’, pen),
(5) Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan
(6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim)

Saudaraku, jika seseorang mengundangmu ke rumahnya untuk makan bersama atau engkau diajak untuk membantunya dalam suatu perkara, maka penuhilah. Karena hal ini akan membuat senang orang yang mengundang dan akan lebih mempererat ukhuwah dan kasih sayang sesama muslim. Ya Allah, kami meminta pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizki yang halal, dan amalan yang diterima. Amin Yaa Mujibad Da’awaat.

p/s: enjoy ur weekend with ur family =)


0

ZiaraH..

Posted by matsan on Saturday, March 05, 2011
Jam menunjukkan pukul 7 petang tetapi aku baru sahaja nak memulakan proses menaip untuk entry kali ini..Hmm,mcm tak kena je timing dia..

Jam 3 petang ++ td,sedang aku hendak bermsg utk menanyakan sesuatu kpd seseorang,tiba2 dunia menjadi gelap..Ya,aku tertidur di ruang tamu bersama hp di dada..

Kedengaran sayup2 azan berkumandang dari surau berdekatan di samping ibu mengejutkan aku kerna ada tetamu datang ke rumah utk melakukan ziarah..
'Aslmualaikum'...datang daripada seorang wanita...
aku menjawab di dalam hati,sedang kotak pikiran tiba2 teringat ucapan salam si dia..

Terus aku berlari masuk ke dalam bilik kerna segan terbaring di ruang tamu..Di dalam bilik,ingat hanya ingin duduk sebentar di atas sofa tetapi aku terlena dengan nyenyak sehingga jam 6.30 petang..

Setelah bangkit daripada tidur,aku segera menunaikan kewajipan seorg muslim dan lantas aku bertanya kepada ibu,siapa yg datang ke rumah sebentar td...Rupanya2 kawan ibu ditemani beberapa pelajar wanita dari UPSI datang ke rumah melakukan ziarah..Ziarah di lakukan untuk mengeratkan silaturrahim di samping memeperkenalkan anak2 muda kepada aktiviti dakwah islamiah...Ibu sangat aktif ber 'usrah' dan berdakwah disamping melakukan ziarah bersama rakan2..Oh ya,ayah juga tiada di rumah kerana sedang ber 'rehlah' di pulau tioman..Aku?.... masih baru sahaja untuk memulakannya...(",)

Entry ini ditulis kerana sudah lama aku tidak berziarah,asyik terperap di rumah...

p/s : baek,kehidupan itu sgt kompleks dan rumit tetapi ianya adalah sesuatu yg unik dan menarik...malu itu memang perlu ada di dlm diri...bagaimana pula dengan memenuhi undangan??hmm.... ;)
cekgu jebat (suka melihat dan menjaga dari jauh,macam aku)... (",)



0

K

Posted by matsan on Friday, March 04, 2011

Bukan kelas,bukan khalid mohd jiwa,apatah lagi kamsah dalam cerita rempit...tetapi apa yg nak diceritakan adalah kahwin....
Ye,banyak entry yg berkaitan cinta dan kahwin sejak kebelakangan ini,kerna fitrah setiap manusia utk membina masjid impian dan melayari kehidupan berumah tangga bersama pasangan..
Cuma masa yg akan menentukan siapa pasangan kita dan bila perkara istimewa ini akan terjadi...

Ramai rakan taulan aku yang sudah berkahwin/bertunang..Aku?hmm,masih dalam perancangan...(angan2,haha)...Pasangan?hmm,chemistry itu penting....tp jangan dlm semua aspek,takot tak mencabar rumah tangga...Tanggungjwb?hmm,sudah bersediakah diri kita.....

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Budak peranchese,aku tunggu kepulangan kamu...Kita kena plan~~~ngeh3....
entry ini pon utk kamu,lihat kamu mcm dah bersedia...=)


p/s: K juga untuk kemaafan....sy pinta kemaafan dari kamu ye cik leader...buang M kamu jauh2 =)


0

Kuasa Cinta (I Luv Islam)

Posted by matsan on Thursday, March 03, 2011

Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)

Cinta Menyintai Atas Keimanan dan Ketaqwaan

Rasulullah SAW bersabda:Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : "Kami semua pengasih" Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia". (Riwayat Tabrani)

"Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!" (Jalaluddin Rumi).

Cinta Yang Terutama

Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan
cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya.

Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'

Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata.

Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)

Cinta Allah Cinta Rasululllah

Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.

Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Cinta Terulung

Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.

Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)

Faktor kuasa cinta adalah KOMUNIKASI. Tidak ada lain lagi selain komunikasilah yang menentukan turun naiknya kuasa cinta. Bacalah betapa hebatnya komunikasi yang dikatakan faktor kuasa cinta di sini. Kerana itu orang yang sentiasa berkomunikasi akan lebih mesra, akan terlahirnya cinta. Allah menjadikan perasaan cinta sesama manusia agar manusia memahami cinta dan faktor kuasa cinta. Apabila manusia memahaminya, maka sudah pasti manusia akan lebih mudah untuk bercinta dengan Pemiliknya iaitu Allah.

Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana komunikasi merupakan faktor kuasa cinta. Lebih banyak komunikasi, lebih hangat cinta kepada Allah. Lebih hebat cinta kepada Allah. Lebih mendalam cinta kepada Allah. Dengan komunikasi, jiwa lebih tenteram kerana cinta tidak dihalang. Komunikasi dengan Allah lebih menenangkan jiwa kerana segala masalah dikongsi dan diluahkan kepada Yang Tersayang iaitu Allah.

Ingatlah bahawa TIDAK ADA SELAIN ALLAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRI KITA. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Komunikasilah dengan Allah apa saja yang difikirkan, dilihat, didengar dan dilakukan. Sentiasa Ingat dan Sebut Nama Allah.


0

CheMistry..

Posted by matsan on Wednesday, March 02, 2011

Chemistry or mystery??
I have a lots of questions about it.Is it just a chemical bond or maybe it is a mysterious thing that even happen in our life..

U should find the answer,yeah don't look around..that person i just mention is U!.

0

Si Manis Berwajah Muram dan Si Selamba Menitiskan Air Mata.

Posted by matsan on Tuesday, March 01, 2011
Berjalan2 meneroka semenanjung Malaysia sambil berhubung menggunakan teknologi yg membolehkan istilah dunia tanpa sempadan digunakan.Budak angkasawan,siaran rtm semalam amat mencuit dan menyentuh hati.Seorang budak menunjukkan sikap tidak putus asa demi mencapai cita2..
Kembali teringat akan si manis yg ku lihat berwajah muram dan si selamba yg selalu ceria tetapi kali ini menitiskan air mata.

Si manis,lindungilah kemanisan wajahmu sebaiknya..
Serlahkan kemanisan itu di dalam sebuah senyuman..
Si manis,binalah tembok di dalam dirimu,bukan kerana sombong tetapi utk menjaga dirimu
agar kemanisan yg dipinjamkan itu milik seseorang yg layak untuknya..
Mengapa tika itu kau berwajah muram,aku melihat dengan penuh tanda tanya..
Mungkinkah kerna si selamba berada dekat denganmu tika itu,kerna dia seperti tidak menepati janji2nya kepadamu..
Salurkan kemanisan itu kepada yg lebih berhak,kepada yg lebih peduli tentang dirimu..
Kerna bagiku,manismu cukup berharga yg tak mungkin boleh dimiliki oleh yg biasa..

Si selamba,bukankah wajahmu selalu ceria..
Mengapa kali ini penuh dengan air mata..
Bukankah aku pernah berpesan bahwa si manis bukan yg biasa..
Mengapa baru sekarang baru kau sedar,betapa kau perlu untuk mengejarnya..
Aku tahu niatmu,jika bukan di sini,kau mengharap di sana..
Tetapi,jika seorang budak blh tidak mengenal erti tidak putus asa,
inikan kau wahai si selamba..
Kesat linangan air mata itu,mulakan dari sekarang wahai si selamba..
Usah terlalu memaksa,biarkan si manis dengan hidupnya..
Rawat dirimu dengan emas yg sungguh berharga yakni masa..


kreativiti a.r di adaptasi di alam maya ini.

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.