3

Akulah Pengapit??

Posted by matsan on Monday, April 26, 2010
Salam...

Malas sungguh untuk pergi kerja,so sebelum aku tak update blog nie untuk tempoh yg lama,lebih baik aku update kejap...Maybe time Hari Pekerja baru update blk kot...

Okey,dari segi kesihatan sebenarnya,aku rasa virus tu dah serang blk sebab aku rasa sakit blk...Tapi aku try tgk dulu macam mana...Sebab dia dah kering tapi still sakit sikit2...Kita lupakan dulu...

Aku nak bercerita pasal aku jadi pengapit nanti...Best ke???Apa kelebihannya??
Dah la aku takde baju yg sepadan untuk tema hari tu,takkan nak tempah or beli lagi kot padahal baru je tempah yg untuk raya punya...Hmmm....Tapi yang pasti,aku nak kelihatan lebih segak daripada pengantin,hahaha..Boleh kan??
Nak kena buat rambut,buat rawatan muka.....keke

Sudah lama juga aku xupload pic dalam blog nie...Nanti aku nak snap gambar hantaran n try upload secara senyap..barang-barang hantaran sudah siap sedia di rumah nie,tinggal nak bg je..kekeke...
Fuhh,kalau difikirkan,memang banyak belanja untuk kawin nie,terpaksa la aku postpone lagi...(woi,jgn berangan,calon pun xda!)

Dengan duit hantaran,barang hantaran,dulang hantaran,kenduri,andam,cameraman dan etc...

So,cuba bagitau sikit tugas2 pengapit nie???
Share sikit dengan aku dekat comment or mane2 yg korang nak tempelkan pendapat korang..hehehe

Niat di hati aku just payungkan dia (abang aku),bawak pegi makan beradap pastu biar dia makan sendiri...pandai2 la dia,dia dah besar...boleh x??hahahaha
Nanti mesti ramai orang datang kan,boleh la aku mencari calon...haha


4

Pil dan Kapsul..

Posted by matsan on Sunday, April 25, 2010
Salam...
Akibat ubat yg terlampau banyak,maka aku menjalankan eksperimen diantara pil dan kapsul dan akhirnya aku mendapat satu kesimpulan..


Bagi daya tahan tekak dan badan aku untuk menerima ubat,kapsul telah disahkan sebagai pemenang kerana kesukaran untuk menelannya adalah kurang yakni pada tahap yg rendah untuk diluahkan kembali...
Pil mungkin berada di tahap yang tinggi bagi kesukaran utk menelan kerana saiz dan rasanya yg amat mudah untuk sampai ke tekak..Panadol tetap menjadi pemenang diantara semua jenis pil walaupun pil itu kecik,tetapi panadol tetap lebih mudah ditelan... (",)

Virus yg dihidapi sudah semakin kering dan dalam keadaan terkawal..tapi satu masalah lain yg menjelma,antibiotik xhbs2 lagi walaupun sepatutnya dah hbs...Adakah kerna pemakanan tidak mengikut jadual atau si pemakan yg tak mahu makan??(mcm sama je)

Dari aspek pemakanan,aku telah membedal kembali kesemua jenis makanan yg aku suka setelah berpantang selama lebih kurang 10hari..makanan berminyak,telur,makanan laut dan sebagainya...
Akhir sekali,bila dah sihat,aku nak main gym balik...

4

MediCaL Certificate..

Posted by matsan on Tuesday, April 20, 2010
Salam..

12/4 :

badan dah mula rasa something wrong somewhere...tetap pergi kerja..(shif malam)

tepat jam 3 pagi,apabila sampai ke rumah selepas pulang daripada kerja,maka terpaksa mengejutkan ibu yg sedang tidur bagi memberitahu situasi diri...
jawapannya : g check dekat klinik esok...

13/4 :

tepat jam 10 pagi,enjin kereta dipanaskan...aku menuju ke poliklinik jamil,klinik yg berhampiran..maka,setelah diperiksa oleh doktor,aku disahkan menghidap k***p...(suspen x?hahaha)..balik,aku terus menidurkan diri keranan tidak tahan akan kesakitan dan kepedihan yg dialami..

MC 2 days..

15/4 :

situasi diri masih parah,dan mental aku juga parah sebab ada orang cakap boleh bwk mati..(aku lupa nak tnye doc aritu)...maka,aku meminta surat refer kepada hospital..dan aku menuju ke hospital...

aku ditahan di wad selama beberapa jam untuk diperiksa..(tunggu tu yg lama)...
setelah diperiksa dan diberi taklimat,aku dibenarkan pulang bersama bekalan ubat yg hampir2 sahaja dibuang oleh aku..hahaha..pengawai luar datang menilai untuk praktikal hampa apabila mengetahui aku MC....hehe

malam itu,aku diberi penawar kampung bagi menghilangkan bisa..dengan izin ALLAH,Tuhan yang Maha Berkuasa,bisa semakin tidak dirasai...

MC 2 more days..

17 & 18/4 :

Tidak dapat pulang ke kampung...tinggal keseorangan di rumah...merehatkan diri...

19/4 :

tetap pergi kerja..(shif pagi)...disuruh cuti half day untuk mendapatkan bekalan ubat di klinik...kesakitan masih dirasai apabila berada di tempat panas...MA di klinik memberitahu,penyakit ini dalam proses untuk sembuh..

20/4 :

tetap pergi kerja..(shif pagi)...disuruh cuti half day untuk membuka akaun kwsp...(hahaha,xde kaitan tapi sakit still ada,belum baik sepenuhnya)...

PERJUANGAN AKAN DITERUSKAN...AKU REDHA...

2

4 Mak Lang..

Posted by matsan on Tuesday, March 30, 2010

Ditag oleh mak lang @ wani.


so here it is!

soalan 1 : apakah hubungan anda dengan dia?
dulu aku minat sama ini maklang,sikalang dialah best frend aku...hahaha,yeke??

soalan 2 : 5 impression terhadap dia.
1. sangat putih
2. muka kacuk
3. berfesyen??
4. pandai omputih
5. penasihat+pendengar yg baik~~

soalan 3 : perkara yang paling memorable dia lakukan kepada awak.
secret..hahahaha

soalan 4 : perkara yang paling memorable dia katakan pada awak.
Pak lang.....

soalan 5 : kalau dia kekasih awak?
akan ku jaga dia dengan baik,tidak mahu hatinya terluka lagi...

soalan 6 : kalau dia musuh awak?
akan ku cuba utk menumbuknya berkali2...hahaha

soalan 7 : kalau dia kekasih awak, awak akan..
yang paklang mampu beri hanya sekeping hati yg tulus??

soalan 8 : kalau dia musuh awak, mungkin kerana..
xpedulikan idup dia...never!!hehe

soalan 9 : overall impression tentang dia.
Mistik..

soalan 10 : the most desirable thing to do to her/him.
hurmmm.....

soalan 11 : apa awak rasa pandangan orang terhadap awak?
GARANG!

soalan 12 : apakah sebenarnya perangai anda?
penyayang,sensitif,tapi mudah naik angin...

soalan 13 : perangai anda yang anda benci.
tinggi suara aka menengking...

soalan 14 : orang yang anda ingin bersama.
family and loved ones.

soalan 15 : katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda.
thanx coz bersabar dan memahami??

soalan 16 : tag 5 orang..
m.a.l.a.s


0
Posted by matsan on Thursday, March 18, 2010


U can't solve a problem with the same kind of thinking that created it..

Fikirkan sesuatu yang berlaku itu sebagai benda yang positif meskipun apa yang berlaku itu terlalu negatif dan sukar untuk diterima kerna setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...

DIA lebih mengetahui daripada kita dan DIA sentiasa akan berikan yang terbaik pada hamba-NYA...Bersangka baiklah kepada DIA..

1

Dia Mengalir Jua....

Posted by matsan on Sunday, March 07, 2010

Ya,dia akhirnya mengalir,
setelah lama dipendam,
setelah lama disimpan..
Mengalir membasahi pipi,
demi sebuah keinsafan yg ditemui...

Hidup ini terlalu mengejar duniawi,
sehingga lalai akan yang pasti menanti...

Coretanmu berjaya membuat aku terdetik,
sehingga dia,
sebuah titisan air mata,
mengalir keluar,
daripada aku yg bernama lelaki...

Temukanlah aku dengan sebuah kekuatan,
pembakar semangat di dalam diri,
untuk memperjuangkan sesuatu yang pasti..


0

Aku TersenYum...

Posted by matsan on Sunday, February 21, 2010
Salam...

Akhirnya aku mampu tersenyum di dalam duka...
Melihat keindahan alam ciptaan tuhan,membaca bait-bait penulisanmu...
Ya,aku tersenyum girang....
Meneliti dan cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh kamu...

Terima kasih aku ucapkan,moga kamu terus menulis utk dirimu dan juga untuk mereka yg mengikuti penulisanmu..Moga kamu memperlihatkan lagi keindahan alam ciptaan ALLAH yang masih belum dapat diterokai (dilihat sendiri) oleh aku di sini...

Hehe...(",)
Aku tak tau kenapa aku boleh tersenyum kali ni,padahal hati tidak begitu tenang + badan tidak begitu sihat....


Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.