0

Tetamu Hati.

Posted by matsan on Monday, July 22, 2013
Esok kerja tetapi mata masih segar.
Aku berharap esok masih ada utk aku,manusia itu penuh dgn harapan bukan?

Orang pernah berkata,ujian utama seorang lelaki adalah wanita.
Mungkin...

Saat kau ragu-ragu akan pilihan,pohonlah petunjukNya.
Dia lebih tahu apa yg tersirat di dalam hatimu.

Melangkah masuk ke 13 Ramadhan,ramadhan yang menjadi medan ujian buat aku.
Dalam menunggu,dalam membuat keputusan utama hidupku.


Teringat, minta dilupakan,
Terpendam, minta didamaikan,
Terlanjur, minta diampunkan
Untuk pimpin bahagia untuk ke Sana.

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

“… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.” (Surah Al-Insyirah)


*pakcik nyanyi twinkle..heee..
rindu telatah anak kecil ini,yang akan melangkah masuk ke umur 2 tahun bulan hadapan.



0

Berkaca-kaca

Posted by matsan on Tuesday, July 16, 2013
keletihan akibat bangun awal pagi dan terus mengerah tenaga bagi menyiapkan tugasan hinggalah ke tengah pagi akibat memandu daripada zon tengah ke selatan tanah air,semua ini dalam masa sehari.
beban itu di penghujung kemampuan badan utk menanggung,maka direhatkan sebentar tubuh pinjaman ini di dalam suasana dingin dan nyaman ditemani rakan-rakan.

sebuah pesanan ringkas masuk.
sebuah lagi menerjah ke ruang telefon bimbit.

masih tidak dipedulikan,tetap utuh berpaut pada selimut.

terjaga.

fikiran terus menerjah pada pesanan ringkas.
mulai membaca,dan kepelikkan.

membaca pesanan kedua.
air mata cuba ditahan,gagal.

terduduk.

6.6.13 kau lahir.
7.7.13 kau dijemput kembali bertemu Ilahi.

pergilah Muhammad Umair,syurga itu pasti buat-mu.
maaf pakcik tak sempat bersua muka denganmu.
maaf.


buat adik yg lebih awal 'pergi',
moga kamu berdua disana menunggu emak dan ayah ya. 

*kesat kaca-kaca jernih

tapi makin hari aku semakin pasti dan bersedia,
kerna kaca-kaca itu sudah tidak turun dengan semahu-mahunya lagi,
seolah akur dan redha dengan ketentuan Ilahi.
1993 adalah kali terakhir kaca-kaca lebat itu turun jika berkaitan dengan yg pergi.


buat awak,
yang diluar sana yang bersedia menerima diri ini,
ketahuilah saya teguh diluar tetapi rapuh di dalam.
fahamilah kepura-puraan ini bila ada masa yg perlu dihadapi.


0

Kedegilan atau Ketetapan

Posted by matsan on Thursday, June 06, 2013
Ucapan bismillah sebagai pembuka bicara,alhamdulillah sebagai mensyukuri semua akan nikmat Allah.

Alhamdulillah,aku dikurniakan seorang lagi hero kecil,he is no 4.
Moga Muhammad Darwish sebagai yg sulung dapat membimbing adik dan adik-adik sepupu beliau ke jalanNYA kelak.

Alhamdulillah, DIA juga memberi rezeki sebuah tawaran kerja sebagai permula kerjaya.

adakah ia berhubung kait dengan masa,kekerapan berkomunikasi dan sebagainya?
jika begitu adakah perhubungan yg lama disertai kekerapan komunikasi itu menjamin sebuah pernikahan?

terpisah kerana kau mahukan,
bertemu kembali kerana itu ketentuan.
tak kisah saat bermula perkenalan,
kini tak lena sesaat berjauhan.
kerana hidup adalah sebuah peluang. peluang untuk mempersembahkan yg terbaik dalam segala hal untuk Allah SWT.

Adakah aku seorang yg degil?
Minta pencerahan semua bg yg mengenali.

#stalker bukan sebuah kerjaya. -,-"


0

You Can Put the Blame On Me.

Posted by matsan on Friday, May 31, 2013
One day,you can put the blame on me.

Berhati-hati dengan sebuah persahabatan kerana bukan noktah terakhir kepada sebuah perhubungan.
Inilah beban yg bakal lelaki tanggung,mungkin.
Kita di ajak supaya berhati-hati dengan sebuah perasaan dan perasan.

One quote from the latest movie : 'have u ever felt something that u can't see but it's exist?'

Mungkin itu juga berkaitan dengan perasaan..marah,geram,sayang..semua itu perasaan bukan?
Sahabat,aku rindu.'Maka hamparkan rindu kau dalam doamu'.

aku tak pernah meminta semua ini berlaku,apatah lagi dalam situasi realiti.suatu saat dulu aku pernah terjatuh kerana gender itu,dan aku tidak ingin perkara sama berulang kembali.
segala emosi yg dikongsi,kerisauan sahabat terdekat,kegagahan palsu yg konon hero ingin tunjukkan dalam family.

mungkin aku ini hujan,
kadangkala dipuji,kadangkala dikeji,
namun aku tetap turun membasahi seisi,
makhluk yg memanggil-manggilku saban hari,
manusia yg beremosi.

"teruskanlah mujahadah, kerana itu hanya satu evolusi kematangan yg sedang kita hadapi.."

berkali sudah aku berjanji pada diri,namun tak pernah ku tepati lagi.
aku masih mencari sesuatu yg hilang.

Bantulah aku yg Rabbi dalam ketetapan hati.

One day,you can put the blame on me.

0

Hujan,Guruh,Petir & Kilat.

Posted by matsan on Friday, May 24, 2013
Salam permulaan bicara.

Petang itu,usai aku menunaikan solat fardu,aku duduk mencari idea menulis sesuatu berkaitan kehidupan.
Semalam dan semalam punya semalam,aku bertubi-tubi di asak dan mengasak oleh mereka-mereka tentang rancangan dalam kehidupan.
Aku melihat nilai kasih sayang dalam persahabatan,kekeluargaan,kesimpulan ikatan dan kerendahan hati diri.

Jodoh itu pilihan,
Kerja itu pilihan,
Hidup itu pilihan,
semua kerja Tuhan.
tapi dakwah itu kemestian.

tarbiyah akal dan minda.

Ayah : 'kau hero paling tua yg ayah ada,sebab semua hero-hero lain dah jadi raja pada kerajaan mereka sendiri..untuk bina kerajaan kau,pilihlah seorang heroin yg kau rasa mampu menolong kau mentadbir kerajaan kau itu'..tunjukkan ketegasan bermula dgn pilihan.

kata-kata ayah yg terakhir sebelum mereka berlepas menuju kiblat sujud yang satu masih segar dalam ingatan.

Kawan : 'apa pun yg kau lakukan,aku tetap dibelakang kau,selagi itu dalam landasan'.

terima kasih.

Semalam juga aku melihat wanita-wanita yg mahu memperjuangkan satu kebenaran,namun bagiku kau sendiri memperlihatkan nilai kegelapan..Jam 4 pagi,kau masih dilapangan,bukan di syurga dunia yakni rumah idaman.

Apa kaitan semua ini dengan hujan,guruh,petir & kilat?
Itu semua hanyalah sebuah tajuk. =)



0

19Tiga

Posted by matsan on Tuesday, March 19, 2013



Assalamualaikum.

Saat ini,aku sedang meminta pandangan seorang ibu,yang banyak jasanya terhadap diriku.Ibu yang masih menjadi tanggungjawabku untuk menjaganya hingga akhir hayatku.Dialah yang berusaha utk menyembuhkan perit dan hiris-hiris luka pada diriku.

Ku akui,beberapa ketika yang lalu,diriku bagai tumbang tidak bermaya.Hujung minggu yang banyak dihabiskan bersama tilam dan bantal yg empuk membuat aku rindu untuk bersua dengan kedua orang tuaku dan 2 anak kecil yang kini ligat meniti alam permbesaran.Kekangan kerja dan aktiviti pejabat membuatkan aku tidak dapat pulang ke kampong halaman pada minggu itu.

Sakit yang ku tahan tatkala bahu lari dari paksinya akibat terjatuh amatlah menguji kesabaran iman.2-3 jari kaki kiri yang tiba-tiba tidak punya deria rasa yg sempurna tatkala menyentuh bumi dipendamkan dari pengetahuan orang ramai.Aku hanyalah aku,yang punya hati dan perasaan.Kadang goyah pabila berdepan ujian.

Sinaran matahari semakin meninggi,menandakan akan masuk ke separuh hari.Aku masih di atas kerusi di pejabat,menyiapkan entri ini,menunggu tugasan baru yg hendak diberi.
………………………………………………………………………………………………………

Akhir pesan seorang ibu : Beri dia masa.Mungkin dia sedang buat pilihan yg terbaik buat dia.Beri dia masa dan lihat jawapannya.Tenang dan redha di atas segala kemungkinan.Mungkin orangnya adalah dia dan mungkin juga bukan dia.Yang penting awak sudah usaha.

Quote dari laman sesawang :
'Cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesabaran dan keikhlasan'.

Mungkin mula saat itu,aku buat terakhir kalinya merelakan kau pergi.Jika kita bertemu kembali atau aku sedia mencarimu semula,ku tetap menanti sebuah jawapan ikhlas daripada dirimu.Ada satu cerita lama yang aku simpan dalam, yang tahu hanya aku. Sebuah cerita tentang hati.

#Terima kasih,jika kau juga mengingati. =)

0

PilihanKuAdalahKamu

Posted by matsan on Monday, March 11, 2013
Ahmad leka memotong kertas yg telah di'laminate' utk ditampal pada sisi fail bagi proses melabel segala macam fail yg tersusun rapi di atas rak itu.

Tiba-tiba tangannya ligat mencari tetikus komputer ribanya dan melayari dengan lajunya laman sesawang sosial.Satu pesanan di dalam 'inbox' yg masih belum dibaca dibelek-belek Ahmad.Saat beliau membuka pesanan itu dan meneliti setiap bait-bait yg terucap,hatinya bagai kosong melihat segala isi kandungan pesanan itu.

A : Adakah awak sudah mempunyai pilihan hati?

Ahmad kelu,jari-jemari menjadi kaku.Terlintas wajah seorang gadis yg dikenali tanpa perancangan 3 tahun dahulu.Otak Ahmad ligat memikir ayat bagi membalas pesanan itu dgn penuh adap dan sopan.Lantas tangan mencapai 'handphone' Nokia pemberian ibu dan meminta pendapat 3 orang kenalan rapat yg di anggap sebagai adik beradik,teman akrab dan cucu.

Segala pendapat yg diberi adalah sama,berterus terang.

Lantas Ahmad kembali pada DIA YANG SATU.
Istighfar Ahmad bertalu-talu kerana menduakan DIA YANG SATU dalam mengadu.
Di sujud yang terakhir dan dalam doanya,Ahmad dengan rendah hati memohon : 
"Ya Rabbi,Engkaulah Tuhan Yang Satu.HambaMu memohon petunjuk akan langkah yg hendak di ambil.Ya Rabbi,Kau lebih mengetahui isi hatiku.Aku mohon dia sebagai suri hidupku,permudahkanlah urusan kami berdua,satukanlah kami,jauhkanlah kami daripada fitnah manusia,maksiat dan tipu helah syaitan.KepadaMu aku memohon bantuan dan petunjuk."

Sekembali di pejabat,Ahmad mencapai 'handphone' Samsung yg berusia 3 tahun yang dibeli dengan duit simpanannya.Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu dan gerak hatinya benar,sebuah pesanan ringkas menanti utk dibaca.
Allah itu Maha Kuasa dan Maha Mendengar.
Apa yg dikatakanNYA jadi,maka jadilah.
Si dia menghantar 'sms' mengadu sesuatu.
Sebelum membalas 'sms' itu,Ahmad terlebih dahulu membalas pesanan A di laman sesawang sosial itu.

Ahmad : Wslm..it's ok kerana bertanya..Ya,saya sudah ada pilihan di hati ini..


#Kamu..Ya,kamu adalah pilihan hatiku..Dan inginku sunting sebagai suri hatiku..Moga perancanganku diberkati selalu.

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.