0

ReVoluSi Halu..

Posted by matsan on Wednesday, September 30, 2009
Salam...
Hehehe,seperti yang dijanjikan aku nak paparkan halu kesayangan yg dah bertukar wajah sempena raya n 3 tahun dia bersama aku...

Halu adalah sebuah motor Yamaha Lagenda Z 110,yang asalnya kelahiran berwarna itam ijau...
Dilahirkan dengan no plat WPQ 7512,dia dah berjalan dengan aku sejauh 48000km.
Daripada 10km/j hinggalah 140km/j dia pernah berkhidmat dengan aku...

Alhamdulillah,dia dijaga dengan baik sekali dan dia juga menjaga aku dengan baik...
So,raya nie aku bagi la sedikit ganjaran..Raya tahun nie aku xde shopping sgt,just beli 2 helai shirt je....
But 4 halu,aku bagi kasut+baju+benda2 hiasan yang lain....

Sedikit gambar yang sempat di snap...





Proses pembaraian enjin disebabkan nak buat servis+sedikit sentuhan daripada aku hasil ilham kawan2 lagenda...

Gambar nie je yang aku sempat tangkap..Set baru yang aku spray sendiri dalam masa 1 hari...(tergesa2)..


Halu dah berubah daripada kaler itam ijau kepada itam kuning ditambah sport rim yg menyerlah sekali kaler putihnye....



Halu yang telah siap sepenuhnya,diberi sedikit sentuhan stiker pada body beliau...



Owner bersama Halu sebelum pergi beraya di penang...


0

Raya d Tasek...

Posted by matsan on Tuesday, September 29, 2009

Salam...
Hehe,permulaan gambar nie bukan sebab ada orang kawin tp kami rakan2 lama kembali bersatu utk meraikan hari raya bersama..
Lepas masing-masing dah penat beraya di kampung+ada yang x balik kampung pon,macam biasa kami akan beraya di halaman/tempat kami iaitu bandar tasik puteri,rawang..

Bermula jumaat lepas,selepas solat jumaat....
Destinasi pertama adalah rumah adik : balqis..
Destinasi ke-2 adalah rumah rakan sekelas : hazreen
Destinasi ke-3 adalah rumah rakan sekelas : kak long
Destinasi ke-4 adalah rumah rakan sekelas yg aku x brapa kenal : sha
Destinasi ke-5 adalah rumah rakan sekelas yg aku x brapa kenal : laila

Sha dan laila aku xberapa kenal sebab sekejap je aku sekelas dengan diorang time f4 before aku masuk teknik..

Di umah kak long,gosip2 bermula..haha


Kisah2 lama diceritakan kembali+kisah2 baru..haha (azrai dari jauh pon dtg,hehehe)

ajim+ alim

Sempat bergambar pulak tu...matsan+awe

basit+rina

with adik..

Barie+rina


Lepak di rumah sha sampai pukul 8 malam++lepak umah laila sampai lepas isyak..hahaha
Penat sebab tgh mlm tu g main futsal pulak..memang x semangat la aku...

Pada hari sabtu pulak...
Bermula jam 11 pagi....
Destinasi pertama adalah rumah rakan sekelas : norul atikah
Destinasi ke-2 adalah rumah rakan sekelas : atikah
Destinasi ke-3 adalah rumah rakan sekelas : zuraidah
Destinasi ke-4 adalah rumah member baik : awe..
Destinasi seterusnya aku tak ikut sebab terpaksa berehat utk ride ke penang pada petang tu jugak..maka jalan2 raya aku stop selepas rumah awe dlm pukul 3 ptg macam tu sbb aku start ride pukul 6 ptg....Sampai ke penang pada jam 11 malam....


Di rumah teacher aliza...(aku x pegi)...
Teacher nie yg kantoikan awe time dating dekat tangga masa skolah dulu,hahaha...

Awe bersama ehem2....

keletihan+kekenyangan...


0

Update Raya...

Posted by matsan on Sunday, September 27, 2009
Salam..
Lebih seminggu meninggalkan blog nie..Sudah usang terbiar tanpa update2 yg terbaru...
Hmm,aidilfitri telah datang sekali lagi kepada kita..

Tahun nie kami menunaikan solat sunat aidilfitri di rawang..Selepas itu kami bertolak ke kampung sebelah ayah di raub,pahang...Then pada hari raya ke-2,kami sekeluarga ke kampung sebelah emak pula di simpang ampat melaka..Hanya gambar menjadi pencerita...hehe

Di raub,selepas menggeledah album2 lama di rumah makcik,akhirnya kami adik-beradik dapat tengok gambar ayah..Macam tomok!..kekeke

Jurugambar : abg naeem

Pak ngah melaka...Orang ubat..hehe

Bergambar bersama keluarga sepupu,hafiz sblm dia ke timor leste utk bertugas di bwh PBB




3 gambar di atas :
adik dan abg ipar yg senget,
aku yg cover,
abg yg amik gambor sndri..

Ayah dan ibu d pagi raya

Danish yg nakal!

0

Mahu Juga...

Posted by matsan on Sunday, September 13, 2009
23 ramadhan...

Status : Sibuk mencari tempat praktikal...
Mood : bercelaru+mengelamun ke masa silam...

Pakcik kat bwh nie dah bersama dengan aku lebih sebulan kot..Hadiah dari mak,walaupun sebenarnya mak nak bagi kasut baru dekat Halu sebab kasut lama dah haus,asyik berjalan jauh kata mak..Tapi aku amik keputusan utk miliki pakcik nie dulu...(aku punye vodafone stail~)



Insyaallah,raya nie halu akan berwajah baru...Bagi hadiah besday yg ke-3 sekali dengan baju+kasut raya...bahagian dalaman pun aku berwajahkan baru sikit2....
nak dia terus bersama aku untuk 1 tempoh yang panjang lagi...

Alhamdulillah,sepupu aku dah selamat berangkat ke kota london..Sambung master..n dia kata akan tunggu kalau aku dtg ke sana...Aiseh,peedaus,aku memang teringin tapi penuh liku-liku nak ke sana....
Memang aku akui iri hati dengan mereka2 yg berjaya ke negara orang,mencari sesuatu yg baru tp aku redha sebab mungkin rezeki aku di sini dan mungkin ini antara ujianNYA..

Oh ya,ramadhan kali ini kami di rumah tidak selalu memasak,so xde entry2 yg macam tahun lepas..Walaupun begitu,alhamdulillah peningkatan ibadah diantara kami aku dapat rasakan meningkat..Aku harap ianya akan berterusan,insyaallah kerana itu yg lebih utama..

Yang baik hanya untuk yang baik,tapi kita boleh berubah menuju ke arah itu..Doamu ku pohon....

p/s: menghitung hari untuk kembali ke KL..
halu hanya pada sebutan,ejaan yg betul adalah haru yang membawa maksud musim bunga..


0

HaRi Ke-14

Posted by matsan on Saturday, September 05, 2009

Juada yang disediakan oleh IBU sempena aku balik..

Adik yang sedang sibuk menggoreng..

Aku yg berada di tempat lain,haha..


Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.