1

Don't Follow Me.

Posted by matsan on Sunday, March 03, 2013
Assalamualaikum..
Apa khbr buat para follower/blogger yg sering berkunjung ke sawang aku ini?
Maaf tiada cerita mahupun berita yg dapat ku kongsi dek kerana kesibukan projek akhir tahun bagi ijazah sarjana muda dan kini di sambung dengan sesi praktikal bg semester akhir.

InsyaAllah,jika tiada aral melintang,pertengahan bulan Mei 2013 akan menjadi tarikh bagi aku menamatkan ijazah sarjana muda ku bagi kursus Tool and Die.

Don't follow my way if u can't.
Hanya itu yg mampu ku ungkap dari hati nurani ini.Bukan merajuk mahupun berkecil hati,tetapi aku mahu berkongsi bahawa perkara itu cukup mudah dan manis utk di buat.
Adakah islam itu payah dan adakah Allah suka akan membebankan hambanya dengan perkara yg tidak mampu ditanggung mereka?

For me it's so sweet =)



Bagai titisan embun menyegarkan diri,aku pasti akan dengan setiap perancangan Ilahi.
(ada hikmah disetiap kesabaran yg diberi).


Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

1 Comments


I'll follow you brother, till Jannah Insya-Allah. :D

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.