0

FriendZone.

Posted by matsan on Sunday, March 10, 2013
Saat kau perasan bahwa kau berperasaan,
jua hadir seorang insan,
mungkinkah saat itu muncul makhluk ini,
yang dikenali friendzone,
membuatkan semua itu tinggal harapan?

Adam membelek telefon yg digenggam erat daripada tadi,yg setia menemani di sisi.Saat itu dia menekan2 skrin sesentuh dan menaip sesuatu sambil otak ligat berfikir : Adakah ini yg dimaksudkan dgn situasi friendzone?

Adam pantas memandu kenderaan empat tayar miliknya ke rumah rakannya Nik.
Adam pantas menghantar sistem pesanan ringkas kpd Nik.
'aku di tepi rumah'.
'beri aku 5 minit' balas Nik dengan tergesa-gesa sambil menyarungkan baju ke badan.
Maka bila 2 sahabat karib ini bersua,maka 1001 cerita menjadi topik kepada perbualan mereka..

...................................................................................................................................................................

Nik faham akan situasi Adam yg menaruh hati kepada Hawa utk dijadikan permaisuri hidupnya.
Namun Nik ingin cuba utk memberitahu kepada Adam bahwa kita hidup berpandukan kalamNYA dan sunnah kekasihNYA.

Saat kau bertemu sang Hawa,
aku tahu hatimu ikhlas kepadanya,
namun saat dia menguji cinta di hatimu,
kau perlu tahu saat itu DIA ingin menguji keikhlasan di hatimu.
Jauhnya seorang serikandi dalam hidup,
memberikan satu ruang utk dekatnya kita kepada pencipta segala kehidupan.

Mungkin itu karma,
mungkin saat itu kau hendak diduga.

...................................................................................................................................................................

Apa yg ingin aku sampaikan di dalam penulisan aku yg tak seberapa ini adalah sejauh mana kita mendambakan kasih dan redhaNYA dalam mengejar kasih manusia..

Hadirnya seorang serikandi itu mampu membuatkan kamu utk terus berjuang ke arah kebaikan dan mampu jua membuat kamu melalaikan.
Setiap lelaki mendambakan akan hadirnya seorang isteri yg solehah namun sebagai bakal ketua keluarga yg akan memikul tanggungjawab sebesar-besar tanggungjawab dunia yakni mendidik para pemimpin generasi yg kita harapkan soleh wa musleh,maka sudah cukupkah soleh kita sebelum berbicara tentang baitul muslim?
Atau mungkin yg utama adalah asas kepada segalanya?

-5 waktunya
-adap dan budinya
-perancangannya
- asas fardunya

dan mungkin banyak lagi perkara yg perlu di ambil kira..
Tidak mengapa jika belum memenuhi asalkan setiap masa kita cuba utk mencapainya.

Kau ingin memilih pemimpin yakni imam dlm hidupmu,maka seperti seorang lelaki yg punya 4 ciri yg di ajar Baginda SAW dalam membuat pilihan,maka pilihlah yg engkau redha akan agamanya..Agama yg merangkumi semua,insyaAllah.
Istikharah (meminta petunjuk) dan Istisyarah (meminta pendapat) dalam setiap langkah.

Ya Allah,
permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat,
dan lapangkanlah hati kami tatkala menerima khabar gembira mahupun sedih dalam hidup pinjamanMU ini.

Istikharahku kian jelas berbicara
Bahawa inilah keharusan
Mencari yang lebih kekal dan hampir
Sedekat-dekat telingaku
Takkan pernah jatuhkan aku
Takkan pernah lemaskan aku
Bahkan memeluk diriku penuh rindu
Melepaskan bisikan yang berharap
Biar sunyi selamanya sunyi
Hati ku takkan dimiliki
Kerna jiwaku yang mengingini
Melepaskan bisikan yang berderap
Suci tanpa hubung
Sirna bersama cinta Agung
Allahurabbi
Allahurabbul Izzati
Pemilik hatiku
Istikharahku menetapkan segala
Bahawa kanku lepaskan segala
Lalu tawakkal penyambung cerita
Menitislah air mata
Kujatuhkan penuh bahagia
Kuusap penuh rela
Pada cintaku terpelihara
Hadirnya dengan izin Maha Kuasa
Duhai Yang Maha Kuasa,
aku labuhkan perasaan cinta ini,
pada jalanMU dengan penuh rela,
jadikan aku seorang belia yg setia pada agama,
walau di sisiku penuh dengan bisik-bisik supaya menukar,
menukar pada jalan yg tiada redha Yang Maha Kuasa.

Ya Allah,
pilihanku adalah dia,
maka jika dia yg telah kau singkapkan sebagai sebahagian yg hilang dariku,
maka satukanlah kami dengan penuh berkat dan dihiasi redhaMU.

Aku akui kadangkala aku rindu,
maka sebelum waktunya,
tiraikanlah rinduku ini dengan sifat sabar,
sabar yg menebal dan penuh keikhlasan. =)

#sungguh aku mengambil berat akan dirimu,dirimu yg ku gelar sahabat..
#moga nota-nota novel itu mampu memberikan tarbiah buat kamu,seorang cucu..
#penghitungan hari dan waktu membuat aku gementar,jika penghujungnya adalah ujian maka aku redha dan tetapku dambakan kasih sayangMU,jika penghujungnya adalah anugerah maka bersyukurlah aku,namun ku tahu itu juga ujian buat diriku,maka berikanlah petunjukMU.

0 Comments

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.