0

BaRu kU Tahu....

Posted by matsan on Monday, August 31, 2009
Aku tertanya-tanya,kenapa hujan disepanjang hari pada 10 hari yg lepas..
Hari ini aku mendapat jawapan,
bahwa 10 malam pertama ramdhan adalah malam kerahmatan...
Mungkin Allah mendatangkan hujan utk memberitahu bahwa rahmatnya tetap ada utk hambaNYA..

DIA selalu ada utk kita,
tetapi kita yg selalu melupakanNYA...

Aku tertanya-tanya,kenapa benda yg sama terjadi kepadaku di bulan puasa..
Tahun ini,tahun lepas tiada bezanya...
Aku baru mendapat jawapan,
Bahwa DIA sayangkan aku..
Mungkin itu salah satu caraNYA utk melindungi aku,
daripada terus lalai dan alpa..

Malam keampunan telah tiba,
DIA ada utk mengampunkan,jika hambaNYA meminta kepadaNYA..

2 hati,2x ramadhan,2x kesedaran,2x ku mohon keampunanMU..

Ya Rahman,Ya Rahim..
Aku hambaMU yg lemah,
selalu lalai dan alpa..
Ampunilah segala dosaku yg telah aku lakukan,
Lindungilah diri ini drpd melakukan kesilapan yg sama...


0

Menjadi JeRuk di RumaH..

Posted by matsan on Saturday, August 29, 2009

Dua tiga hari ini hujan,
hujan renyai hujan lebat,
hujankan rahmat tuhan,
antara kuasaNYA yg terhebat..

Baru nak keluar sudah hujan,
baring atas tilam tarik selimut,
lama-lama aku jadi bosan,
sampai dahi ku berkerut.

Petang tadi cuaca baik,
rasa malas nak memasak,
aku pikir ini peluang baik,
berbuka apa yg orang kedai masak.

Tadi aku pergi jalan2,
rasa sambil2 nak ber'shopping',
tiba2 sakit badan,
rupa-rupanya hp vibrating.

Pergi JJ masuk PDI,
aku try sehelai baju,
promoter siap bahasakan diri dia I,
tp aku tak pandang semua tu.

Aku lega dapat keluar,
dari duduk sini terperuk,
maklumlah ramai yg balik ke pangkuan keluar.....ga,
tinggal aku jadi jeruk.


p/s : hasil nukilan matsan..banyak kesalahan tatabahasa... =)
pantun yang mengambarkan diri penulis yg tengah hyper aktif sbb kebosanan..

1

HaRi ke-3..

Posted by matsan on Wednesday, August 26, 2009
tomyam resepiku...

kek coklat resepimu..

resepiku+resepimu= juadah kumu di hari-3 puasa (",)


0

SeLamaT Datang Ramadhan...

Posted by matsan on Saturday, August 22, 2009
Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku



0

MeDaL...

Posted by matsan on Thursday, August 20, 2009



2

MBC..

Posted by matsan on Tuesday, August 18, 2009


0

Xc.....

Posted by matsan on Friday, August 14, 2009
Baru blk dr solat jumaat...~~
Mood terkejut sebab td hampir xcdent...
Nak langgar belakang Vios,nasib baik kawan yg duduk belakang kejutkn aku...

Mcm nie,jalan tengah diperbaiki,aku nk ke masjid...(naik motoku)...
Disebabkn jalan yg berhabuk,maka dengan automatik habuk pon masuk mata...
So,aku memalingkn muka ke tepi...
Dan aku tak sedar keta kat depan tgh brek.....
Aduss,ape lg,brek emergency la...Sampai berjoget motoku dibuatnye...(hehe,tekan brek sekuat hati)...

Keta Vios tu aku tak langgar,tapi kaki aku langgar penghadang jalan yg bentuk segi empat tu...Nasib baik plastik,kalau besi/simen...?
Hurm,jawabnye bye2 la kaki ku....

Alhamdulillah......

0

RahsiaKu (Bab 2)...

Posted by matsan on Monday, August 10, 2009
Situasiku ketika ini adalah baru pulang daripada rawang...
Teringat pesanan ayah dan emak :
wahai anakku,dirikanlah solat,elakkan berhutang dan istiqamah di dalam melakukan kebaikan....

Dapat berkumpul 1 family memang best..Walaupun pada mulanya malas nak balik,tp gerak hati mengatakan ada sesuatu yg penting akan berlaku di rumah membuatkn aku pulang juga..
Kepada kami bertiga (abg naeem,kak maryam,aku) ayah mengingatkan bahawa alam pekerjaan kami penuh dengan dugaan dan cabaran (rasuah)...

Emak pula dan bagi green light utk sambung belajar,kerja atau kawin...=p
Kalau bab kawin,seorang dah selesai,seorang akan menyusul dan yg lagi 5 orang nie tak tahu la..
Yg penting,aku nak sambung belajar lepas habis dip nie..Tak dapat dekat oversea,dekat Malaysia pun jadi la...UTEM dan UTM menjadi pilihan utama...Just nak kena improve cgpa je,that's mean kena study lagi smart untuk baki 2 sem yg terakhir nie..
Abg naeem n kak maryam maybe akan bekerja lepas hbs degree mereka...Dua2 orang tu nak hbs dah...

Untuk adik aku yg dua orang tu,seorang tengah prepare untuk PMR dan seorang lagi untuk UPSR..Syahid,yg nak amik PMR nie betul2 sebijik perangai dia dengan aku dulu...Just pk enjoy je...
Dengan bola yg menjadi keutamaan,hahaha...sebijik~~Hope result PMR nnt tak sama dengan aku sudah..Kena lagi better...

Untuk yg UPSR nie,hazim merupakan harapan kami sekeluarga untuk bergelar ustaz...Insyaallah,Amin~
Percubaan dia pun alhamdulillah dapat 4A 1B...Hope exam betul2 nnt boleh dapat 5A...
Result bagus,kami nak htr dia ke sekolah asrama penuh...

Di mana rahsianya???Aku pun tak tahu....Next entry kita bercerita pasal insan istimewa...

p/s: sambil2 dengar lagu kau hadir dan sebelum terlena...

0

RahsiaKu (Bab 1)...

Posted by matsan on Friday, August 07, 2009
Bermain-main dengan rahsia tarikh lahir yg dihantar oleh seorang kawan ke e-mail,so ini serba sedikit rahsia yg akanku kongsi bersama...23/12/1989..

Nombor Peribadi : 8 (tapi aku suka nombor 3...)

Elemen : Api (yups,memang diakui aku berunsur api...ceh,dari mana aku tau aku pun tak tahu =p)

Ciri Utama : Tanggungjawab dan Tekanan (yeah!)

Sinopsis : Disukai kerana bertanggungjawab, namun banyak tekanan. (yg ini aku tak tahu,terpulanglah..)

Tafsiran Umum Peribadi : Bertanggungjawab, pendiam tetapi ramai kawan, dipercayai, pertahankan kawan, kabur. (yang kabur nie aku tak paham,kabur tentang ape??)

Warna Yang Sesuai : Merah, merah jambu, jingga dan ungu.(mana biru,putih,silver dan hijau???)

Status Body Mass Index (BMI) :
Underweight. Dinasihatkan berjumpa dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai bagi meningkatkan berat badan kepada yang ideal. (hurmmm...~)

Masalah Kesihatan Berkaitan :
Jantung, penyakit kardiovaskular, sakit di bahagian dada, pengaliran darah, insomnia (susah tidur). (pengaliran darah memang tak stabil tp yg lain2 tak tahu..yg tak betol insomnia sebab aku paling cepat tido~)


· · "No matter how bad it is and how bad it gets, you're going to make it."

· · "Winners never quit, quitters never win."

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.