Ini Berat..
'kenapa bersongkok?'...
dalam hati,aku yg pelik.
soalan yg susah juga nie.
'errm,botak ke ehsan?'
'eh,xla..ada je rambut nie' (sambil membuka songkok sebentar)..
'maybe rasa selesa,Imam Muda'.. =)
baik,yang hendak diperjelaskan di sini,
mungkin aku sendiri tidak pasti mengapa aku bersongkok,
tetapi aku menjadi pelik mengapa pula mereka tidak bertanya kpd yg lain,
mksd aku,hmmmm,(memikirkan sesuatu),
kepada mereka2 yang macam berpakaian tetapi boleh dilihat kulit badan mereka..
ini berat,pemikiran dan budaya manusia kini,
mungkin melihat sesuatu kebaikan itu adalah sesuatu yg pelik,
tetapi melihat kemungkaran itu adalah sesuatu yg biasa.
kamu faham kan,ini berat..
================================================================
'ayah amanahkan tanggungjwb menjaga kakak dan adik2 kepada awak,segala urusan perbelanjaan dan hal2 di rumah awak uruskan sepanjang ketiadaan ayah dan emak'.
'surat ini ayah tinggalkan pada awak,baca selepas ayah berlepas'.
'adik2 ini,jangan gunakan kekerasan sangat ehsan,banyakkan nasihat,use psychology'.
'tengok2 kan rumah dan pokok2 emak ya'.
ini berat = amanah
rasa nak menitik air mata bila mendapat amanah ini tadi,
mungkin kerana aku menjadi pilihan,kerana abang2 sudah ada tanggungjawab mereka,
dan mungkin kerana takut tidak mampu untuk memikulnya.
Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.
insyaallah,akan cuba yang terbaek. -risau-