Imam.
Dengan Cinta Datangnya Sabar,
Orang Bercinta tiada Gusar,
Apa berlaku hanyalah Mata Kasar,
Mata hati tetap berkobar-kobar.
Dengan Cinta tiada Was-Was,
Apa dibuat biarlah berbalas atau tidak berbalas,
Waktu bersua, diri sentiasa kemas,
Wangian harum, percikannya ikhlas.
Dengan Cinta Sentiasa Mahu Berhubung,
Juga Rasa Mahu Bersama,
Harapan tinggi sampai ke penghujung,
Selepas Nyawa bertemu di Syurga
Dengan Cinta datang pengorbanan,
sentiasa hidup dalam bantuan,
Sungguh indah Hidup Bertuhan,
Kerana Allah, Cintaku murnikan.
Lembaran Cinta tanda kekuasaan,
Sentiasa ada sepanjang Zaman,
Melalui Kekasih Dia Sampaikan,
Buat pedoman cinta sepanjang Jalan.
Dengan Cinta penuh Pengharapan,
Takutnya hilang cinta dari Tuhan,
Sentiasa Diri dalam Persiapan,
Sampai waktu, akan disemadikan.
Ya Allah,masih jauhkah titi yang perlu aku harungi untuk menjadi seperti mereka,merdu suara ketika mengalunankan kata-kataMu,penuh syahdu aku mendengar..
Tidak mampu aku ucap dengan kata-kata,hanya linangan air mata keinsafan mampu aku berikan..Wahai bakal makmum diriku,bantulah aku di dalam mendambakan diri kepadaNYA.
Thumbs Up for Imam Muda! =)