0

Perlukan Idea..

Posted by matsan on Monday, July 25, 2011
Salam..
Ke hadapan rakan-rakan pembaca mahupun blogger yg dikasihi,
aku memerlukan sebarang idea atau cadangan,
untuk majlis resepsi/walimatul urus 2 pasangan mempelai iaitu abang dan kakakku,

video :
-memerlukan ayat atau sajak atau puisi dan sebagainya
-memerlukan lagu yg bersesuaian untuk video ini
-jika ada hadis atau potongan ayat quran yg boleh dimasukkan ke dalam video ini lagi bagus

lagu :
-memerlukan lagu-lagu nasyid/english or malay song yg bersesuaian
-setakat ini aku ada hanya ada beberapa buah lagu lama dan nasyid yg menarik utk didendangkan sahaja

jika sesiapa ada idea,tolong kongsi ye,leave your comment or dekat shoutbox pun ok.. ;)
-aku dj (",)-


0

Drama Vs Realiti

Posted by matsan on Wednesday, July 20, 2011
Salam...
Bismillah,semoga kita senantiasa berada dalam lindunganNYA..

Persoalan yg bermain-main di fikiran ketika ini,sama atau tidak situasi di alam realiti dengan situasi di dalam sebuah drama...sebagai contoh ketara yg dapat aku berikan,maaf kalau nampak tidak berapa matang atau logik..

1. Jika ditakdirkan seorang lelaki itu mendapat penyakit seperti kanser,selalunya di dalam drama,dia akan merahsiakan dan menjauhkan diri dengan pasangannya...kononnya utk tidak membebankan pasangan tersebut...adakah di alam realiti benda seperti ini yg berlaku atau sebaliknya..

2. Jika di dalam drama melayu,kita dapat lihat semuanya kaya-raya dan pada masa yg sama mempunyai masalah mereka...adakah itu yg cuba dipaparkan kepada masyarakat bahawa realitinya ia berlaku seperti itu?

3. Satu benda yg menarik perhatian aku...seorang lelaki berubah ke arah kebaikan kerana seorang wanita..(hidayah ALLAH itu dalam pelbagai cara,subhanallah)...adakah realitinya juga begitu?



p/s 1 : “Bulan Ramadan, bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan keterangan-keterangan dari hidayah dan pembeza (antara hak dan batil). Maka sesiapa dari kamu telah menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), hendaklah ia berpuasa di bulan itu…” (al-Baqarah, ayat 185).

p/s 2 : sambung tengok drama korea sebentar...man,sila jawab... (",)


0

Akur.

Posted by matsan on Friday, July 15, 2011

miss tupai = hilang hanya setelah 2 minggu digunakan


0

Letih Sebentar -,-

Posted by matsan on Wednesday, July 13, 2011
Buat pertama kalinya aku letih untuk berbicara,
bukan kerana putus asa,tetapi kerana sukar untuk memuaskan hati setiap manusia..
seperti dalam status facebookku,cukuplah aku simpulkan bahawa manusia ini tidak pernah puas,
puas mereka hanya pada satu-satu tahap,
di mana pemikiran mereka hanya tertumpu pada satu aspek tanpa meliputi keseluruhannya..

Tidak terlintas aku sentiasa betul,
mungkin ada juga salahnya..
mungkin kata-kata pakcik di depan sogo itu ada betulnya,
aku tidak berkata salah,tetapi...
tidak terlintas untuk mengikut akidah seorang kafir hanya kerana dia mempengerusikan sesuatu bagi menuntut hak sebagai rakyat yang bersifat universal..
tidak terlintas untuk tidak mengutamakan agama dan ALLAH di dalam setiap perkara..

betul seperti kata pepatah,
kata-kata itu adalah seperti pedang yang tajam..
lihat sahaja fenomena sekarang,bertikam lidah hanya kerana BERSIH..
ya,hanya kerana sebuah demokrasi jalanan yang cuba dibuat secara aman yang dipanggil BERSIH dan dipengerusikan oleh seorang yang beragama HINDU..

rakan,tiada sebarang ideologi yang cuba diikuti mahupun disampaikan,
hanya menuntut sesuatu yang adil demi masa depan negara,
MALAYSIA,bukan seperti cerita KOREA bertajuk City Hunter mahupun Big Thing yang mengisahkan bagaimana Ahli-ahli Dewan yang korup cuba dibawa ke muka pengadilan oleh pendakwa raya..
Mungkinkah kerana MALAYSIA ini aman dan harmoni,
bagi aku tidak..(pendapat aku)..

Jika MALAYSIA adalah sebuah negara yg disebut-sebut sebagai demokrasi,berikan hak itu kepada kami sebagai rakyat untuk bersuara..
dengar suara sayup-sayup kami dengan teliti,anda akan mendengarnya..
tiada sebarang masalah jika 8 tuntutan di dalam BERSIH diambil dan dikaji oleh pihak-pihak terlibat..
tiada yg untung dan tiada yang rugi kerana ianya adil dan saksama..

0

lifeatok

Posted by matsan on Sunday, July 10, 2011
mengapa menukar url dan mengapa lifeatok,mari mengetahui jawapannya..

wujudnya blog ini yang memaparkan sebuah coretan kehidupan sejak 9 ogos 2008 yakni hampir menjangkau usia 3 tahun..url yang dipilih adalah matsan33.blogspot kerana matsan merupakan nama timangan/panggilan selain daripada ehsan,esan,chan mahupun calican..nombor 33 menjadi gabungan kerana ia adalah nombor persatuan anak-anak melayu bersatu yakni sebuah kelab permotoran di mana aku menjadi ahli sejak tahun 2006..(aku minat no 23)


maka setelah melalui era penulisan yang agak kelam kabut ditambah penggunaan 'short form' yang agak keterlaluan,aku mengambil keputusan untuk memulakan satu era penulisan yg baru dan mempraktikkan segala ilmu pengetahuan di dalam bidang bahasa..mungkin masih menggunakan beberapa 'short form' dan bahasa rojak,akan tetapi ianya mungkin pada tahap yg minimum..


lifeatok dipilih kerana 'life' bermaksud sebuah kehidupan dan atok merupakan nama panggilan yg terbaru dan sering digunakan oleh seseorang yg kini bertambah menjadi ber-orang2... ;)

maka coretan demi coretan tetap akan diteruskan demi mengisi dan meluahkan erti sebenar sebuah kehidupan Muhammad Ehsan...

"The best among you are those who have the best manners and character."


0

change

Posted by matsan on Sunday, July 10, 2011


link blog ini akan ditukar kepada :


www.lifeatok.blogspot.com

mulai jam 12 a.m -ke atas-
boleh dapatkan link di fb..
(",)

melaka,banyak kisahnya..
marah,sabar,ketawa,letih dan segalanya adalah asam garam kehidupan..


0

Berlalu dengan pantas..

Posted by matsan on Saturday, July 09, 2011



Sembilan puluh satu watak disekat;
tiga puluh dua laluan ditutup.


4

Rats Pee...

Posted by matsan on Thursday, July 07, 2011



tajuk tu maksud dia tikus kencing or kencing tikus ea?
ada sesiapa yg boleh beritahu aku simptom2 jika seseorang itu terkena kencing tikus dan langkah2 awal untuk mengatasinya?
seorang kawan baik aku kini berada di dalam wad akibat demam kencing tikus..
anyone?



4

2 Kuda...

Posted by matsan on Monday, July 04, 2011


Salam...
Ucapan syukur ke hadrat Ilahi diberikan kerana dengan limpah kurnia-NYA,alhamdulillah,aku dapat sebuah 'kuda' baru pada hari jumaat yg lalu..

Kini,aku sedang meniti hari-hari bahagia bersama dengan miss tupai dan halu...
Halu yg telah berusia 5 tahun mendapat adik baru...
Cuma halu akan beralih tangan buat sementara waktu kerana memberi laluan utk adik menggunakan khidmatnya bg memudahkan pergerakkannya di rumah..Sampai satu masa,aku akan mengambilnya semula.. =)

Maka,untuk mengelakkan sebarang spekulasi yg akan timbul,aku bukan seorang mat rem..tetapi minat yg mendalam pada arena permotoran menyebabkan aku ingin memiliki 'kuda2' ini...perancangan kini ke arah SB(superbike) dan kereta...
So,doakan yg terbaek untuk diri yg kerdil ini ketika menunggang 'kuda' agar selamat sampai ke destinasi yg dituju..

p/s : kan dah tulis entri pasal ini,baru nak tulis pasal benda lain yg serius....

0

Lafaz Sakinah

Posted by matsan on Friday, July 01, 2011

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.