0

lifeatok

Posted by matsan on Sunday, July 10, 2011
mengapa menukar url dan mengapa lifeatok,mari mengetahui jawapannya..

wujudnya blog ini yang memaparkan sebuah coretan kehidupan sejak 9 ogos 2008 yakni hampir menjangkau usia 3 tahun..url yang dipilih adalah matsan33.blogspot kerana matsan merupakan nama timangan/panggilan selain daripada ehsan,esan,chan mahupun calican..nombor 33 menjadi gabungan kerana ia adalah nombor persatuan anak-anak melayu bersatu yakni sebuah kelab permotoran di mana aku menjadi ahli sejak tahun 2006..(aku minat no 23)


maka setelah melalui era penulisan yang agak kelam kabut ditambah penggunaan 'short form' yang agak keterlaluan,aku mengambil keputusan untuk memulakan satu era penulisan yg baru dan mempraktikkan segala ilmu pengetahuan di dalam bidang bahasa..mungkin masih menggunakan beberapa 'short form' dan bahasa rojak,akan tetapi ianya mungkin pada tahap yg minimum..


lifeatok dipilih kerana 'life' bermaksud sebuah kehidupan dan atok merupakan nama panggilan yg terbaru dan sering digunakan oleh seseorang yg kini bertambah menjadi ber-orang2... ;)

maka coretan demi coretan tetap akan diteruskan demi mengisi dan meluahkan erti sebenar sebuah kehidupan Muhammad Ehsan...

"The best among you are those who have the best manners and character."


0 Comments

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.