0

Insan Datang dan Pergi

Posted by matsan on Thursday, December 29, 2011

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.

Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.

Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.

Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.

Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.

Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.

Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.

Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.

Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.

Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.

Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.

Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?

Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain. Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.

Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.

Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.

Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.

Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.

Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?

Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.

Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.

Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.

Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

-Artikel IluvIslam-

p/s : mungkin aku juga selalu datang dan pergi dalam hidup orang lain tetapi aku mencari sebuah kehidupan di mana aku tidak boleh pergi daripada dia.


0

Lahirnya Aku ke Dunia

Posted by matsan on Friday, December 23, 2011
selamat hari lahir wahai diri.



terima kasih Allah,kerana tetap memberi kesempatan kepada aku untuk bernafas di pagi jumaat ketika umurku menjelang 22 tahun..tanpaMU,tiadalah aku di dunia ini yg penuh dengan nikmat dan rahmat...ampunilah segala dosa dan salahku yaRabbi...

terima kasiih mak dan ayah,adik beradik dan kaum keluarga..yg sentiasa memahami dan menyokong diri ini dan sentiasa menegur dan memberi semangat walau aku kadang-kala mengambil langkah yg salah..

khas buat darwish si kecil,kamu sentiasa membuat pak andak tersenyum..jgn nakal2 ye..

buat kakak kembar,farah julia,selamat hari lahir juga..

buat awak,terima kasih kerana sentiasa melayan kerenah saya ini yg kadang-kala mungkin memeningkan.. ;)

buat sahabat,terima kasih kerana sentiasa ada bersama aku dikala susah dan senang..anda memang sahabat yg dicari-cari..semoga ukhwah ini berkekalan mahunya..

impian ketika umur meningkat : datang dari lubuk hati yg paling dalam..saya mahu kawen.. ;)


* kita beza 2 minggu je.. (",)

0

Kabus & Ombak

Posted by matsan on Tuesday, December 13, 2011
'antara kabus dan ombak,mana lagi kau suka?'
'aku suka baring atas tilam beralaskan bantal ;)'

memang tak menjawab soalan kan,itulah jawapan aku jika diminta untuk memilih yang bagiku kedua-duanya adalah yg terbaik.

Ombak yang sering membadai laut dan tiba di persisiran pantai..
'dari mana datang ombak ?'

Kabus yang meliputi persekitaran di bawah suasana kesejukan.. 'dari mana datang kabus?'

'san,nyalakan
hazard light..kabus tebal sangat,tak nampak jalan'
'ok2,memang pun..fik dekat sebelah aku yg tengok jalan ikut luar tingkap ni,aku memang tak nampak apa'.

inilah yg menjadi perbualan kami,yg ketika itu menuju ke hotel di sekitar jam 8 malam di atas tanah rata yg tinggi atau highland..cantik!

itulah yg bermain-main di minda aku melihat suasana kejadian alam ciptaan Ilahi di samping kesejukan yg menyelubungi diri sehinggakan jari-jemari tangan terasa kaku.

'betul ke ombak tu boleh mendatangkan sebuah kerinduan'
'mungkin,untuk seorang yg bergelar nelayan..yg cintakan keindahan laut yg terbentang luas'.

ombak,kabus,tiupan angin dan segalanya yang berada disekeliling kita...
ingatlah sentiasa bahawa semua ini adalah tanda kebesaran Ilahi..
jangan kita lupa dan alpa denganNYA.


and art is subjective...that's right.


0

Lensa Hati

Posted by matsan on Tuesday, December 06, 2011
Jam 12.20 pagi,6 Disember 2011,memulakan sesi menaip dengan penuh perasaan.

Entri kali ini diteropong melalui lensa hati..

Equation atau persamaan dapat diungkapkan melalui nombor-nombor yg biasanya diterjemahkan di dalam subjek matematik.Tetapi persamaan kali ini adalah melalui persamaan sikap,naluri,diri dan lain-lain..

Aku suka mengkaji dan melihat dan tertarik dengan kemampuan otak yg tidak diguna pakai oleh manusia dengan sepenuhnya.Hanya 5 peratus sahaja kebiasaannya yg telah maksimum digunakan oleh seorang dewasa.Amygdala sebagai contoh adalah salah satu daripada bahagian otak yg akan memberi reaksi terlebih dahulu tanpa kita sedari apabila kita melihat gambar atau orang yg kita sayangi..

Namun entri ini bukanlah bertujuan untuk membincangkan mengenai otak tetapi untuk membincangkan mengenai hati manusia.

Kemampuan hati untuk tertarik kepada pasangan adalah kebiasaan tetapi kemampuan hati untuk jatuh hati adalah diluar kebiasaan.
'aku tidak pernah mengharap untuk jatuh hati padamu tetapi DIA telah menundukkan hatiku pada hatimu'

Hadirnya seorang insan di dalam hidup kita pastinya terselit seribu hikmah disebaliknya.Cuma kadang kala kita yg tidak dapat melihat hikmah yg terbit tersebut.
Bagi diriku,sebuah perkenalan yg pada mulanya aku merasakan hanya untuk sementara dan cuma untuk mengalihkan tumpuan,kini menjadi sebuah perkenalan yg dititipkan dengan keikhlasan,kesabaran dan kejujuran.

Tidak terlintas dahulu untuk mengenalinya dengan lebih mendalam dan untuk terbitnya sebuah perasaan tetapi jika itu yg diatur Ilahi maka aku menerimanya dengan hati terbuka.Cuma perhubungan dua insan berlainan jantina pastinya menguji kesabaran.
kerna itu,sejak mengenalinya aku mengenal erti 'sabar dan redha' dengan konteks yg cukup mendalam.

Tiada kata kecuali kalimah-kalimah kesyukuran yg sentiasa terbit di bibir mulut dan bibir hati.

Aku sukakan ungkapan ini :
Cukuplah aku sekadar hanya mengenalkan dirimu dan keluargamu kepada keluargaku,juga begitu untuk diriku.

Aku tidak sempurna,maka bantulah aku dalam mencari kesempurnaan itu.


0

Hijrah 1433

Posted by matsan on Friday, December 02, 2011



Salam Maal Hijrah 1433..

masih belum terlambat jika saya ucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat..

Jika diteliti maka sudah pasti terdapat perbezaan yang amat jelas antara hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hijrah yang dilakukan oleh manusia zaman sekarang iaitu yang tinggal di kampung menuju ke bandar.

Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a adalah bertujuan menyelamatkan agama dan akidah, mencari jalan bagi melicinkan usaha memantapkan penghayatan agama dan merupakan usaha mengembangkan risalah Islam kepada seluruh manusia sekalipun mereka terpaksa menanggung kerugian duniawi.

Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf r.a telah meninggalkan semua harta mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah setelah kaum muysrikin Mekah menghalang mereka membawa bersama-sama harta mereka.

Manakala hijrah atau perpindahan manusia zaman kini dari kampung ke bandar adalah bertujuan mencari rezeki dan keselesaan hidup. Namun, kedua-dua bentuk hijrah dan perpindahan tersebut tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t selagimana ia dilakukan kerana-Nya.

Bagaimana dengan hari Isnin dan Selasa ini = hari tasu'a dan hari asyura ( 9 & 10 Muharram)..Mari kita berpuasa sunat pada hari tersebut,semoga sedikit amalan yg kita lakukan ini dapat menambahkan berat timbangan pahala di akhirat kelak,insyaAllah..



Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.