SpEc MaTa...
Ramai orang bertanya,ke mana spec mata or glasses aku menghilang...
Ok,kita imbau kembali sejarah zaman dulu2, zaman aku mula2 pakai spec.
Aku start pakai spec mata masa darjah 5 kalau tak silap..Aku pun tak berapa nak ingat sbb hal lama..
Aku pakai sebab mengalami masalah rabun....Rabun ape pun tak ingat...haha
Power pada mata aku yang paling tinggi pernah aku pakai adalah 250,iaitu untuk mata sebelah kanan....
Biasa la, lelaki kalau pakai spec mata kalau tak patah tak sah....Dalam masa 4 tahun aku pakai iaitu daripada darjah 5 hingga form 2,aku dah pakai lebih daripada 10 jenis spec rasanya...Ada yang patah masa bermain bola,ada yang patah kawan terduduk atas spec tu dan ada jugak yang patah sebab letak dalam poket seluar...hehehe..
Tapi last spec yang aku pakai masa form 2 tak patah tapi hilang...Masa tu aku baru balik dari sekolah..Rimas nak pakai,aku sangkutkan dekat baju...Dengan keletihan aku kayuh basikal balik ke rumah..Sampai je dekat rumah,sedar2 dah takde spec tu...Disebabkan aku malas nak keluar duit nak buat spec baru, maka aku biarkan jela tak pakai spec sampai hari nie....
Dari situ la bermulanya era Muhammad Ehsan anak kepada Haji Sharipan tidak berkaca mata lagi...Nampak kurang smart tetapi akal fikiran tetap smart..kah3...
Yang peliknya tetapi alhamdulillah syukur aku panjatkan,power aku dah kurang sehingga ke 25 untuk kedua-dua belah mata...Nak kata aku makan sayur,jauh sekali..Nak kata aku makan vitamin,ubat2...Langsung x...Tapi itulah yang membuat orang pelik..Aku pun pelik....
Maybe satu je kot amalan yang aku suka buat dari kecik...Tengok pokok,keindahan alam yang menghijau,termenung di tepi pantai dan melihat kecantikan langit di malam hari...Maybe la...
Cuma sekarang ini silau mata yang agak tinggi...Silau haritu aku check ada la dalam 50 dan 75..Nak tunggu doktor mata merangkap Kak Maryam sponsor...hahaaha...
Jumpe lagi....