0

Ex-Wife Good..

Posted by matsan on Wednesday, January 05, 2011


Salam...

Ex-wife good atau lebih dikenali sebagai janda baik oleh anak jati pahang.Ex-wife good nie aku dan member2 yg bagi untuk menginterpretkn atau dengan kata lain menukar kepada bahasa asing..


Alhamdulillah,pada 31hb 12 2010,maka aku dan rakan2 karib seperti biasa telah pergi melancong di dalam negara(buat masa ini),kerana bg kami itu adalah aktiviti wajib utk kami lakukan iaitu setahun 2 kali..Cuma macam biasa,korum atau ahli xcukup 9 orang dengan kata lain ajim mohd jr,tuan navy baset n french boy hazmi tiada sekali untuk memeriahkan majlis..


31.12.2010
Bertolak dari rawang pada jam 2 petang,maka kami sampai di destinasi lebih kurang jam 4 petang setelah berhenti utk lunch n sesat sebentar di dalam hutan bentong...


Dah sampai,seperti biasa,aku check in dan menguruskan tentang penginapan yg telah ditempah dengan awal di Centella Asiatica Resort,Janda Baik,Pahang..

Dengan tenaga seramai 6 orang,kami angkat beg masing2 dan masuk ke resort yg terdapat sebuah bilik air,peti sejuk,meja kopi,5 katil perseorangan dan juga terdapat aircond serta kipas..Bilik memang luas untuk kami,sebab boleh sembahyang berjemaah lagi dalam bilik tu..


Lepas rehat,maka aktiviti pertama kami adalah mandi sungai..Haha,meredah hutan tu utk dapatkn tempat yg terbaik..walaupun sg dekat kawasan tu cetek,tapi puas hati jugak la...Dah hbs mandi manda,terus balik bilik utk siap2kn bbq dan game new year...siap main 'lat talilat tali tang plom' utk bahagikan tugas dan aku dapat tugas menghidupkan api dan memasak..haha.. Have fun jugak la sambil main game speed lite sambil nak tunggu tahun baru..Dengan bunga api yg entah dari mana,memang cantik...

Game truth or dare pulak kami main dalam bilik sampai la ke pukul 4 pagi..Banyak jugak benda2 baru yg aku tau..hahahaha

01.01.2011
Pagi tahun baru,pagi2 lagi dalam keadaan cuaca hujan aku pegi mandi sungai..sorang2 pulak tu coz ramai yg terlena di buai mimpi lagi n ada jugak yg nak tgk tv je...hbs je mandi maka aku kejutkan kan yg masih lena,bahagi2 tugas utk memanaskn makanan bbq semalam yg masih byk lg..

Lepas tu apa lagi,tembak la gambar byk2....!
Pukul 1 petang kami memulangkan diri kami kembali ke rawang dan sempat singgah di RnR Genting Sempah utk lunch...So,see ya for next year..~~


0 Comments

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.