0

Otak Yang Aktif..

Posted by matsan on Tuesday, March 29, 2011


31hb Mac = Tournament Chess
1hb April = Submit Sketch
2hb April = Test Engineering Dynamic (semoga dipermudahkan..)
5hb April = Presentation Mandarin
6hb April = Tournament Bowling
7hb April = Presentation Product Design
16hb April = Tournament Futsal
28hb Mac - 25hb April = Organize UniKL event..(Director)
3hb May - 13hb May = Final Exam..
Outdoor aktiviti lagi = Bukit2 dan gunung2..
Urusan keluarga..

So,condition badan haruslah dalam keadaan yang terbaik dan otak dan akal fikiran haruslah aktif beroperasi utk memberikan hasil yang terbaik..'M' terpaksa di hadapi dengan lebih gigih..

Usaha+Doa+Tawakal = Redha dengan segala keputusan..

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.


p/s : sangat penat dan tidak bersemangat...mencari formula baru~


0

DiEt + MaKan = ISLAM

Posted by matsan on Sunday, March 27, 2011

Ingat,islam itu meliputi seluruh perkara...Remember that!

Tatacara pemakanan Rasullullah SAW :

-tidak minum susu apabila makan daging atau ikan
-tidak makan daging bersama ikan
-tidak makan ikan bersama telur dan daun salad
-melarang minum susu bersama cuka
-tidak makan buah selepas makan makanan berat sebaliknya sebelum
-baginda akan tidur sebentar selepas makan tengahari

makanan laut dan darat mengandungi ion yg berbeza,so apabila digabungkan ia akan mengalami satu tindak balas (biochemical reaction) yg boleh mendatangkan kesan pada tubuh...(tidak haram utk mencampurkan kedua2 nya utk makan cuma ianya memudaratkan kesihatan)...

diet yg betul bukannya meninggalkan makan malam tetapi mengambil makan malam pada waktu yg betul...ini kerana jika meninggalkan makan malam,maka badan akan dimamah usia dan kolesterol akan meningkat..

nabi mengajar kita utk meneguk air secara perlahan-lahan...bernafas??jauh sekali kerana dikhuatiri buih yg terhasil mengandungi bakteria...

selain itu,adab ketika makan perlu dijaga...tidak membazir dan mensyukuri nikamt kurniaan ALLAH...
1/3 air,1/3 makanan,1/3 udara....

more info : http://panduanpercuma.info/kesihatan/3198/diet-dan-cara-pemakanan-rasulullah/

dinner jangan dilupa-in..ok,buka buku..bukan muka buku... =)


0

HoMe..

Posted by matsan on Friday, March 25, 2011


Emak memanggil2 utk pulang~~
Abang selalu bertanya bila mahu pulang..(ada job la nak bg tue,jadi tukang cat rumah beliau)..

Hati meronta2 utk pulang juga....

Mahu makan masakan di rumah pula...

Minggu depan tidak dpt pulang lg ke rawang,yeah amat sibuk dengan test dan assignment di saat2 akhir sebelum final...

Misi utk mengubah pointer pada sem ini...Dean list???tak tahu,hanya mencuba dengan gigih...
Bulan 5...My final exam for semester 4!

Hoho,semalam futsal punya pasal,hari ini lambat ke kelas..Kelas jam 9,jam 9 juga la baru aku nak mandi..~~Di denda,style...macam zaman sekolah...

Minum susu punya pasal utk tidur lena....Oh,sudah lama tidak minum susu biasa..~~

Hanya sukakan yg coklat2....


Packing time,masa utk pulang selepas maghrib,mahu menonton drama Ustaz Amirul saluran tv3 di rumah bersama keluarga...



4

Sweetie~`

Posted by matsan on Friday, March 25, 2011

Mood sebelum : takot2...
Mood semasa : menyakat...
Mood selepas : tersenyum..

Pelajaran hari ini oleh cik missy : bayi sekarang boleh bersalin.. hahaha(nada pelik)
Ayat cik missy : bayi baru lepas bersalin...(",)
Dalam kotak fikiran : bayangkan situasi menjadi cik leader...
(semangat utk futsal tp mata meronta2 utk berehat)..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari)



jam 3.00 a.m baru pulang dari futsal..


0

Mason

Posted by matsan on Thursday, March 24, 2011

Just Need U..




0

...

Posted by matsan on Tuesday, March 22, 2011

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."



0

Sunrise or Lost = Broga Hill

Posted by matsan on Sunday, March 20, 2011


Tarikh misi : 20/03/2011
Misi : Mendaki bukit broga di semenyih...Melihat sunrise...
Ahli misi : x<10 = 5 orang shj
Misi bermula : Jam 4 pagi...bertolak daripada rumah
Keputusan misi : Separuh gagal..

Sebelum misi,sempat tido utk tempoh kurang daripada 3 jam setengah....
Merehatkan diri sebelum memandu ke destinasi...
Setelah misi bermula,singgah di sebuah restoran makanan pantas utk breakfast..
(sambil memandu sambil makan,bahaya..!)

Ok,sampai di parking bukit broga jam 5.45 pagi..
Masa nie baru perasan keadaan yg gelap+first time datang +tanpa lampu suluh = bersedia untuk redah...
Kebetulan ada chinese auntie yg jual lampu suluh,beli yg comel dengan harga rm5... =)
Ditambah bekalan air masak..

Jam 6 pagi,memulakan pendakian..
Sampai di satu simpang,blurrr...tak tau arah,buat2 berehat dan menunggu kumpulan pendaki yg laen..Ok,kami unite,meneruskan pendakian bersama2....
Hanya follow dari arah belakang,maka secara tiba2 kesemua kami sesat...Rupa2 nya semuanya pertama kali datang...~~aduhhh...

Azan subuh kedengaran,meneruskan pendakian...Akhirnya tiba pada satu jalan mati,ada yg mendaki mengikut hutan,ada yg berpatah balik...
Berfikir sebentar...maka kami membuat satu keputusan...
ok kami akhirnya berpecah setelah menerima arahan daripada luar(call member),beliau menyuruh mendaki track sedia ada yg licin....
Kami meneruskan pendakian,secara tiba2 jumpa satu lagi simpang...maka mengambil langkah drastik utk proses cuba2,dan akhirnya kami tiba di kebuh getah...(mula terbayang benda2 tak elok)....
Mengambil keputusan utk berpatah balik..(estimate sesat lebih kurang 10km,padahal naik bukit tu dalam 4 km je...)
Solat sebentar,maka kami meneruskan pendakian dan akhirnya menjumpai track yg sebenar...maka berkobar2 dan berlari utk mendaki...ngeh3....

Semasa mendaki mengikut track yg betul,seorang ahli hampir terkorban tetapi kami push beliau dan memberi kata2 semangat....hahaha..(dia main futsal pun 5 minit dah pancit)...
Di kaki bukit(dah nampak puncak),beliau minta ditinggalkan demi utk tidak mengganggu perjalanan misi.....terpaksa~~~

Akhirnya tiba di puncak bukit lebih kurang jam 7.45 pagi..(patut sampai awal tp da sesat,huhu)
Berjaya!!! Sunrise boleh dinikmati sikit2...~~Rupanya da ramai yg da sampai...Jam 8.15,ahli yg hampir2 terkorban akhirnya tiba juga secara solo...

Jam 8.30 turun kembali...aku menggelungsur sampai hampir tergolek2 ke bawah,wahhh..bahaya! nak cepat konon..=)
Sewaktu menurun,kaki rasa nak tercabut plak,pressure terlalu tinggi pada kaki...heeee~~
Destinasi berikutnya sebelum pulang : mandi di air terjun gabai....sangat seronok...!







Alhamdulillah,selamat pergi dan pulang...
Subhanallah,sangat indah alam ciptaan Yang Maha Esa...

Syukur aku berpeluang utk hidup di muka bumi ini dan masih bernafas..Alhamdulillah..~~


p/s : semua terlentang lepas zohor tadi~~amat penat sebab ada yg tak tido semalaman,huhu...Alat menembak hanya hp,pic kurang menarik.... (",)


0

Ok,Academia Event..

Posted by matsan on Thursday, March 17, 2011

ok,amik mood sebelum kerja..

ok,sembelih ayam terlebih dahulu..

ok,beliau advisor kami..Encik Naguib

ok,kita maen suap2 bila lapa..


ok,tugas saya berkaitan dengan sosej...

ok,semuanya telah selesai..(sedang sebut keju~~)


0

BudaK2...

Posted by matsan on Thursday, March 17, 2011

Kadang2 bila hati kita resah,rasa nak kembali ke alam kanak2..
tak perlu memikirkan masalah dunia,hanya pikirkan diri sendiri,
sebab ada orang yg akan menjaga..

Tapi hidup ini tak semudah tu,sebab tu ianya dipanggil kehidupan..
so,nak tak nak,cabaran yg mendatang tu kita kena tempuhi dengan sabar..
sebagai manusia,warna-warni kehidupan tu mmg ada...
ada masa sedey,gembira,marah,tenang..
yg penting kita perlu sentiasa hadapi segala warna-warni itu dengan satu pegangan bahwa itulah lumrah kehidupan dan Allah sentiasa bersama kita..

Setiap hari kita akan disajikan dengan exam,tanya diri kita betul atau tidak..
hendak pergi ke kelas/kerja,hendak mandi/makan/tido,hendak sujud pada YANG ESA..
semua itu adalah exam! bukan hanya exam ketika study or nak naik pangkat..
bila kita usaha utk hadapinya,walaupun fail,kita akan puas sebab kita da cuba utk hadapinya..
(macam td,puas aku berusaha utk bgn ke kelas,last2 kelas cancel,walaupun sedikit kecewa tp satu rasa bangga tu tetap ada,aku berjaya melepasi ujian utk bangun daripada tidur)

So,for me,bila aku resah x tentu bila menghadapi sesuatu,
aku suka utk kembali menjadi budak2...(tp berpada2 jugak)
dan aku suka utk kembali bermanja..
dan bagi aku,yg paling mujarab adalah melihat gambar kanak2 or melayan kerenah mereka..(",)


baby n me..

ok,cuba posing utk menjadi cute.. ;)
ok,kuatkan semangat!
ok,wahai diri,kamu kena tahan marah..


ok,hari ini saya dan rakan2 mengerjakan 2 ekor ayam utk program silaturrahim..maka lecturer mengutuk skil saya mencabut bulu ayam dan kami menghancurkan ayam tersebut ketika hendak memotongnya..haha


2

BoUt Me...

Posted by matsan on Tuesday, March 15, 2011
Secara tiba2 beberapa perkara ini selalu diungkitkan,so aku nak tulis je dalam ruangan aku nie...

1. Tido lasak dan kadang2 sambil mengetap gigi.. (seorang yg aktif walaupun ketika tidak sedar)
2. Garang hanya pada raut wajah yg serius..
3. Amat pembersih dan sukakan benda yg tersusun rapi.. (suka membuang benda,bahaya!)
4. Sukakan riadah yg berkaitan fitness..(futsal at least seminggu sekali)
5. Amat meminati remote control.. (cuma da beberapa tahun tak main sejak kereta control yg terakhir hanyut di dalam longkang)
6. Sukakan pemandangan dan pendakian...
7. Meminati kereta sport.. (idaman daripada dulu adalah subaru impreza)
8. Kuat tido..
9. Tidak makan sayur (ubat secara paksa) tetapi sukakan buah-buahan terutama anggur,jambu dan limau mandarin..
10. Fav~~~coklat..
11. Sejak kebelakangan ini amat suka mengupdate laman sesawang ini..


p/s : wahai lelaki ego,si selamba memberitahu bahwa si selamba sudah lama mengutuskan warkah itu,cuma si selamba tidak tahu jika si manis membaca dan memahaminya... (",)


0

Next is Me..

Posted by matsan on Sunday, March 13, 2011
Baik,tak perlu banyak bicara..
Giliran seterusnya adalah saya,ngeh3...
Yang atas semua da lepas,dari segi nikah mahupun tunang...
Tinggal trio yg bawah je,semua hero2...
Dah tentu yg paling ditunggu2 oleh semua adalah aku,heee.....
Anyway,hope the best for u my sis,Maryam Nazihah binti Sharipan...

baik,kali ini saya berpenat demi kamu my dear... =)


2 bentuk sekali kamu dapat ye,nnt bagi 1 utk majlis adikmu...(xpyh beli)...

proses rundingan sedang dijalankan..

1 bentuk...

2 bentuk...

mereka + saya = kami adik beradik yg rapat..

mereka ratu hati ini,menjaga aku sejak dari kecil...mak n mak uteh,love both of u so much..!
(cabaran buat aku,kau dan dia = 2 ibu daripada saya)

sempat jugak ye kak long bergambar di situ

aer..~~

ok,tugas kamu pula menembak gambar...

0

Mau Pulang...

Posted by matsan on Tuesday, March 08, 2011

Saya mahu pulang sekarang...
Ibu dan nenek tidak sihat!!
Hmm,tapi apa kan daya...Buntu!
Ibu sudah memanggil anaknya pulang....~~
Ya Allah,dugaan..~
Ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku,kedua orang tua mereka,keluargaku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat...
Berikanlah mereka kesihatan yg terbaek agar dapat mereka sujud padaMU dengan sempurna...
Ya Rabbi,Bantulah kami hamba2Mu yg lemah..


0

200..finally ~

Posted by matsan on Monday, March 07, 2011
mood : happy =)...mendengar lagu kerana cinta (in-team feat mestica)


0

mix ;)

Posted by matsan on Monday, March 07, 2011










sangat aktif mengupdate.... ~~


0

HaK

Posted by matsan on Saturday, March 05, 2011
Para pembaca sekalian yang semoga dirahmati Allah Ta’ala. Setiap muslim adalah saudara bagi muslim yang lain. Setiap muslim memiliki hak bagi saudaranya yang lain. Hak sesama muslim ini sangatlah banyak sebagaimana terdapat dalam banyak hadits. Di antaranya Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam pernah bersabda yang artinya, “Hak muslim pada muslim yang lain ada enam yaitu:
(1) Apabila engkau bertemu, berilah salam padanya,
(2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya,
(3) Apabila engkau dimintai nasihat, berilah nasihat padanya,
(4) Apabila dia bersin lalu mengucapkan ’alhamdulillah’, doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’, pen),
(5) Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan
(6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim)

Saudaraku, jika seseorang mengundangmu ke rumahnya untuk makan bersama atau engkau diajak untuk membantunya dalam suatu perkara, maka penuhilah. Karena hal ini akan membuat senang orang yang mengundang dan akan lebih mempererat ukhuwah dan kasih sayang sesama muslim. Ya Allah, kami meminta pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizki yang halal, dan amalan yang diterima. Amin Yaa Mujibad Da’awaat.

p/s: enjoy ur weekend with ur family =)


0

ZiaraH..

Posted by matsan on Saturday, March 05, 2011
Jam menunjukkan pukul 7 petang tetapi aku baru sahaja nak memulakan proses menaip untuk entry kali ini..Hmm,mcm tak kena je timing dia..

Jam 3 petang ++ td,sedang aku hendak bermsg utk menanyakan sesuatu kpd seseorang,tiba2 dunia menjadi gelap..Ya,aku tertidur di ruang tamu bersama hp di dada..

Kedengaran sayup2 azan berkumandang dari surau berdekatan di samping ibu mengejutkan aku kerna ada tetamu datang ke rumah utk melakukan ziarah..
'Aslmualaikum'...datang daripada seorang wanita...
aku menjawab di dalam hati,sedang kotak pikiran tiba2 teringat ucapan salam si dia..

Terus aku berlari masuk ke dalam bilik kerna segan terbaring di ruang tamu..Di dalam bilik,ingat hanya ingin duduk sebentar di atas sofa tetapi aku terlena dengan nyenyak sehingga jam 6.30 petang..

Setelah bangkit daripada tidur,aku segera menunaikan kewajipan seorg muslim dan lantas aku bertanya kepada ibu,siapa yg datang ke rumah sebentar td...Rupanya2 kawan ibu ditemani beberapa pelajar wanita dari UPSI datang ke rumah melakukan ziarah..Ziarah di lakukan untuk mengeratkan silaturrahim di samping memeperkenalkan anak2 muda kepada aktiviti dakwah islamiah...Ibu sangat aktif ber 'usrah' dan berdakwah disamping melakukan ziarah bersama rakan2..Oh ya,ayah juga tiada di rumah kerana sedang ber 'rehlah' di pulau tioman..Aku?.... masih baru sahaja untuk memulakannya...(",)

Entry ini ditulis kerana sudah lama aku tidak berziarah,asyik terperap di rumah...

p/s : baek,kehidupan itu sgt kompleks dan rumit tetapi ianya adalah sesuatu yg unik dan menarik...malu itu memang perlu ada di dlm diri...bagaimana pula dengan memenuhi undangan??hmm.... ;)
cekgu jebat (suka melihat dan menjaga dari jauh,macam aku)... (",)



0

K

Posted by matsan on Friday, March 04, 2011

Bukan kelas,bukan khalid mohd jiwa,apatah lagi kamsah dalam cerita rempit...tetapi apa yg nak diceritakan adalah kahwin....
Ye,banyak entry yg berkaitan cinta dan kahwin sejak kebelakangan ini,kerna fitrah setiap manusia utk membina masjid impian dan melayari kehidupan berumah tangga bersama pasangan..
Cuma masa yg akan menentukan siapa pasangan kita dan bila perkara istimewa ini akan terjadi...

Ramai rakan taulan aku yang sudah berkahwin/bertunang..Aku?hmm,masih dalam perancangan...(angan2,haha)...Pasangan?hmm,chemistry itu penting....tp jangan dlm semua aspek,takot tak mencabar rumah tangga...Tanggungjwb?hmm,sudah bersediakah diri kita.....

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Budak peranchese,aku tunggu kepulangan kamu...Kita kena plan~~~ngeh3....
entry ini pon utk kamu,lihat kamu mcm dah bersedia...=)


p/s: K juga untuk kemaafan....sy pinta kemaafan dari kamu ye cik leader...buang M kamu jauh2 =)


0

Kuasa Cinta (I Luv Islam)

Posted by matsan on Thursday, March 03, 2011

Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)

Cinta Menyintai Atas Keimanan dan Ketaqwaan

Rasulullah SAW bersabda:Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : "Kami semua pengasih" Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia". (Riwayat Tabrani)

"Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!" (Jalaluddin Rumi).

Cinta Yang Terutama

Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan
cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya.

Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'

Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata.

Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)

Cinta Allah Cinta Rasululllah

Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.

Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Cinta Terulung

Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.

Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)

Faktor kuasa cinta adalah KOMUNIKASI. Tidak ada lain lagi selain komunikasilah yang menentukan turun naiknya kuasa cinta. Bacalah betapa hebatnya komunikasi yang dikatakan faktor kuasa cinta di sini. Kerana itu orang yang sentiasa berkomunikasi akan lebih mesra, akan terlahirnya cinta. Allah menjadikan perasaan cinta sesama manusia agar manusia memahami cinta dan faktor kuasa cinta. Apabila manusia memahaminya, maka sudah pasti manusia akan lebih mudah untuk bercinta dengan Pemiliknya iaitu Allah.

Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana komunikasi merupakan faktor kuasa cinta. Lebih banyak komunikasi, lebih hangat cinta kepada Allah. Lebih hebat cinta kepada Allah. Lebih mendalam cinta kepada Allah. Dengan komunikasi, jiwa lebih tenteram kerana cinta tidak dihalang. Komunikasi dengan Allah lebih menenangkan jiwa kerana segala masalah dikongsi dan diluahkan kepada Yang Tersayang iaitu Allah.

Ingatlah bahawa TIDAK ADA SELAIN ALLAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRI KITA. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Komunikasilah dengan Allah apa saja yang difikirkan, dilihat, didengar dan dilakukan. Sentiasa Ingat dan Sebut Nama Allah.


0

CheMistry..

Posted by matsan on Wednesday, March 02, 2011

Chemistry or mystery??
I have a lots of questions about it.Is it just a chemical bond or maybe it is a mysterious thing that even happen in our life..

U should find the answer,yeah don't look around..that person i just mention is U!.

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.