0
KiTa ALPa...
Posted by matsan
on
Monday, January 05, 2009
Aslmualaikum…
Remaja zaman kini sering kali leka dan alpa dengan kemewahan dan hiburan dunia..
Aku bercakap tentang ini termasuk tentang diri aku sekali..
Sedang aku leka berseronok dan bergembira bersama kawan,aku leka dan alpa akan saudara seagamaku di Palestin…Bayangkan,ketika aku leka dengan pengembaraanku bersama rakan,saudaraku di Palestin sengsara dengan keadaan yg menimpa mereka..
Jumaat lepas aku dan rakan pergi ke Tg. Malim untuk mengisi masa lapang ketika cuti..
Aktiviti yang kami buat,mengembara ke dalam hutan,memancing dan mandi sungai..
Memang keseronokan yang membuatkan kami lupa pada masalah dunia tetapi alangkah bagus jikalau kami sedar akan situasi saudara di sana…
Semalam aku berfikir panjang selepas kami berbincang tentang agama…Remaja,biasalah kalau melepak sehingga ke pagi buta,namun aku bersyukur kerana aku mendapat ilmu dan iktibar,bukan hanya lepak2 kosong…
Semalam,kami meneliti kembali budaya kita di Malaysia..Agama rasmi agama islam,tetapi kenapa tidak disambut Awal Muharam?..Kenapa di Malaysia lebih mementingkan Tahun Baru daripada Awal Muharam?...
Remaja di tempatku ini kebanyakkannya sudah rosak…Termasuklah segelintir kawan yg aku kenali..Alhamdulillah,aku tidak termasuk dalam golongan itu dan mintak dijauhkan selama-lamanya…
Aku baru tersedar alangkah beruntungnya kita di Malaysia,aman dan damai…
Tetapi segelintir pihak tidak tahu bersyukur….Berbalah demi mengejar keduniaan…
Anak muda jauh terpinggir dari ajaran islam…Ibu bapa membiarkan anak mereka begitu saja..Aku bersyukur dengan didikan agama yg diberikan oleh kedua ibu bapaku…
Aku mula dapat menerima cara didikan ayahku,yang dulu badanku menjadi tempat hinggapan berbagai benda kerana kedegilanku terutama melibatkan sembahyang..
Aku masih ingat,disebabkan tamparan oleh ayahku,aku demam hampir seminggu…
Hari ini aku menangis apabila membaca akhbar tentang serangan di GAZA..
Apakah aku tidak mampu berbuat apa2 utk menolong saudaraku disana??
TIDAK!!!
Cara yg aku boleh lakukan tanpa kesusahan walaupun tidak berjihad bersama mereka adalah…
- BOIKOT BARANGAN ISRAEL & AMERIKA
- SOLAT HAJAT & BERDOA DEMI SAUDARA KITA DI PALESTIN
- MENDERMA WALAUPUN SEDIKIT DEMI MEMBANTU MEREKA
- TINGKATKAN AMALAN DEMI MENJAGA AGAMA ISLAM
- SEMAIKAN PERPADUAN DI ANTARA UMAT ISLAM
- DAKWAH KEPADA TEMAN RAPAT AGAR MENTAATI PERINTAH ALLAH
- KEMBANGKAN PERNIAGAAN BERUNSURKAN ISLAM AGAR KEHIDUPAN SEHARIAN KITA BERASASKAN ISLAM
Yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk datangnya dari diri Muhammad Ehsan ini….