0

TerBang Jua..

Posted by matsan on Tuesday, April 14, 2009
13/4/2009,jam 6 petang..

"Cepat la datang rumah aku lim,fend balik je aku nak terus gerak pegi KLIA nie..."
Dengan tiba2 hujan turun dengan lebat..
Jam 7 malam baru kami bertolak keluar dari rumah...

"Aku rasa highway NKVE mesti jem sebab hujan lebat nie,kita ikut Guthrie la.."


-Jam 8.20 malam-

"Oii,cepat,nak cari surau..Maghrib dah hujung tanduk nie..Teruk jemnya tadi,tak nampak jalan.."
"ala,tapi 140km/j jugak ko bwk san'..
Selepas solat,kami melilau mencari kelibat si dia..

"mana pulak perginya mie ni..."
"haa,tu dia dengan family dia dekat kaunter L"
kami bergegas ke sana...

"Bila berlepas mie?"
"Pukul 9.30 nnt kena turun dah,nie aku nak pergi taklimat jpa jap..Tunggu tau.."
"Aweks ko datang tak mie??
"ada dengan mak dia.."

Selepas taklimat selesai,mie mendapatkan kami.Tiba2 hpnya berbunyi..Dia mendapat pesanan daripada ahli keluarganya yg lain yg tidak dapat menghantarnya..
Setelah itu,kami bergambar bersama buat kali terakhir..
Kami dan keluarganya mengiringi dia ke pintu pelepasan antarabangsa..
Pengiring pelajar tajaan jpa telah mengumumkan supaya para pelajar turun dan mendaftar di platform yg telah ditetapkan...


Mie mula mendapatkan ahli keluarganya..Air matanya telah tumpah di saat ibunya memeluk dan mencium pipinya..
Aku menahan air mata dari sama tumpah ke bumi..Ku lihat rakan yang lain juga begitu..
Setelah itu,mie mendapatkan kami sahabat karibnya..
Aku tetap menahan sebak..
"Mie,ajim kirim salam..Jangan tinggal solat mie,jaga diri..3 tahun lagi kau kena balik..Kau dah janji dengan aku."


Satu persatu rakanku dipeluknya dan dalam pada itu,kata2 amanat terakhir disampaikan secara berdepan..

Mie mula mendapatkan buah hatinya setelah selesai dengan kami..
(aku pulak yg sibuk dan lagi sedih..saat touching...)
Mie menatap wajah si 'dia' buat kali terakhir..
Dengan wajah yang muram,mie terpaksa berlalu pergi dan turun ke balai pelepasan..
Mie akhirnya hilang dari pandangan kami...


(snap dari belakang)

Hazmi,kau memang kacak hbs la malam tu..Aku jeles dengan kau sebab kau dapat fly..
Doakan aku mie supaya aku pun berjaya...Mungkin rezeki aku di sini...
Ingat,3 tahun lagi kau kena balik dirikan 'masjid'..Itu plan kau dan kau dah bgtau aku dan aku support kau 100%..


(budak2 jpa ke perancis)

Time tengah drive balik rawang aku sentiasa berfikir...
Macam mana ye budak tu time dia pergi dulu...


0 Comments

Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.