1

FiNaLLy...

Posted by matsan on Tuesday, December 30, 2008
Salam....

Bismillah n alhamdulillah sebab diberi kesempatan lagi utk menaip pada tahun baru nie..
Kita sudah berada di tahun 1430 Hijrah nampaknye...
Hehe,umur pun sudah meningkat dewasa..Amalan kita kena la jaga ye...
Hmm sebelum tu sebenarnye untuk entry yg sebelum2 nie banyak gambar yg nak diselitkan tapi internet kat umah nie slow,so nak kena tunggu aku g cc nanti aku upload...

Akhirnya aku sudah buat aku keputusan...
Keputusan yg agak payah tetapi wajib dilakukan..
Rakan-rakan banyak membantu begitu juga dengan family...
Bak kata 'akak', hidup kena enjoy...hahahaha...Tak masuk langsung dgn situasi nie...
Semalam abang belanja makan sambil berkenalan dengan bakal kakak ipar...
Aku doakan yg terbaik utk mereka...Tapi xtau la bila mereka nak kawin sebab akak tu kena ke sarawak bekerja...
Kita doakan jela yg terbaik utk mereka....

Nampaknye aku ada geng dalam kos yg aku belajar tapi xtau kalau silibus dia sama...
Rupanye aku dgn abg Naeem ambil kos yg sama...Dah dekat2 nak hbs baru aku tahu...Boleh la ciplak projek dia utk jadikan projek aku...hehehehe
Cuti nie aku nak siapkan portfolio tapi satu ape pun x bergerak lagi...hmm,xtau la nak buat bila sbb aku x berapa phm sgt proses penyusunan folio tu..Nak tunggu akak cuti dan ajar aku...Sebelum tu aku nak enjoy...hua3.

Permisi dulu,mau ke dapur memasak sbb ayanhanda dan bonda xde kat umah...
So aku kena masak utk adik2...
Menu kita arini adalah ayam masak kari dan udang goreng tepung...hehehe
Sayur xde sbb aku xske,wawawawa.....
Wslm...


tidur bersama kucing..hehe



2

AkHirNya Dah 19 TaHun..

Posted by matsan on Friday, December 26, 2008
Salam semua...

Hehehe,akhirnya aku dah 19 tahun..Masuk hari nie baru 19 tahun 3 hari...Nampaknye masih muda lagi dan diberi kesempatan lagi utk hidup di dunia nie...Alhamdulillah...

Terima kasih banyak2 kepada yang wish,semoga ALLAH merahmati kamu semua...
Ok la,nak bgtau tu je..Aku masih muda.....Enjoy~~~
Nak g holiday~~~!

Celcom dapat call free nie,nak call sape???cepat!!

moto hidup : pengalaman yang lepas mengajar kita di masa hadapan..

p/s:kena banyakkan amalan... =)


0

3 StoRy...

Posted by matsan on Wednesday, December 24, 2008
Aslmualaikm..
Apa kabar semua??hehe..Dah lama xupdate blog n online...
Rindu plak nak update...Hmm,entry kali nie aku akan bercerita tentang 3 buah cerita yg berlaku dalam masa seminggu nie...xmenarik pon tp just utk dikongsi dgn korg semua...

BaLik KL

Start 20hb Disember -11hb Januari nie aku bercuti selama 3 minggu..So,apa lagi 19hb bersamaan jumaat ptg aku dah cabot blk ke KL...Dalam pukul 3 ptg aku blk dengan kwn2 aku iaitu zahin,shuk,jamal,fatimah,deen dan wan...Aku sampai KL lebih kurg pukul 8 mlm kot n dalam keadaan yang x berapa nak best sbb zahin eksiden langgar smthg dekat tgh2 highway..Sian kat dia..Sampai di rumah aku terus melepak n dalam jam 4 pagi aku terjaga sebab aku dpt msg yg mengatakan kwn perempuan sekelas aku xcdent..Maknya meninggal dunia..AL-FATIHAH...
Alhamdulillah aku masih berpeluang bertemu bonda dan ayahanda....
Rindu dekat rumah dapat dilepaskan lepas 2 bulan x balik...

REuNiOn @ JumPe kAwaN2 LaMa

Hmm,21hb yg lepas iaitu hari ahad aku n kawan2 sekolah mengah di tasik puteri berjumpa di mid valley...Tapi x semua yg dapat dtg seperti jangkaan aku...
Yang datang aku,ajim,awe,alim,fendi,farid,ahnaf dan man bagi pihak lelaki n amira,amirah,alin,barie,rina,arwa n shuhada bg pihak perempuan...hahaha

Aktiviti yg dibuat hanyalah makan,berjalan dan bersembang...First time aku makan dekat Long John Silver...Hehe,main makan je ape benda ntah...Hentam je janji dapat makan...Kami berjalan dari mid valley sampai la the Garden...Macam2 cerita yg keluar dari time skola sampai la sekarang...Hehe,mmg kelakar n puas hati jugak la aritu walau x banyak aktiviti yg dibuat..


Lepas semua balik aku dan kawan2 lelaki meluangkan masa dgn tgk wayang cerita YEsMan..Best jugak cerita tu...Kelakar n touching...Hahaha...Tengok la...Kelakar..~

HamSter

Yeay,buat pertama kalinye dapat bela hamster...Cute jugak hamster aku nie..
nak bagi nama ape pon xtau..haha...




p/s: nanti aku masukkan gambar ye..

Satu pesanan buat semua,sekarang nie tengah masalah kewangan global,so, bagi yg bekerja,kerja btol2....Yg masih belajar,start berjimat cermat...Ape yg berlaku lepas nie kita kena redha..~


1

KeCuRiaN....

Posted by matsan on Monday, December 15, 2008
Kabel telefon dirumahku dicuri.....Internet xde...
So,aku xleh nak update blog sangat...

Nie pon pinjam umah kawan punye...hahaha..
Tunggu ye...
Exam week lgpon~~
Jaga diri...



0

ExAm tiMe>>>>

Posted by matsan on Thursday, December 11, 2008
Aslmualaikum...

Hari ini ada paper english pukul 11.30 a.m~
Sekarang jam menunjukkan pukul 9.50 a.m....
Huhu,boleh lagi main internet sambil mendengar lagu P.U.S.P.A...
Owh ya,warkah pada entry yg lepas mmg pasal calculator la....
Calculator yg bersama aku sejak skolah menengah dah ilang...Disebabkan itu,semalam paper math terkial2 aku time jawab sbb pakai calculator org...hahaha...
Jgn pk lain ye~...
Doakan aku ye semua!....
Jaga diri anda....

Mahu bersiap2 dulu,later~


2

WarKah BuatMu~

Posted by matsan on Sunday, December 07, 2008
Aslmualaikm...

Disini saya menulis warkah ini khas untuk awak.
Saya harap awak dalam keadaan sihat sejahtera..
Firstly,saya nak minta maaf banyak2 kerana telah menganggu hidup awak..Kalau saya tak ganggu hidup awak,benda nie takkan terjadi..
Saya tidak sempurna tapi saya seperti insan biasa yang lain,memerlukan~
Perkataan 'blah' yang saya cakap kepada awak sebanyak 2 kali benar2 terjadi..Awak telah pergi daripada hidup saya..Ini semua kehendak ILAHI..
Demi agama,demi ilmu,demi kita......
Saya redha dengan pemergian awak buat kali yang kedua dan terakhir..

Perkara sebegini tidak akan terjadi lagi..
Exam kali nie saya kena hadapi dengan lebih gigih tanpa awak disisi...
Awak telah banyak memberi sokongan kepada saya selama ini..
Saya relakan awak pergi,walau hati ini kadang kala menangis..
Bila saya memerlukan awak,awak xde disisi...Maafkan saya...
Semoga kita berjumpa lagi...
Moga raya EidulAdha kali ini dapat memberi ketenangan pada diri saya untuk melepaskan awak pergi..

Kau gadisku yang cantik,coba lihat aku disini~~~

Sekian...
Ikhlas dari saya buatmu sebuah calculator..


2

TaG~

Posted by matsan on Sunday, December 07, 2008
Aslmualaikum...

Yeay.walaupon aku x brape phm tp belasah jela menatang tag nie...~

Sape yg tag aku?
-miss chocolate
-mrs Du1

Tag to others?
-nope

Ur fav?
-don't have one..semua aku suka kot...

Lagu terakhir yg didengar?
-ST12-P.U.S.P.A

Perkara terakhir yg dilakukan?
-check e-mail..

Perkara yg mengecewakan?
-xde kot sbb ianya x mengecewakan cuma perit nak hadapi je.

Yg dirindui?
-family,best friends...

Benda yg membuat anda serabut?
-Halu(moped)..

Perkara yg ingin dilakukan?
-jawab exam elok2...

Last time u cry?
-rabu lepas(hahaha)...

Word to say?
-sekarang nie feel empty...

Benda yg diinginkan?
-Keberkatan dan kasih sygNYA...



0

QuieT..

Posted by matsan on Thursday, December 04, 2008
Just nak duduk dalam entry nie senyap2....

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".



0

AmuKan JiWa..

Posted by matsan on Tuesday, December 02, 2008
Aslmualaikm...

Pagi selasa yang amat memenatkan.Badan x bertenaga,kepala sakit,mata lebam kerana tak cukup tido.Sudah 2 hari aku tido pukul 5 pagi dan bangun hampir pukul 7 pagi..
Semua ini disebabkan presentation yang digembar-gemburkan oleh aku dalam entry yang lepas..PRESENTATION MACHINE DESIGN FOR PROJECT ONE.

Makan entah ke mana,x jalan ke mana,duduk rumah menyiapkan kerja..
Abg Long pulang,terasa sunyi rumah...Abg Long menghidap demam panas dan mulutnya pecah2 dan berbiji-biji..(xtau nak ckp mcm mana)
Kami anggap penyakit kaki tangan dan mulut je..

Minggu nie ramai yang tidak sihat dan semuanya kepenatan sepanjang masa..
Penat kerana belajar..

Kakak : Xpe penat belajar,drpd penat kerja..Sebab tu kakak pon sambung blaja balik.
Aku : Hmm....

Aku xtau nak cakap mcm mana,busy!~Xde masa untuk mengulang kaji pelajaran...Takut kalau pointer turun mendadak sem nie...
Alhamdulillah,makin dekat diri penghuni rumah nie denganNYA..
Sayang kamo semua..~~~


0

LELAKi..

Posted by matsan on Sunday, November 30, 2008
Lelaki

1.
lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2.
lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN !

3.
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN !

4.
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya
.

Oleh itu,fikir-fikirkanlah wahai seorang insan yang bergelar lelaki,bimbinglah saudaramu ke jalan yg diredhaiNYA...
(kalau tersilap fakta harap maaf)
Wslm...


0

iKtiBar..

Posted by matsan on Tuesday, November 25, 2008

Aslmualaikm..

Hmm,selepas kita asyik bercerita ttg benda yang entah ape2,kali nie kita akan bercerita ttg sesuatu yg bermanfaat sikit…

Aku nak bercakap ttg perkara yang disegerakan balasannya..~

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata : Berhadap Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda :"Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu.

Okey,menurut hadis di atas,terdapat 5 perkara yg disegerakan balasannya iaitu:

1. Berzina

- Mendapat penyakit kelamin,penyakit taun dan Aids di dunia.

2. Menipu dalam berniaga

- Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pemimpin.

3. Tidak mengeluarkan zakat

- Kemarau panjang

4. Mengkhianati janji kepada Allah

- Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin)

5. Hukum-hukum Allah diketepikan

- Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin.

Kebanyakkan perkara di atas telah berlaku dan mungkin kesemuanya telah berlaku dan kita sendiri dapat lihat pembalasannya pada masa kini…So,renung2kan lah dan selamat beramal…(yang baik dtg dari ALLAH,yg buruk dtg dari saya sendiri)..

Hmm,sedikit selingan,pening2 lalat pulak hari nie..Final lagi 2 minggu,nampaknye bertambah pening la aku sampai hbs exam nnt..Hurmmm..Nak tau aku wat projek ape utk projek 1 aku?? Modified dari mesin nie,hehehehe…..




0

SiTuaSi yG SaMa...

Posted by matsan on Saturday, November 22, 2008
Aslmualaikm...

Pagi nie aku bangun agak awal....Ianya tidak disengajakn kerana sesuatu telah berlaku....
Jam 2 pagi aku terjaga kerana kesejukan...Tidur x pakai selimut sbb hantar ke dobi untuk dibasuh....
Semalam pun aku xde selera makan sangat macam yg sebelum2 nya...Sebelum tu aku mmg kuat mkn sangat...Sampai kwn2 pun pelik aku asyik mengadu lapar....Tapi mmg itu kenyataannye...Aku xdapat kontrol...hehe...

Pernah tak korg rasa pernah mengalami satu situasi yg sama...Macam dejavu...huhuhu
Situasi tu pernah berlaku sebelum nie....
Aku selalu dapat rasakan benda tu...Tapi ramai yg x percaya bila aku cerita......
Kenapa aku bercerita pasal situasi yg berulang???
Sebab.........

Situasi yg dulu pernah terjadi berulang lagi kali nie...Aku bermimpi tentang seseorg yg dah lama aku x mimpi pasal dia...Kali nie aku yg bersalah dlm mimpi tu...Aku x tau kenapa aku boleh bermimpi pasal dia....Tapi satu situasi yg sama berulang...Dalam mimpi tu aku pulangkn something dekat dia....Lepas tu dengan x sengaja aku terjatuh daripada tangga....Darah mengalir keluar....
Aku terjaga dari mimpi....Terdapat darah di bantalku....Hidungku berdarah....
Kenapa???..Aku pun x tau....Diamkan saja benda nie....

Teringat zaman sekolah dulu....Rambut panjang belah tengah...Seluar bawah kecik....hahaha....
Nie la aku zaman kanak2 yg x matang langsung.....


Hmm,nak siapkan presentation untuk projek 1 aku....Kena pikirkan material ape,costing,drawing,BOM,saiz.....Banyak benda...Belum lagi time nak buat prototaip sem depan n final projek lagi.....Aku berdoa semoga semuanya berjalan lancar....

Untukmu Sahabat...
Aku menadah tangan berdoa...
Memberitahu Tuhan yang aku,Bersyukur kerana ALLAH telah mengurniakan seorang SAHABAT sepertimu kepadaku...
Ya ALLAH...
Ku mohon agar Engkau sentiasa mencurahkan RahmatMu kepada SAHABATku ini...
Wahai SAHABAT..
akan ku berjanji Jika semalam aku adalah SAHABATmu..
Hari ini aku masih lagi sebagai SAHABATmu dan..
jangan risau mengenai hari esok...
Aku akan sentiasa menjadi SAHABATmu...
Itulah janjiku kepadamu wahai SAHABATku...
Dan itulah juga hadiahku kepadamu, Kesetiaan seorang SAHABAT...
Ameen....



0

TanGiSan RaKan...

Posted by matsan on Thursday, November 20, 2008
Aslmualaikm...

Diibaratkn sebagai diri ini,penuh kesulitan untuk membuat sesuatu keputusan...
Kenapa semua ini harus berlaku..? Antara kawan atau seseorg yg penting dalam hidup?
Antara kasih pertama atau kasih yg berada disisi?...

Hmm,saje nk berkias2 sikit,bayangkan apabila diri ini x pernah berhenti dari memikirkan apa yg perlu dibuat...Apabila kasih pertama dan kasih yg sentiasa dinanti2 muncul serentak di dalam kehidupan ini...Kasih pertama yg tidak dibalas,tetapi tetap di hati...Di saat bersama kasih kedua yg amat dinanti2 kadang kala terpikir akan kasih pertama..Sihatkah dia...? Aku tahu aku hanya kau anggap sebagai teman tetapi diri ini tidak dapat berhenti drpd memikirkan mu...Hanya ALLAH yg tahu betapa aku merinduimu....
Kasih kedua senantiasa bersama aku,membuatku tersenyum dikala duka...Ingin aku bersamanya,tetapi aku takut utk membuatnya berduka...Takut aku melukakannya buat kali kedua...Tetapi aku juga takut jika aku teringat kepada kasih pertama,apakah itu bermakna aku telah menduakan mu??
Apakah keputusan yg harus ku buat?


Kawan,aku amat memerlukanmu...Kaulah sahabat,kaulah teman..Aku tahu aku kadang kala terlampau memberi perhatian kepada cintaku,aku hanya mencarimu dikala aku memerlukanmu..Tetapi ketahuilah, dihati ini aku tidak akan melupakanmu wahai teman...Maafkan aku kiranya aku begitu.....Cintaku menjauh kini,begitu juga kamu....Mungkin itu adalah nasibku....

p/s: Entry kali ini bukan luahan hati aku yer,title pon tangisan rakan...
Ini sekadar luahan ape yg rakan aku pendam selama nie dlm hati...Dia banyak kongsi masalah dgn aku...So,dia kata dia nk luahkan dlm blog nie...
Any suggestion 4 his problem???

For me,family first...huhu...makan,study n love tido...wawawa
Islam is the way 4 my life..


0

RaHSia...

Posted by matsan on Tuesday, November 18, 2008
Aslmualaikm...

Mari kita bercerita ttg rahsia..Apa itu rahsia...?
Rahsia adalah rahsia la...huhu...

Kenapa kita harus berahsia?
Sbb nama pon rahsia...

Kenapa kita bg orang simpan rahsia kita?
Sebab kita percayakan dia~~

Kenapa aku tulis pasal rahsia?
Sebab aku berahsia pasal rahsia nie kepada rahsia orang..~~(????)

p/s: jgn berahsia klu anda xsggp utk menyimpan rahsia...jgn amik tau pasal org la maksud aku...hahaha..~apela aku nie,aku pon xphm ape yg aku tulis..~~


0

NCS....

Posted by matsan on Sunday, November 16, 2008
Aslmualaikm....

Kali nie nak berkongsi sikit ttg NCS yg membawa maksud National Core Abilities...
NCS nie baru saje dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia bagi melahirkan para pekerja yg berkemahiran tinggi dari segi teori mahupun praktikal...Baru saja dibuat oleh kerajaan di institut kemahiran seluruh negara..Maka dengan itu batch aku di jmti menjadi percubaan yg pertama..

NCS ini melibatkan kertas kerja dan projek serta tugas yg perlukan disiapkan..Ianya mempunyai 4 tahap di mana sehingga sem depan,maka akan lengkap la tahap ke-4..Sekarang aku sedang menyiapkan tahap ke-3...
Setiap satu tahap mempunyai lebih kurang 6-8 duty dan setiap satu duty mengandungi sehingga 2-6 task yg perlu disiapkan...
Setiap task itu mengandungi satu kertas kerja teori dan satu kertas kerja yg melibatkan tugas yg perlu dibuat...So,bayangkan la jumlah keseluruhan dia berapa....

NCS ini merangkumi segala aspek,bukan sahaja di dalam bidang khusus seperti aku pembuatan..Ia merangkumi pembelajaran komputer dan elektronik,keselamatan,kesihatan,software,virus,sahsiah diri,cara berkomunikasi dan sebagainya....

Progress aku dalam menyiapkan duty sehingga tahap 3 nie baru berjalan hanya 55%..
Jika diteliti,NCS ini tak perlu sebenarnya kerana dalam sesi pembeljaran sudah merangkumi segalanya dan ada NOSS yg telah dibuat..Isinya hampir sama sahaja...Tapi disebabkan ini arahan yg dikeluarkan oleh kerajaan,maka aku terpaksa patuh kepadanya demi utk menjadi pekerja yg berkemahiran tinggi...

Later~~

0

GoleKan Yg MeLamPau...

Posted by matsan on Sunday, November 16, 2008
Aslmualaikm...

Hurm,hari minggu yg membosankan dan memenatkan...Semalam pergi ke sungai petani,abg roomate aku di hostel dulu kawin..Dapat la aku berjalan2 menghilangkn tensi0n yg membuatkan kepala nie sakit...

Pagi nie bangun,aku mengalami kegelisahan yg melampau...Kenapa ye??
Semua benda yg aku buat,semua tak kena..Ada something yg menganggu pemikiran dan diri aku..Tapi aku sendiri xtau ape dia...

Pembelajaran aku masih di takuk yg lama..Kemalasan semakin menjadi2...Dua diploma menjadi harapan tapi mampukah aku dengan perangai sebegini??
Harapan orang menggunung tinggi terhadapku...Negara orang menjadi cita-citaku...hmmmm....

Sejak kebelakangan nie,badan aku seperti dah xtahan lagi...Setiap kali bangun drpd tidur,pinggang dan leher terasa sakit..Belum dicampur dengan sakit kepala yg mendatang...Hati ini makin gelisah walhal tengah menaip entry masa nie...Aduh,ape yg sedang berlaku nie???
Terlampau byk benda yg dipikirkan setiap masa...

Muka ceria+hati gelisah+kepala sakit=kombinasi yg baik...~~


0

More than Words....

Posted by matsan on Thursday, November 13, 2008
Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you not to say
But if you only knew
How easy it would be to show me how you feel

More than words
Is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say
That you love me,
Cause I'd already know.
More than words~~.....

~for my family,friends,sisters & all of u~
(bila xde keje macam nie jadinye...hahaha)


aritu bonda msg ~~~

senyap je awk..sihat ke??

-sorry bonda,sibuk sikit...lgsg x ingt kat bonda...-
dapat jugak la aku main msg dgn bonda..(mcm msg dgn someone special plak...huhuhu)
-bonda,anakmu ini xdpt pulang raya haji nie...dah 2 kali raya haji xberaya dgn bonda n ayahanda...nak exam time tu...nnt esan blk kita g jalan2 ye bonda...

yeah,dapat cntct blk dgn kak ain...kakak yg byk memberi semangat time sekolah dulu...kakak yg tahu bahwa aku suka merajuk dulu,hehehe...dah lama xjumpe akak..kitaorg sama2 librarian dulu,wawawa...blk skolah lewat je kan...sampai la aku pindah ke skolah teknik...

kawan2 sibuk dgn study utk test,aku sibuk dgn blog nie plak...ish3...
nak blk kampung la...nak makan asam pedas nenek!...




0

MinE...

Posted by matsan on Wednesday, November 12, 2008
Kemarahan yg xdapat ku kawal....
Sudikah kiranya kau meredakan api kemarahan ini...
Aku tidak mampu mengawalnya lagi...
Maaf kiranya hatimu terusik...
Aku bukan sorg yg sempurna...
Diamku tandanya syg,marahku tandanya kasih...

Keegoan yg xdapat dibendung..
Egoku hanya kerna kau...
Kau yg menjauhkan diri dariku...
Tidak seperti dulu....

Kutukan ku sekadar luahan...
Bukan sengaja mahu melukakan...
Aku hanya memendam rasa...
Pabila org berkata2 kepada ku...
Mampukah diri ini menahannya lagi..
Ingin aku pergi jauh...
Agar aku dapat memulakan kehidupan yg baru...


0

moLek..

Posted by matsan on Wednesday, November 12, 2008
Aslmualaikm...

Minggu yang paling penat dlm bulan ini...Banyak report melibatkan noss yg kena siapkn...
Report betul2 blm pk lg...alahai....

Banyak kan?
xde sape2 nak tolong ke?hahaha....tapi jgn risau,dah siap dah hari nie...Dah htr pon...
mmg mngu yg penat...Penat menyakinkan 'dia'....kamoo nie...
xde mood sgt dgn halu....dah hbs duit baiki tp sama je rasenye.....hmmmm


gambar candid tgh siapkn report...



0

KaWin...

Posted by matsan on Thursday, November 06, 2008
Aslmualaikm..

Huhu,malam yg agak busy sebab esok ada perbentangan subjek agama...Hmm,isu perbentangan agama esok ttg perkahwinan...Bila la nak kawin nie,hahaha...
Bahagian group aku tentang nusyuz dan poligami...Macam mana la nak bentangkan esok yerk,dah la x arif sgt..
Kalau2 ditanya soalan yg susah2 mcm mana...Hmm,kawan2 tgh study pasal presentation esok,tapi aku boleh pulak tgk cite PRISON BREAK sambil taip entry nie...
huhu...

Banyaknye kerja,dengan coding yg melampau2,fail noss yg x buat lg,ncs lagi...
Hmm,semuanye nk kena htr,busy la...Makin nk final makin busy,bila la nk rehat nie...
Test pon last2 min nie makin byk....Doakan aku ye suma....Ganbarimasu...!

Halu asyik sakit je,bila la nak htr pegi jumpa doktor ea...Start jumaat ILJTM buat konvo satu malaysia dkat bukit jalil...Congrats kepada suma yg dh hbs n yg nk grade...
Tahniah kak haza,kak erma,kak qistina dan senior2 yg lain...
Harap2 la isnin cuti,nak pergi setelkan byk benda...jgn la ada kelas...huhu



0

Ngeeee....

Posted by matsan on Monday, November 03, 2008

Weee,dapat jugak gmbr nie...hahaha


0

BowlinG...

Posted by matsan on Thursday, October 30, 2008

Aslmualaikm..

Hmm,hari nie online jugak walaupon ingat nak stop online kjap…banyak benda yg perlu disetelkan dan yg perlu difikirkan..Rumah,kenderaan,perbelanjaan,study,hidup…Boleh naik tension kadang2…So,nak release tension just online yg aku dapat fikirkan…

Nak kongsi fenomena bowling baru menular dlm rumah aku nie..Hehehe,aku la pembawaknye…Ingat senang ke nak ajak budak2 rumah aku nie main bowling…Akhirnya aku berjaya jugak ajak hari selasa yg lepas..Nak ditakdirkan kelas pon xde 1 hari kecuali kelas pagi…Itupon sekejap je…

Kitorg main bowling di megamall pulau pinang…Walaupun sebenarnya lanes dekat ctu x berapa best sgt mcm dekat ampang point,tapi ok la utk enjoy…Yg main bowling hanya 7 org walaupun yg pergi sana 9 org..5 single n 1 team..Hahaha,mcm pelik pulak kan…

Aku pon dah lama x main,last rasanye bulan 6 yg lepas..So,mcm2 aksi yg keluar..Yg nak terjatuhnye,yg baling asyik masuk longkang,yg dengan gaya tersendiri…Tapi semua tu x penting sbb kitaorg enjoy…

Sebagai sifu,aku kena la menang kan..Mana boleh x menang,malu la…Tu pon agaknye bukan prestasi terbaik aku…Sbb point peribadi aku 192…Bila agaknye boleh mencecah blk point tu…Setakat nie average yg aku dapat just dlm lingkungan 90-130..Xpe2,nnt bln 12 ada tournament…X sabar…Masih dlm proses belajar sebab aku xreti baling bola spin lagi…Waaaaa,rindu plak time skolah dulu…Enjoy la those pics….

Gaya Pro..Atas dan bawah...hahaha

Aksi2 mereka2 yg beraksi...

Aik??Sampai terduduk ke abg kita nie...

Final score...Cuba tgk baris ke-4,hehehe...Boleh la kita tau sape yg menang kan..HahahaBukan senang tau nak menang...Boleh thn jugak budak2 nie...Ish,kena berlatih lagi nie..Nak g berlatih nie...Wslm...


Copyright © 2009 -KeHiDuPaN- All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.